Pelajar IPT bangga tiada dara | Apa Nak Jadi Dengan Anak-anak Muda Sekarang :(

Copy paste berita HM on9 25 Ogos 2012
KOTA BHARU: Mereka menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan.
Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.
Malah, sesiapa yang masih dara dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.
Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.
*************************************************************..
Hmmm..
Siyes mengurut dada saya baca berita ni. Berdoa-doa dalam hati, janganlah anak-anak saya, anak-anak sahabat saya, saudara-mara saya terlibat dengan perkara-perkara yang melangkaui batasan seorang yang beragama. Beragama Islam.
Terfikir juga saya, bagaimana boleh mereka melakukan aktiviti yang salah tu tanpa rasa malu dengan menubuhkan kelab lagi. Dah rasa macam menonton filem "American Pie" lah pulok. Dahla dari golongan perempuan, tak rasa maluke bila dikaitkan "tiada dara"...
Walaupun berita dituliskan menggambarkan ianya berlaku di Kelantan tapi saya percaya ia turut berlaku di negara-negara lain.
:( sadis

Pelajar IPT bangga tiada dara | Apa Nak Jadi Dengan Anak-anak Muda Sekarang :( Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 01, 2012 Rating: 5

4 comments:

  1. di mana mana pun ader ayu. Bukan di Kelantan sahaja. Nak mengundi ni so ambik contoh kat Kelantan aje. Kat KL lagik la berlambak.

    ReplyDelete
  2. hmm..urut dada..jemput dtg blog mie juge ye..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.