Menikmati Hidangan Nasi Padang Istimewa di Kembali Kitchen Best Western Hotel PJ

BEST WESTERN Hotel Petaling Jaya Malaysia terletak di lokasi strategik di tengah-tengah pusat Petaling Jaya yang banyak menempatkan perniagaan baru. Hotel ini menyediakan 344 bilik tetamu serta suite yang dihias indah. Bertemakan konsep CENTRESTAGE yang menawarkan pelbagai kemudahan perniagaan, riadah dan gaya hidup di bawah satu bumbung. Mengambil masa dalam 50 minit untuk ke  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dan 30 minit untuk ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, manakala 10 minit untuk ke Mid Valley Megamall Kuala Lumpur. Hotel ini merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang mempunyai urusan perniagaan dan percutian di Kuala Lumpur.


Untuk entri kali ini, saya hanya akan fokuskan tentang menu-menu hidangan dan promosi yang terdapat di Kembali Kitchen di Best Western Hotel Petaling Jaya. Untuk pengetahuan semua di  Kembali Kitchen menawarkan pelbagai jenis hidangan serta masakan popular dari Indonesia iaitu Nasi Padang.

Menu istimewa ini adalah hasil air tangan Chef Awie yang berasal dari Indonesia.

Biarpun keluasan agak terhad, namun susunatur buffet hidangan memang luas dan selesa.

Dengan terletaknya bahagian pencucu mulut seperti buah-buahan.

Dan juga beberapa kek serta manisan mulut..

Pastinya kuih-muih tempatan menjadi tarikan terutama bagi pengunjung cafe warganegara asing.

Kios salad dan beberapa sayur ulaman..

Ini adalah seksyen gado-gado, hidangan popular di Indonesia yang menggabungkan beberapa jenis sayur bersama kuah pecal kacang yang enak.

Terdapat juga roti bersama jem disediakan bagi mereka yang gemar untuk menikmati kudapan yang ringkas tanpi mengenyangkan.

Antara hidangan hebat yang disediakan oleh Chef Awie dengan bantuan pembantu chef yang lain seperti:-

Pecel lele...(ikan keli masak berlado)

Gulai daging

Gulai nenas ikan masin

Ayam goreng berempah

Daging bakar cicah ayam asam

Sayur Goreng Kacang Buncis

Ayam goreng kunyit

Udang goreng petai

Lemak yang dibuat gulai. Hidangan ni unik dan win di hati saya

Rendang daging.

Memang lauk-pauk yang disediakan memenuhi citarasa tekak melayu seperti saya. Sedap dan bervariasi juga.

Saya juga suka dengan keluasan tempat mpat makan yang cukup sederhana tapi mampu untuk menampung jumlah pengunjung yang ramai pada satu-satu masa.
Bagi mereka yang dalam datang 4 orang ke atas

Lebih santai untuk pelanggan yang datang seramai 4 orang dan kurang daripadanya.

Pelanggan juga boleh melihat sendiri keadaan dapur yang sentiasa bersih dan kemas.

Apa sahaja aktiviti chef dan pekerja di dapur dapat dilihat dari ruang makan. Jadi kita boleh lihat bagaimana pekerja dapur di sini bekerja menyediakan hidangan.

Di dalam restoran terdapat juga kemudahan tandas bagi lelaki dan perempuan. Dan ianya sentiasa berkeadaan bersih dan kemas.

Kagum dengan keadaan hotel yang "simple"dan menarik, Cik Lily dengan gembiranya merakamkan wajahnya secara selfie di sini, Sebangai tanda kenangan yang beliau pernah hadir dan merasai masakan Nasi Padang istimewa di Kitchen Kembali Best western Petaling Jaya, hiks

Oh ya ada promosi tau uollls untuk Buffet makan tengahari Nasi Padang ni.

Dewasa : RM30 (nett)
Kanak-kanak : RM15 (nett)

Dari pukul 12 tengahari - 2.30 petang (Isnin-Jumaat)

Keterangan lanjut mengenai lain-lain promosi boleh layari;

Menikmati Hidangan Nasi Padang Istimewa di Kembali Kitchen Best Western Hotel PJ Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 14, 2016 Rating: 5

18 comments:

  1. nice sharing..nampak macam best sangat..p/s: cik lily over eaaa...hehe

    Mai singgah blog saya plak ye..tq

    http://www.qiyasaad.blogspot.my/2016/01/hari-1-misi-12-hari-untuk-dapatkan-like.html

    ReplyDelete
  2. takder daging dendeng pun ( daging goreng yg dikeringkan). peminat nasi padang tegar.. my favourite semestinya sambal hijau

    ReplyDelete
  3. qisa- follow balik adik :)

    merlyn-- aah lah i br perasan cam takde jer dendeng huhuhu

    tapi lauk pauk sini sedap2

    ReplyDelete
  4. long time never eat at kembali kitchen. food looks good

    ReplyDelete
  5. fuhhh....banyaknya makanan! lauk pauk kat sini memang sedap2 belaka

    ReplyDelete
  6. Ayam goreng berempah nampak sedap. Tempat pun bagus untuk menjamu selera.

    ReplyDelete
  7. Nice buffet! I can intro this to my malay friends too! Looks delicious!

    ReplyDelete
  8. Ooooooh air liur dah meleleh melihat sambal udang petai dan yang lain lain... teringin nak merasainya... huhuhu

    ReplyDelete
  9. Sedapnya ayam goreng kunyit dan gulai nenas ikan masin tu. Kecur liur dan terasa nak cari juadah tu plak pagi-pagi cenggini

    ReplyDelete
  10. Best la, siapa yang suka makan masakan padang and pedas mesti try kat sana.

    ReplyDelete
  11. Gosh! Im drooling over the Daging Bakar and Rendang dish!

    ReplyDelete
  12. looks yummy! must try

    http://www.ranechin.com/

    ReplyDelete
  13. I tak berapa minat Nasi Padang tapi tak kisah kalau try ni. Nampak macam sedap semuanya.

    ReplyDelete
  14. omai..sedapnye nasi padanggggggg..murah jgk ek buffet diorg.

    ReplyDelete
  15. tried before the buffet spread at best western, pretty good .. lots of variety and yummy too!

    ReplyDelete
  16. I suka makan nasi padang... Mau go try try!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.