Siri Jelajah PKSK bersama Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar & Guru Ikon FlyHigh di Shah Alam Sememangnya Sukses!

Siri Jelajah PKSK bersama Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar & Guru Ikon FlyHigh di Shah Alam  Sememangnya Sukses!| Hari Kemerdekaan yang ke 68 lebih bermakna buat semua pelajar  FlyHigh Education Centre dengan kehadiran ikon negara, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan pertama Malaysia yang menjadi inspirasi jutaan rakyat.


Siri Jelajah PKSK telah berlansung selama 2 hari yang disertai anak-anak pelajar Tahun 5 dan 6 dan telah dibimbing secara dekat untuk mengenali teknik, strategi dan persediaan menghadapi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) 2025 oleh guru Ikon FlyHigh yang cukup berpengalaman. 


Jelajah PKSK di Shah Alam
Bengkel semuka ini bukan sekadar kelas biasa. Ia penuh dengan aktiviti, perkongsian, latihan, dan motivasi yang dapat membangkitkan semangat pelajar. Antara pengisian sepanjang bengkel seperti:-

1. Teknik Menjawab Soalan PKSK- Bagaimana untuk memahami soalan dengan cepat, mengenal kata kunci, dan memilih jawapan yang tepat dalam masa yang terhad.
2. Strategi Pantas & Berkesan– Ramai pelajar terperangkap dengan soalan berbentuk KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Di sini mereka dilatih dengan cara mudah untuk mengurus soalan kritikal tanpa panik.
3. Format Terkini 2025 – PKSK sentiasa berubah mengikut keperluan. FlyHigh pastikan pelajar tidak ketinggalan dengan pendedahan format terbaru.
4. Simulasi Ujian– Anak-anak diberi peluang menjawab soalan seolah-olah mereka sedang menduduki PKSK sebenar.
5. Motivasi & Keyakinan – Dengan aura Dato’ Sheikh Muszaphar, anak-anak pulang dengan semangat baru, percaya bahawa mereka juga mampu melakar kejayaan besar.

Kepentingan PKSK Untuk Tahun 5 dan 6
Tidak dinafikan bahawa PKSK adalah pintu masuk utama ke sekolah berprestij seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Tanpa persediaan, ramai pelajar yang sebenarnya cemerlang dalam akademik juga boleh gugup ketika menghadapi ujian ini. PKSK bukan sahaja menguji pengetahuan, tetapi juga cara berfikir, pengurusan masa, kreativiti dan keyakinan diri.

Sebab itulah FlyHigh begitu komited mengadakan bengkel sebegini – supaya anak-anak benar-benar bersedia, bukan sekadar “main cuba nasib”. Ramai ibu bapa menarik nafas lega kerana melalui bengkel ini, anak-anak bukan sahaja lebih faham tentang format ujian terkini, malah mereka juga semakin yakin dengan keupayaan diri.

Dapatkan Buku Rujukan FlyHigh

Berita baik untuk pelajar FlyHigh boleh juga dapatkan buku panduan lengkap calon PKSK 2025/2026  iaitu Ledakan Booster yang telah dilancarkan pada 31 Ogos 2025. Buku-buku ini dihasilkan sendiri oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dalam PKSK. Untuk info, buku panduan daru FlyHigh telah mula diperkenalkan dari tahun 2021 iaitu Ledakan Trio dan Ledakan Extra pada tahun 2023.

Bengkel PKSK Menjadi Pilihan Pelajar dan Ibubapa
PKSK bukan sekadar peperiksaan biasa. Ia menguji perkara yang jarang disentuh di sekolah terutama tentang pengetahuan am.


Menerusi penyertaan anak didalam bengkel ini, mereka akan belajar dari guru-guru terbaik dan berpengalaman yang  dijalankan secara hands-on dengan simulasi. Selain itu anak-anak akan dilatih untuk berfikir di luar kotak.

