MATEC 2025 : Pasti Menjadi Tumpuan Peminat ean Pemain Industri Automotif

MATEC 2025 : Pasti Menjadi Tumpuan Peminat ean Pemain Industri Automotif | MARA Automotive Ecosystem (MATEC) 2025 anjuranMajlis Amanah Rakyat (MARA) pastinya bakal menjadi tumpuan pemain industri dan peminat-peminat dalam bidang automotif.

MATEC 2025 merupakan penganjuran kali kedua akan berlangsung pada 30 Oktober hingga 2 November ini di Perkarangan Stadium Nasional, Bukit Jalil.


Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, MATEC 2025 membuktikan komitmen MARA dalam menyokong dan memperkukuh usahawan bumiputera dalam memacu industri automotif yang mampan dengan membuka peluang besar di sepanjang rantaian nilai industri untuk meneroka teknologi baharu, memahami piawaian industri terkini, dan membina kerjasama strategik.

Bertemakan "Charge The Hype"
MATEC tahun ini menampilkan tema "Charge The Hype" yang menggabungkan elemen teknologi automotif terkini, gaya hidup permotoran, modifikasi kreatif dan penglibatan Gen-Z dalam satu acara. Gabungan ini bakal menghidupkan suasana penuh tenaga, gaya dan keterujaan seperti 'mengecas' budaya automotif dengan semangat baharu.


MATEC 2025 mengetengahkan empat (4) komponen meliputi pameran (B2C), Business Matching (B2B), Diagnose Hub, Experiential Wheel. Sebanyak 180 reruai pameran bakal disusun rapi mengikut segmen iaitu pengeluar kenderaan (OEM), vendor serta alat ganti kenderaan dan aksesori, Program Khas Automotif MARA, pameran dari rakan strategik dan agensi yang menyokong industri automotif.


Malahan, dalam segmen experiantial wheel pengunjung bakal teruja memandu uji dan merasai sendiri kehebatan teknologi pelbagai jenama kereta dan motor elektrik, menikmati pelbagai tawaran dan aktiviti menarik seperti promosi dan diskaun hebat daripada pempamer, termasuk potongan harga servis, aksesori, dan barangan automotif.

Pelbagai Aktiviti Menarik
Selain itu, pengunjung juga boleh turut serta dalam aktiviti-aktiviti permainan yang interaktif dan cabutan bertuah seperti "EV Smart Quiz", "Push Bike Challenge", dan "Wheel of Fortune" dengan hadiah bernilai tinggi termasuk motosikal dan barangan eksklusif MATEC.

Selain itu pengunjung juga dapat melihat sendiri persembahan artis-artis yang mengambil bahagian termasuklah Floor88. Dalam satu temubual, Floor88 turut meluahkan rasa keterujaan mereka untuk mneyertai acara MATEC kali ini.


Menjawab desas-desus mengenai pembayaran dan kurang sokongan terhadap acara kerajaan, pihak Floor88 menafikan sekerasnya dakwaan itu. Bahkan Floor88 sentiasa ingin bertemu peminat melalui program agensi Kerajaan. Tentang pembayaran pula adalah setimpal mengikut professional mereka sebagai anak seni yang lama dikenali di Malaysia.

Kerjasama Dengan Pelbagai Agensi
Penganjuran MATEC kali ini turut melibatkan kerjasama dengan pelbagai rakan industri dan agensi strategik termasuk PETRONAS, EON, Daihatsu, Little Joe, Bateriku, CelcomDigi, Mannol, PMH, serta institusi kewangan dan agensi kerajaan berkaitan seperti PUNB, MARii dan SME Corp.

MATEC 2024 memperoleh pencapaian yang memberangsangkan dengan berjaya mencatat transaksi jualan bernilai RM16.6 juta, selain melaksanakan lebih 330 sesi padanan perniagaan yang memberi impak positif terhadap jaringan industri automotif bumiputera serta menarik 26,550 pengunjung,

Susulan kejayaan tersebut, Dr. Asyraf yakin MATEC 2025 mampu memperoleh transaksi jualan melebihi RM50 juta dengan penambahan lebih 70 reruai pameran berbanding tahun lepas dengan sasaran bilangan pengunjung sebanyak 50 ribu sepanjang tiga (3) hari penganjurannya.


Untuk rekod, melebihi 5,000 usahawan automotif bumiputera telah dibangunkan oleh MARA melalui inisiatif latihan, kemudahan pembiayaan, fasiliti perniagaan dan bimbingan strategik yang disediakan. MARA juga memainkan peranan dalam menyokong industri High Growth High Value (HGHV) dengan membangunkan usahawan EV seperti GGR Motor yang merupakan pengeluar utama motor EV negara.

Selain itu, MARA telah melatih guna tenaga kerja mahir bagi memenuhi keperluan industri automotif negara melalui institusi pendidikan TVET MARA.

MATEC 2025 bersedia untuk memainkan peranan penting dalam industri automoti Malaysia dengan meningkatkan penglibatan usahawan bumiputera dalam industr mempromosikan pertumbuhan industri, menyokong inisiatif kelestarian dan memupuk pembangunan bakat seterusnya.

Jumpa nanti di MATEC 2025.
MATEC 2025 : Pasti Menjadi Tumpuan Peminat ean Pemain Industri Automotif Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 08, 2025 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.