Zfix Capai Sasaran Cipta Rekod Malaysia Book of Records Untuk Penukaran 1000 Bateri iPhone Kurang 12 Jam
Zfix Capai Sasaran Cipta Rekod Malaysia Book of Records Untuk Penukaran 1000 Bateri iPhone Kurang 12 Jam | Zfix, jenama tempat an yang terkenal dengan kepakaran dalam perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan telefon pintarbakal melakar sejarah menerusi satu cubaan mencipta rekodMalaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori "Penukaran Bateri iPhone Terbanyak Kurang 12 Jam".
Acara bersejarah ini berlangsung pada Ahad, 7 September 2025, bermula jam 10:00 pagi hingga 4.22petang bertempat di New Branch Zfix di Bangunan PKNS Bizpoint, 67, Jalan Pumbum P7/P, Seksyen 7, Shah Alam.
Zfix – Jenama Tempatan, Piawaian Global
Ditubuhkan pada tahun 2022, Zfix telah berkembang pesat sebagai penyedia servis yang dipercayai untuk pembaikan telefon pintar khususnya peranti Apple.
Zfix sememangnya sentiasa memberi pendekatan yang profesional, telus dan beretika dan kini bersedia untuk menunjukkan keupayaan teknikal dan operasinya di pentas nasional.
Cubaan mencipta rekod MBOR ini akan disertai oleh 30 juruteknik bertauliah, 10 petugas audit dan sokongan operası serta 5 kaunter verifikasi sah.
Dengan sasaran lebih 1,000 unit bateri ditukar dalam masa 12 jam, acara ini bukan sahaja menonjolkan kecekapan Zfix, malah menekankan pentingnya penjagaan peranti pintarsecara profesional dan sah.
Objektif Cubaan Rekod
⁃Cubaan ini bertujuan untuk mencipta penanda aras kebangsaan dalam bidang perkhidmatan pembaikan telefonpintar di samping menguji keupayaan operasi Zfix secarabesar-besaran di bawah tekanan masa.
Semua data akan diaudit secara langsung dan diserahkan kepada pihak MBOR dalam tempoh 48 jam selepas acara berakhir.
Zfix Mobile Fest: Lebih Dari Sekadar Rekod
Sempena cubaan mencipta rekod ini, Zfix Mobile Fest turut menawarkan pelbagai aktiviti sampingan yang interaktif, bermanfaat dan menyeronokkan untuk pengunjung, termasuk pemeriksaan kesihatan telefon percuma, bengkel mini mengenai penjagaan telefon pintar, cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik, photo booth interaktif & TikTok challenge booth selain zon rehat, makanan ringan, Wi-Fi percuma, ruang kolaborasi jenama dan zon kanak-kanak.
Acara ini disasarkan untuk menjadi platform inklusif kepada pengguna, pencinta teknologi, serta keluarga yang ingin memahami dunia servis telefon secara lebih mendalam.
Zfix Mobile Fest bukan sekadar sebuah acara teknikal tetapi satu inisiatif komuniti untuk memperkasa pengguna dalam memahami nilai penjagaan peranti dengan cara yang sah, selamat dan mengikut piawaian.
Komitmen Zfix Kepada Profesionalisme & Inovasi
Menurut wakil Zfix, cubaan mencipta rekod ini bukan sekadar tentang angka, tetapi lebih kepada menyampaikan mesej penting – bahawa industri servis telefon pintar boleh dijalankan secara sah, telus dan diiktiraf.
Zfix Mobile Fest adalah simbol komitmen kami terhadap integriti, inovasi dan khidmat pelanggan. Kami ingin buktikan bahawa jenama tempatan juga mampu menetapkan piawaian industri pada tahap tertinggi
ujar wakil Pengarah Syarikat Zfix, Muhammad Zulhelmi Mohd Yusof.
Tahniah Zfix kerana mencapai sasaran rekod: 1,000+ unit bateri iPhone ditukar kurang dalam masa 12 jam. Rekod rasmi berakhir pada 4.22 petang. Tahniah Zfix!

