Mendapat Tajaan, Tiket Konsert Hafiz Suip Diturunkan Harga

Mendapat Tajaan Tiket Konsert Hafiz Suip Diturunkan Harga | Panik seketika apabila gossip mengenai pembatalan konsert penyanyi Hafiz Suip yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Namun berita itu telah disangkal oleh phak SAH Entertainment bahkan Hafiz sendiri berkongsikan satu berita gembira buat peminat setianya apabila harga tiket konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip diturunkan. Ini selepas mendapat tajaan daripada tiga syarikat lokal iaitu Bienz, Solustra Parfume dan Finura. 


Pengumuman itu dibuat pada sidang media tergempar yang berlangsung di St. Giles Boulevard Hotel, Mid Valley, Bangsar pada malam Selasa, 30 September 2025.


Konsert yang bakal diadakan pada 1 November 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur itu dianjurkan oleh SAH Entertainment dan menjanjikan pengalaman penuh emosi dengan gabungan perjalanan hidup serta katalog lagu hit Hafiz sepanjang 16 tahun bergelar anak seni. 


Menurut Pengarah Urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid, kehadiran tiga penaja berkenaan membolehkan pihak penganjur mengambil inisiatif mengurangkan harga tiket sebagai tanda penghargaan kepada peminat.

Sokongan syarikat penaja memberi ruang untuk kami menurunkan harga tiket agar lebih ramai peminat dapat hadir. Ini juga sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan mereka bersama Hafiz sejak awal kerjaya,

Tiga Penaja Yang Bekerjasama
Bienz, Solustra Parfume dan Finura. merupakan tiga penaja yang bersetuju untuk bekerjasama bagi menjayakan konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip.


Bienz, cukup popular dengan pizza wagyu, pasta dan tiramisu yang mula beroperasi sejak September 2024. Lokasi restoran terletak di Wangsa Maju dan hidangannya sentiasa menjadi tumpuan terutama peminat pizza dan pasta premium. Projek akan datang adalah untuk membuka cawangan baru.


Solustra Parfume wangian EDP yang sesuai kegunaan harian. Solustra Belle Aura Parfum, Pheromone infused, EDP antara yang banyak mendapat permintaan. Wangian yang ditawarkan sesuai kegunaan untuk lelaki dan perempuan. Produk ini boleh didapatkan dari Solustra Parfume tiktok.


Finura jika dulu lebih dikenali sebagai jenama pakaian dan kini lebih fokus untuk penjualan tudung bawal. Memperkenalkan Syasya Rezal sebagai duta Finura dan antara perancangan lain jenama ini akan memperkenalkan shawl Finura pada masa akan datang.

Harga Tiket Baru

Harga tiket baharu konsert adalah seperti berikut:
  • Bahagiamu Deritaku – RM788 - RM588 
  • Awan Nano – RM588 - RM358 
  • Takdir Tercipta – RM488 - RM288 
  • Ombak Rindu – RM388 - RM228 
  • Ku Akui – RM288 - RM188 
  • Matahari – RM188 - RM148
Artis Undangan

Selain persembahan solo Hafiz, konsert ini turut menampilkan artis undangan istimewa iaitu Adira dan Umai bagi memeriahkan lagi malam bersejarah tersebut. 


Lebih 4,000 penonton dijangka membanjiri Mega Star Arena bagi menyaksikan konsert yang dianggap sebagai kemuncak perjalanan seni Hafiz Suip.

Tiket boleh didapati menerusi laman rasmi Ticketmelon. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi SAH Entertainment melalui emel hello@sahentertainment.com.
Mendapat Tajaan, Tiket Konsert Hafiz Suip Diturunkan Harga Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 01, 2025 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.