PRA-PELANCARAN ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2026

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan festival besar-besaran terutamanya setiap kali tibanya perayaan Raya, yes ABSOLUT BAZAAR. Untuk perancangan tahun 2026, ABSOLUT BAZAAR telah melebarkan sayapnya ke lokasi baru iaitu Pulau Pinang, Brunei dan London.


Festival Raya terbesar dan paling berpengaruh di Malaysia  anjuran bersama oleh My Events International dan Absolut Events & Management sememangnya telah diiktiraf serta disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai Pameran Festival Raya Terbesar di Malaysia selama dua tahun berturut-turut.

Atas permintaan yang tinggi untuk memperluaskan festival terbesar ini ke luar negara, pihak penganjur dengan sukacitanya mengumumkan secara eksklusif perkembangan ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA ketiga di lokasi baharu pada tahun 2026 iaitu Pulau Pinang, Brunei Darussalam dan London. 

Perancangan ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA 2026


Bridex International Convention Centre, Brunei  127 Februari - 1 Mac 2026
Pulau Pinang di PICCA Convention Centre dari 6 - 8 Mac 2026 
MITEC, Kuala Lumpur dari 13 - 16 Mac 2026
London di Exhibition White City 2 - 3 Mei 2026.

Edisi London

Menambah lagi keterujaan, pihak penganjur akan memperkenalkan satu platform baharu yang direka khusus untuk memperkasakan usahawan tempatan di pentas global. Absolut Bazaar x MYExpo akan dilancarkan di London di Exhibition White City dari 2 hingga 3 Mei 2026. Tidak seperti ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA yang menumpukan kepada pengunjung musim perayaan, inisiatif ini bakal menjadi pintu masuk kepada kerjasama strategik dan kemasukan ke pasaran antarabangsa.

 

Edisi London ini turut menawarkan peluang business-to-business (B2B) eksklusif untuk para peserta, bagi menembusi pasaran Eropah yang lebih luas. Mereka berpeluang bertemu pengedar, pembeli serta rakan strategik, sekali gus membuka laluan kepada kerjasama masa hadapan, peluasan eksport dan penembusan pasaran global. 

Untuk PKS yang berhasrat menembusi pasaran antarabangsa dan mengukuhkan kedudukan kompetitif dalam sektor halal dan gaya hidup global, platform ini menawarkan pendedahan yang amat bernilai. Dengan memperkenalkan budaya tempatan, produk halal asli, pengalaman kulinari unik serta tarikan pelancongan yang pelbagai kepada khalayak antarabangsa, langkah ini turut menyokong inisiatif Visit Malaysia Year 2026. 

Festival Raya Terbesar di Malaysia
Secara tidak langsung, ia memperkukuh jenama Malaysia di persada global serta meningkatkan peluang rentas sempadan dan kerjasama antarabangsa.Sejak diperkenalkan,  ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA telah mencipta rekod cemerlang, sekali gus meneguhkan kedudukannya sebagai Festival Raya Terbesar di Malaysia. 

Antara pencapaian luar biasa sepanjang empat tahun penganjuran:
  • RM62.6 juta hasil jualan
  • 2,365 tapak reruai
  • 7.95 juta pengunjung
  • 224 jumlah vendor F&B
  • 120 selebriti
  • 48 rakan kongsi dan penaja
  • lebih 2,000 usahawan dan 400 jenama tempatan

Pencapaian ini membuktikan bahawa  ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA  bukan sahaja menjadi ‘one-stop centre’ untuk membeli-belah dan beraya, malah berperanan besar dalam menjana impak ekonomi kepada usahawan tempatan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Pada masa yang sama, ia membuka peluang baharu dalam pasaran domestik serta antarabangsa, sekaligus
memperkukuh kedudukan ABxFGR sebagai festival membeli-belah dan gaya hidup Raya paling berprestij di rantau ini. Dengan penambahan Brunei dan London sebagai lokasi baharu,  ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA  bakal mengembangkan lagi peluang bagi usahawan tempatan menembusi pasaran antarabangsa.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pihak penganjur berhasrat untuk menyediakan pengalaman membeli-belah Raya yang lengkap di bawah satu bumbung, meliputi pelbagai kategori seperti pakaian, produk kecantikan, serta juadah Raya.

Antara tarikan utama adalah Mini Absolut FoodFest, iaitu sebuah pesta makanan berskala kecil yang menghimpunkan lebih 30 vendor dengan pelbagai hidangan serta minuman untuk berbuka puasa (iftar) dan sahur. Para pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai melalui aktiviti sampingan menarik seperti Wheel of Fortune, Money Chamber, dan Happy Hour Sales, sebagai tanda penghargaan daripada pihak penganjur atas sokongan yang tidak berbelah bahagi setiap tahun.

Disebabkan permintaan penyertaan yang tinggi, ruang pameran kini hampir penuh. Edisi Kuala Lumpur hanya berbaki 5% ruang booth, manakala edisi Pulau Pinang tinggal 25% slot dengan sebahagian besar pempamer telah membuat tempahan. Sambutan hangat ini membuktikan keyakinan jenama dan peniaga terhadap potensi penyertaan dalam festival Raya paling berprestij di rantau ini. Justeru, pempamer yang berminat digesa untuk segera mengesahkan penyertaan bagi mengelakkan terlepas peluang keemasan ini.

Pihak penganjur menggalakkan orang ramai untuk terus mengikuti perkembangan terkini mengenai ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA  melalui platform media sosial rasmi Festival Gaya Raya

FB - https://www.facebook.com/MyEventsInternational/
IG - https://www.instagram.com/myeventsintl/Absolut Bazaar
FB - https://www.facebook.com/absolutbazaar
IG - https://www.instagram.com/absolutbazaar/
PRA-PELANCARAN ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2026 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 13, 2025 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.