Outlet pertama telah dibuka di Kajang Selangor pada bulan Julai 2025 dan outlet Shah Alam secara rasmi dibuka. pada bulan September tahun yang sama. Pembukaan outlet di Shah Alam satu langkah strategik memandangkan ianya di kawasan komuniti pelajar universiti, pentadbitan dan sebagainya.
Zfix sememangnya sentiasa memberi pendekatan yang profesional, telus dan beretika dan kini bersedia untuk menunjukkan keupayaan teknikal dan operasinya di pentas nasional.
Cubaan mencipta rekod MBOR ini akan disertai oleh 30 juruteknik bertauliah, 10 petugas audit dan sokongan operası serta 5 kaunter verifikasi sah.
Dengan sasaran lebih 1,000 unit bateri ditukar dalam masa 12 jam, acara ini bukan sahaja menonjolkan kecekapan Zfix, malah menekankan pentingnya penjagaan peranti pintarsecara profesional dan sah.
Objektif Cubaan Rekod
⁃Cubaan ini bertujuan untuk mencipta penanda aras kebangsaan dalam bidang perkhidmatan pembaikan telefonpintar di samping menguji keupayaan operasi Zfix secarabesar-besaran di bawah tekanan masa.
- Menonjolkan profesionalisme industri servis telefon yang mematuhi piawaian ketat dari segi keselamatan, dokumentasi dan integriti
- Meningkatkan kesedaran awam tentang pentingnya servis bertauliah dan penggunaan alat ganti tulen
Semua data akan diaudit secara langsung dan diserahkan kepada pihak MBOR dalam tempoh 48 jam selepas acara berakhir.
Zfix Mobile Fest: Lebih Dari Sekadar Rekod
Sempena cubaan mencipta rekod ini, Zfix Mobile Fest turut menawarkan pelbagai aktiviti sampingan yang interaktif, bermanfaat dan menyeronokkan untuk pengunjung, termasuk pemeriksaan kesihatan telefon percuma, bengkel mini mengenai penjagaan telefon pintar, cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik, photo booth interaktif & TikTok challenge booth selain zon rehat, makanan ringan, Wi-Fi percuma, ruang kolaborasi jenama dan zon kanak-kanak.
Acara ini disasarkan untuk menjadi platform inklusif kepada pengguna, pencinta teknologi, serta keluarga yang ingin memahami dunia servis telefon secara lebih mendalam.
Zfix Mobile Fest bukan sekadar sebuah acara teknikal tetapi satu inisiatif komuniti untuk memperkasa pengguna dalam memahami nilai penjagaan peranti dengan cara yang sah, selamat dan mengikut piawaian.
Komitmen Zfix Kepada Profesionalisme & Inovasi
Menurut wakil Zfix, cubaan mencipta rekod ini bukan sekadar tentang angka, tetapi lebih kepada menyampaikan mesej penting – bahawa industri servis telefon pintar boleh dijalankan secara sah, telus dan diiktiraf.
Zfix Mobile Fest adalah simbol komitmen kami terhadap integriti, inovasi dan khidmat pelanggan. Kami ingin buktikan bahawa jenama tempatan juga mampu menetapkan piawaian industri pada tahap tertinggi
ujar wakil Pengarah Syarikat Zfix, Muhammad Zulhelmi Mohd Yusof.
Pihak Zfix turut menzahirkan harapan agar cubaan ini mendapat pengiktirafan rasmi daripada Malaysia Book of Records, sekaligus meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam amalan servis teknologi yang bertauliah dan diyakini.
Tahniah Zfix kerana mencapai sasaran rekod: 1,000+ unit bateri iPhone ditukar kurang dalam masa 12 jam. Rekod rasmi berakhir pada 4.22 petang. Tahniah Zfix!
Zfix Capai Sasaran Cipta Rekod Malaysia Book of Records Untuk Penukaran 1000 Bateri iPhone Kurang 12 Jam
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
September 08, 2025
Rating:

No comments:
Sharing is caring...