Maklum Balas Dari Ibubpa
Maklum balas dari ibu bapa juga sangat positif. Ada yang berkata anak mereka pulang dengan wajah ceria, lebih berdisiplin, malah sudah mula membuat ulang kaji tanpa disuruh dan pelbagai lagi.
Anak saya balik penuh semangat. Malam tu terus buka buku dan mula buat latihan. Saya sendiri tak sangka impak bengkel ni sebegitu besar.
Format PKSK saya sendiri pun tak faham. Mujur ada FlyHigh yang terangkan dengan jelas. Sekarang saya yakin anak saya lebih bersedia.
Siri Jelajah PKSK Akan Datang
Selepas kejayaan di Shah Alam, FlyHigh kuga akan meneruskan Siri Jelajah PKSK di Pantai Timur, di Terengganu. Turut bakal diadakan Bengkel PKSK Ultimate Step di Universiti Malaya KL dan Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi Selangor. 


Dan seterusnya Final Lap Siri Jelajah PKSK  iaitu sebelum peperiksaan PKSK akan diadakan di Shah Alam kembali pada 4 dan 5 Oktober 2025.


Antara intipati bengkel seperti berikut:-
* Analisis Soalan Terkini – Bukan sekadar teori, tetapi contoh-contoh soalan realistik berdasarkan trend PKSK.
* Teknik Mudah & Pantas– Anak anda belajar cara menjawab dengan sistematik supaya tak membuang masa.
* Tips Killer Temuduga SBP/MRSM – Selain ujian bertulis, ada pelajar yang akan dipanggil untuk temuduga. FlyHigh sediakan anak anda dengan persediaan sebenar.
* Bimbingan Intensif – Dijalankan oleh guru Ikon FlyHigh yang memang pakar dalam bidang PKSK & persediaan SBP/MRSM.

Bukan itu sahaja, anak-anak juga akan berpeluang menyertai aktiviti motivasi yang menyuntik semangat mereka untuk terus berusaha.


Butiran lanjut tentang bengkel di Terengganu adalah seperti berikut:-
📌 Bengkel Semuka PKSK Terengganu
📅 14 September 2025 (Ahad)
🕗 8.00 pagi – 6.00 petang
📍 MRSM Kuala Terengganu
💰 Yuran: RM199 sahaja

📲 Boleh buat pendaftaran segera sebelum slot penuh:
👉 Wasap.my/60105093732
👉 Wasap.my/60105403732
👉 Wasap.my/60108158408
👉 Wasap.my/60103023750


Ulasan Saya Sebagai Ibu Tentang Program
Tidak dinafikan sebagai ibu kita mahukan yang terbaik untuk anak. Bila mendapat tahu tentang tuisyen atas talian FlyHigh dan bengkel PKSK, saya terys tertarik apabila melihat pada modul bengkel yang ditawarkan.

Ini memandangkan saya sendiri kurang cakna tentang peperiksaan PKSK terutama dari segi silibus dan pemarkahan. Menerusi bengkel ini selain daripada dapat mendengar penjelasan sendiri dari Sir Koala terutama dari syarat dan bagaimana kita boleh mendapat tempat untuk ke SBP dan MRSM ada dikongsikan.

Ameer bersama GB Shahril (cikgu Matetmatik)

Ameer bersama Cikgu Sains, Sir Shahril

Walaupun Ameer baru tahun 5 namun pendedahan dari bengkel ini dapat membantu Ameer memikirkan hala tujunya untuk ke alam sekolah menengah nanti. Persediaan dari segi mental dan keyakinan diri sangat peting bagi memastikan Ameer benar-benar bersedia untuk menduduki peperiksaan PKSK. 

Atas itu terima kasih atas segala tunjuk ajar serta bimbingan dari guru-guru terbaik FlyHigh. Pada ibubapa di luar sana, saya memang sangat rekomen untuk anda menghantar anak-anak menyertai bengkel Siri Jelajah PKSK FlyHigh.


Siri Jelajah PKSK bersama Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar & Guru Ikon FlyHigh di Shah Alam Sememangnya Sukses! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 02, 2025 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.