21 Hari Minum Susu, Sangat Besh OK!

Untuk entri terbaru, boleh scroll ke bawah
Kempen ini berlangsung selama 48 jam* ya dehhh minum susu :)

MInum SUSU setiap hari,
Untuk pertumbuhan tulang dan gigi,
Segelas sehari minum 2 kali,
Hidup kekal aktif sihat berseri.

Seperti kita maklum, dengan pengambilan 2 gelas susu daripada rumusan susu yang disyorkan ianya memenuhi keperluan minimum kalsium tubuh anak kita. Ini penting untuk mengelakkan kemerosotan jirim tulang. Selain itu, pengambilan kalsium harian mengikut sukatan yang disyorkan akan dapat mengekalkan kekuatan tulang sepenuhnya.

Sebagai permulaan, kita perlu tanamkan azam dalam diri untuk menyediakan susu kepada anak-anak kita selama 21 hari bermula dari hari ini. 21 hari minum susu sebanyak 2 kali sehari bermakna anak kita telah minum susu sebanyak 24 kali. Hebatkan.  Bila anak kita minum susu setiap hari ianya akan menjadi tabiat untuk terus minum susu hari tanpa perlu diingatkan.

10 Sebab Kenapa Kita Semua Kena Minum Susu
  • Untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit Osteoporosis. Penyakit yang sering dikaitkan dengan faktor usia. Di sini jelas kita perlu minum susu untuk mendapat vitamin      dan kalsium tambahan demi masa depan yang sihat.


  • Dalam tumbesaran anak, susu sangat diperlukan dalam membekalkan sumber kalsium. Sepertimana yang diketahui kalsium untuk kanak-kanak adalah penting untuk mengekalkan kesejahteraan gigi. Ini adalah bagi mengatasi masalah akibat kekurangan kalsium seperti gigi reput, gusi berdarah dan sebagainya.


  •  Anak minum susu boleh menggemukkan? Oh tidak ya! Bahkan dengan meminum susu akan memberikan anak kita semua lebih banyak vitamin dan mineral. Pasti anak kita akan sentiasa sihat dan cergas
  • Ramai yang tidak tahu bahawa susu adalah anti-asid yang terbaik. Menurut pakar perubatan dengan meminum segelas susu ketika kita mengalami pedih ulu hati boleh mengurangkan kesakitan yang dialami.
  • Selain daripada memberi kebaikan kepada tulang dan gigi, minum susu juga membantu penumbuhan rambut dengan lebih sihat.
  • Amalan meminum susu pada awal pagi SETIAP HARI adalah yang terbaik. Ini kerana susu dapat membekalkan sumber protein yang amat diperlukan pada permulaan hari. Jadi adalah penting untuk kita sediakan susu sebagai antara menu sarapan buat anak-anak kita.
  • Selain dari pagi, pengambilan segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot-otot yang tegang supaya dapat memberi tidur yang nyenyak. Ini penting dalam membantu merehatkan tubuh badan selepas seharian penat bekerja.


Seperti saya dan anak-anak, kami selalu mengambil susu sebagai minuman sebelum tidur. “Supper” paling berkhasiat buat diri dan keluarga.
  • Minum susu boleh mengekalkan tahap cecair dalam badan kita.
  • Gejala PMS (Pre-Menstrual Syndrome) yang biasanya dialami oleh kaum wanita juga dapat dikurangkan memandangkan protein susu dapat mengurangkan tekanan.
    • Secara kesimpulannya, susu hakikatnya penuh dengan nutrien. Ianya mengandungi antara lain seperti:-
    ü  vitamin – penting untuk sel-sel darah merah
    ü  kalsium-penting untuk pertumbuhan tulang yang kuat
    ü  karbohidrat –membekalkan tenaga
    ü  magnesium-untuk perlenturan otot
    ü  fosforus - untuk mengambil kesempatan tenaga
    ü  kalium -baik untuk sistem saraf
    ü  protein-untuk proses pertumbuhan dan penyembuhan
    ü  riboflavin-untuk kulit sihat dan berseri
    ü  zink -untuk meningkatkan sistem imun

    Susu mempunyai banyak kebaikan, tapi mengapa kita sebagai ibu bapa masih lagi bertoleransi dengan karenah anak-anak yang TIDAK GEMAR MINUM SUSU. Ini terutama waktu sarapan, adakalanya anak-anak kita lebih suka minum air berperisa seperti oren dan sebagainya.

