SugarBun Kembangkan Sayap ke Semenanjung Malaysia & Antarabangsa Melalui Kerjasama Strategik dengan Sedaplycious
SugarBun Corporation Berhad (SugarBun), kini melangkah ke fasa baharu pertumbuhan dengan menandatangani perjanjian kerjasama strategik bersama Sedaplycious Sdn Bhd (Sedaplycious) bagi memperkukuh kehadiran jenama di Semenanjung Malaysia serta pasaran antarabangsa.
Dari ke kanan: Borneo Oil Berhad (BornOil) Pengarah Urusan
Datuk Joseph Ambrose Lee, Minister of Entrepreneur Development and Cooperatives Datuk Ewon Benedick, Pernas CEO Datuk Nor Azam bin M. Taib dan pengasas Sedaplycious Sean Leong
Langkah strategik ini menjadi detik penting dalam perjalanan jenama tempatan yang telah sinonim dengan cita rasa unik Borneo. Secara tudak lansung dapat membuka peluang pertumbuhan baharu dalam industri makanan dan minuman (F&B) di Malaysia.
Mengukuhkan Jejak Jenama SugarBun di Peringkat Nasional
Menurut Pengarah Urusan Borneo Oil Berhad, Datuk Joseph Ambrose Lee, kerjasama bersama Sedaplycious ini akan memperkukuh kedudukan SugarBun di luar Sabah dan Sarawak.
SugarBun akan membawa Broasted Chicken, Savoury Rice, dan pelbagai sajian kegemaran Malaysia Timur ke komuniti baharu di seluruh Semenanjung. Dalam masa yang sama, kami membuka peluang pekerjaan, memperkasakan pembekal tempatan serta menawarkan peluang francais kepada para usahawan,
Dengan populasi Semenanjung Malaysia yang tiga kali ganda lebih besar berbanding Malaysia Timur, langkah ini dilihat sebagai strategi jangka panjang untuk mengukuhkan kehadiran nasional SugarBun.
Tandatangan Perjanjian Regional Area Development Agreement
Perjanjian Regional Area Development Agreement (RADA) ini telah dimeterai oleh anak syarikat SugarBun, SB Supplies & Logistics Sdn Bhd, yang melantik Sedaplycious sebagai master franchise partner rasmi.
Majlis menandatangani perjanjian ini turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick serta Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Nasional Berhad (Pernas), Datuk Nor Azam M. Taib.
SugarBun ialah kisah kejayaan Malaysia Timur yang membanggakan. Pengembangan ke Semenanjung bukan sahaja membuka peluang pekerjaan baharu, tetapi juga memperkenalkan keunikan budaya Borneo melalui warisan kulinari yang kaya,
kata Datuk Ewon.
Peluang Francais Melalui Model SugarBun Express
Ditubuhkan lebih 40 tahun lalu di Sarawak, SugarBun kini mempunyai lebih 104 cawangan, terutamanya di Sabah, Sarawak dan Brunei. Dengan memperkenalkan model SugarBun Express, jenama ini menawarkan peluang kepada usahawan tempatan untuk menyertai rangkaian francais pada kos lebih rendah.
Model SugarBun Express membolehkan francais beroperasi di kawasan bandar kecil dan pinggir bandar, sambil mengekalkan kualiti pengalaman menjamu selera yang sinonim dengan SugarBun,
jelas Datuk Joseph.
Kerjasama ini turut dijangka memberikan impak ekonomi positif, termasuk memperluas penglibatan pembekal tempatan, mewujudkan peluang perniagaan baharu serta menyokong pertumbuhan industri francais makanan tempatan.
Sokongan & Visi Sedaplycious: Membawa Cita Rasa Borneo ke Semenanjung
Pengasas Sedaplycious, Sean Leong, menzahirkan keyakinan tinggi terhadap potensi penerimaan cita rasa Borneo di kalangan masyarakat Semenanjung Malaysia.
Saya amat menggemari Broasted Chicken dan Savoury Rice SugarBun. Kami di Sedaplycious komited untuk memperluaskan jenama ini kerana kami yakin masyarakat Semenanjung akan menyukainya. Ini bukan sekadar perniagaan, tetapi misi membawa cita rasa Borneo kepada lebih ramai komuniti,
Pelancaran Sos Baharu: Bornean Tuhau Wild Ginger Chilli Sauce
Majlis itu turut menyaksikan pelancaran produk terbaharu oleh Sabacco — Bornean Tuhau Wild Ginger Chilli Sauce yang diinspirasikan daripada warisan Kadazan-Dusun di Sabah.
Yup! Sos pedas-masam ini pasti menyerlahkan identiti Borneo yang eksotik dan berani yang bakal diperkenalkan di cawangan SugarBun seluruh Semenanjung Malaysia serta pasaran luar negara.
Tentang SugarBun
Ditubuhkan pada 1979 di Sarawak, SugarBun ialah jenama restoran Halal tempatan dengan lebih 90 cawangan di Malaysia, Brunei dan pasaran antarabangsa. Jenama ini terkenal dengan Broasted Chicken berperisa lada Sarawak, Savoury Rice, Fish Burger, dan house-made pickles yang menggabungkan rasa asli Borneo dengan kualiti moden.
Melalui kerjasama bersama Sedaplycious, SugarBun komited membina kehadiran nasional lebih kukuh dan memperluas capaian ke pasaran global — menjadikan jenama ini antara ikon kulinari Malaysia Timur yang terus mekar di pentas dunia.
SugarBun Kembangkan Sayap ke Semenanjung Malaysia & Antarabangsa Melalui Kerjasama Strategik dengan Sedaplycious
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 15, 2025
Rating:

No comments:
Sharing is caring...