3H 2M di Bukit Merah LakeTown Resort

Hujung minggu lepas kami sekeluarga bercuti di Bukit Merah LakeTown Resort (ehsan voucher penginapan free dari Suria.fm)... Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam dari KL...

Ni antara tempat yang kami pergi sepanjang 3H 2M kat LakeTown..kebetulan ada Pesta Memancing dan Karaoke..so macam gamat sikit LakeTown pada minggu itu..

Voucher yang kami dapat inclusive dengan dua org dewasa utk breakfast..so kitaorg kena bayar sorang jer makanan utk kanak2...buffet sarapan pagi memang sedap dan best..puas hati!

lobi apartmentyang agak simple dan cam takde orgpun lepak kat situ...huhu

ni lah Apartment tempat kitaorang menginap....walaupun yang kedua paling murah (RM300 semalam tu)...tapi OKlah...katil, tilam, kerusi katil lebih dari cukup untuk kami...

Pandangan apartment dari pool...
Antara aktiviti yang tak pernah miss kalau pergi tidur hotel...mandi kolam....yang bestnya kolam kat sini agak luas....


aksi-aksi terjunan tiruk, menjunam segala skil ditunjukkan sebaik lensa mengadap muka2 anak2 I ni...huhu

Hari kedua kitaorang menghabiskan masa dengan membuat aktiviti seperti naik bot ke Orang Utan Island, EcoPark (mini Zoo), main chairlift, sky-cycle etc

ni masa menunggu feri di jeti...cuaca memang agak panas dan terik...


memang excited masa naik bot...tapi yang kelakarnya si Afiq penakut abis...berpaut tak nak lepas.

ni antara baby orang utan dalam bilik ICU...ada yang 7 bulan..dan yang paling tua kat sini 2 tahun.

kaum-kerabat orang utan yang duk posing abis kat pelantar..kuat melepak jugak dieorang ni...huhu

lepas tu kitaorang ke EcoPark lak...walaupun perut dah lapar menggila time ni tapi kitaorang tetap teruskan jugak aktiviti seperti yang dirancangkan...

best..siap boleh main ngan arnab..bagi makan, dukung ..jangan pijak udahler...:P

ular sawa ni tengah salin kulit..so staff kat situ tengah sibuk membersihkan badan die..seriau I tengok..panjang mak aii..menurut penjaga ular tersebut..ular ni die makan setahun sekali...huishhh

sempat gak kitaorang bagi makan kuaci kat monkey ni (dah lupa nama spesis die...tapi tangan lembut kalah tangan I,,), banyak lagi binatang kat situ..cam mini zoo..dari yang jinak sehinggalah yang ganas cam buaya...kami sempat gak tengok pertunjukan burung...



ni masa sky-cycle..I tak naik cam gayat...hahahah

so secara keseluruhan memang puas hati percutian kali ni..walaupun tak dirancang dpt voucher terus buat booking...huhu. tempat makanan kat luar lake town banyak...murah dan sedap...paling suka lauk kari ikan die..burung puyuh masak merah dan banyak lagi...

so memang recommend baik punya saper nak pergi kat sini...two thumbs up!


3H 2M di Bukit Merah LakeTown Resort Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 11, 2010 Rating: 5

2 comments:

  1. tq ayu sbb buat posting ni..seronok i baca.. sambil mengingat kembali masa2 i gi sana ;) dah 3 kali tu...kalau ada peluang, nak je pegi sini lg...dia punyer water chalet best banget!!stay 2 mlm.. (Rm500 semlm, of course lah masa i pegi dulu guna voucher menang contest ;)..syg eh kalau nak guna duit sendiri ;)

    ReplyDelete
  2. bestnya water chalet...i ada amik gambar mmg cantek suzz...best...anak I siap bagi remark "percutian paling best"...huhu

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.