    Saya juga adakalanya menghadapi masalah yang sama. Sebagai seorang ibu yang mempunyai 5 orang cahayamata berkarektor yang berbeza, pastinya saya terpaksa menghadapi 5 ragam dan karenah anak-anak terutamanya di waktu sarapan pagi. Contohnya anak pertama saya, Anaqi Bunyamin. Beliau paling tidak suka dengan susu tepung. Begitu juga anak saudara saya Adlyn berusia 12 tahun dan adik ipar saya Aleeya, mereka berdua begitu tidak menggemari susu terutama susu yang tidak mempunyai sebarang perisa seperti coklat.

    Jadi seperti ibu-ibu lain, saya tidak akan mengalah. Melalui pembacaan dari pelbagai sumber mengajar saya bagaimana untuk menjadi seorang ibu yang kreatif. Ya, kreatif! Saya perlu bijak memodikasikan susu sebagai bahan dalam menyediakan hidangan yang enak.

    Nantikan, hidangan terbaik susu saya di entri akan datang ya.

    So, uolls. Jika anda juga pernah mengalami masalah seperti saya dan punyai idea yang kreatif dalam menyediakan hidangan dengan adanya bahan seperti susu. Why not join “Idea menikmati sajian susu” bersempena dengan  Kempen “Nikmati Susu Dalam 21 Hari” . Boleh layari Facebook Dutch Lady Malaysia untuk keterangan lanjut.

    Paling menarik Facebook Dutch Lady menawarkan wang tunai RM200 untuk idea sajian susu terbaik. Bestkan! Spread the news hokeh :) …

    -Sebagai info tambahan, susu Dutch Lady yang terdapat di pasaran seperti:-
    1) Susu UHT Dutch Lady
    4) Susu Tepung Famili Dutch Lady
    2) Susu Disteril Dutch Lady
    5) Minuman Yogurt Dutch Lady
    3) Susu Dipasteur Dutch Lady
    6) Yogurt Dutch Lady


    Jom minum susu selama 21 hari!!!----Nak CASH 200 klik sini :) untuk keterangan lanjut


21 Hari Minum Susu, Sangat Besh OK! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 01, 2012 Rating: 5

14 comments:

  1. susu DL ni memang anak dan i pun minum!!!

    ReplyDelete
  2. beshnya kalau dpt menang cash RM200--me lom join lg ni heheh

    ReplyDelete
  3. ezzz---feveret tu

    suzz- i dah join :), u join la...buttermilk yng sedap tu :)

    ReplyDelete
  4. susu dutch lady memang terbaik untuk semua generasi,gender..
    rasa lazat disamping ada banyak khasiat

    ReplyDelete
  5. ezay--meh dtg raya, mdm banjer susu dl :) heheheheh

    ReplyDelete
  6. minum susu memang bagus untuk kesihatan

    ReplyDelete
  7. Anak-anak Aishah pun suka Dutch Lady...termasuk ibunya sekali..hehehe

    ReplyDelete
  8. Anak-anak Aishah pun suka Dutch Lady... termasuk ibunya sekali.

    ReplyDelete
  9. Anak-anak saya pun sukeee... sangt susu kotak Dutch Lady ni

    ReplyDelete
  10. wahh..sedapnya ank beranak minum susu ya...dutch lady lagi...nampak gayanya kena g beli jgk ni...

    ReplyDelete
  11. damia mmg pengguna setia dutch lady
    bapak nye pengguna setia yogurt dutch lady
    mak dia? pakai susu kotak tu buat krim kek hehehehe pendek kata satu kelorga guna susu ni

    ReplyDelete
  12. ila nak susu..belanjalah ila minum. tp mmg anak2 ila minum susu nie.. masa ila prgt ilaselalu minum perasa coffe sbb tue bila arief kuar color coffer sekarang dah tukar jadi latte muahah

    ReplyDelete
  13. Teringatkan pesanan ibu minum susu untuk kesihatan tulang.

    Anak saya yang berusia 1 tahun 8 bulan minum susu tepung jenama Dutch Lady.

    ReplyDelete
  14. ank2 sy tak brapa suka minum susu tepung..tp klau susu ni..mmg kejap je abis..tambah2 klau mkn ngan cornflakes/coco crunch..hehe

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.