Syafiq Kyle Kini Dilantik Sebagai Duta Kopiko

Syafiq Kyle Kini Dilantik Sebagai Duta Kopiko  | Kopiko, jenama kopi terkemuka di Malaysia, dengan bangganya mengumumkan pelantikan rasmi Syafiq Kyle, salah seorang pelakon terkenal negara, sebagai duta baharu jenama itu.


Pengumuman ini turut menandakan pelancaran empen "Kopi Pekat Tak Manis Sangat: Feveret Syafiq" selama setahun, yang meraikan keenakan rasa dan kemewahan budaya kopi yang sememangnya sinonim dengan Kopiko sejak sekian lama. 

Bagi Syafiq, ini bukan sekadar kerjasama biasa, ia bersifat peribadi kerana Kopiko adalah kopi kegemaran beliau. Sebelum kerjasama ini bermula, Kopiko sudahpun menjadi pilihan utama beliau, terutamanya Kopiko Macchiato. 
Dengan formula dua bahagian espresso dan satu bahagian susu, ia memberikan rasa yang 'pekat tapi tak manis sangat' memang kena dengan cita rasa saya,
jelas Syafiq. 

Keikhlasan inilah yang menjadikan pelantikan beliau sebagai duta lebih daripada sekadar kempen. la adalah jemputan buat seluruh rakyat Malaysia untuk merasai sendiri jenama ini melalui perspektif seorang penggemar Kopiko sejati. 
Kami berasa amat teruja kerana pelakon pujaan rakyat Malaysia, Syafiq Kyle, dengan rasminya telah menjadi sebahagian daripada keluarga Kopiko sebagai duta jenama kami. Syafiq telah menjadi penggemar Kopiko sejati sejak sekian lama, bahkan sebelum kerjasama ini lagi. Oleh itu. pelantikan beliau sebagai duta jenama kami adalah tepat sekali. Sepanjang 12 bulan akan datang, kami bukan sahaja mempromosikan Kopiko kepada orang ramai, tetapi juga mengajak semua untuk menghayati, menikmati, dan mengumpul detik istimewa bersama kami
kata Pengurus Pemasaran Kopiko, Stephenie Siew.

Sesi Bertemu Dengan Syafiq Kyle
Sempena pelancaran rasmi Syafiq Kyle sebagai duta jenama Kopiko, AEON Wangsa Maju telah dipilih sebagai lokasi pertama siri jelajah beliau selama setahun bersama jenama ini. Para peminat dijemput untuk menyertai acara Kopiko Macchiato Gathering, di mana peminat berpeluang bertemu dan bergambar bersama Syafiq dengan membeli set eksklusif Kopiko pada acara tersebut. 


Berikut adalah acara istimewa yang menanti peminat:
  • Sesi ramah mesra bersama Syafiq Kyle 
  • Peluang bergambar dengan Syafiq Kyle 
  • Pelancaran eksklusif koleksi cawan kopi Kopiko x Syafig coffee 
  • Peluang menikmati secawan kopi kegemaran Syafiq Kyle, Kopiko Macchiato - Kop Pekat Tak Manis Sangat dan merebut pelbagai barangan menarik Kopiko melalui set eksklusif yang ditawarkan. 
Acara ini hanyalah permulaan kepada kerjasama selama 12 bulan yang hebat dan mengujakan antara Kopiko dan Syafiq Kyle. Kopiko menjemput rakyat Malaysia beramah mesra secara langsung, mengumpul kenangan, dan menjadi sebahagian daripada perjalanan Kopiko Syafiq dengan menyertai aktiviti serta kejutan istimewa yang disediakan

Koleksi Cawan Kopi Kopiko x Syafiq
Penganjuran acara itu turut menandakan pelancaran koleksi cawan kopi edisi terhad Kopiko x Syafiq, yang menampilkan lapan pilihan warna yang unik. Cawan yang dipilih sendiri oleh Syafiq ini juga sesuai digunakan untuk menikmati kopi Kopiko Macchiato. Setiap warna akan dilancarkan secara eksklusif di setiap hentian siri jelajah tersebut, menjadikannya item koleksi yang bernilai untuk dikumpulkan. Lebih istimewa lagi, setiap cawan turut disertakan dengan tandatangan Syafiq dan nombor siri yang unik. Para peminat digalakkan menyertai setiap lokasi jelajah untuk melengkapkan koleksi cawan mereka.


Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ini dengan menikmati sendiri secawan kopi Kopiko Macchiato. Ikuti perkembangan Kopiko di Facebook dan Instagram (Kopiko Malaysia) bagi mengetahui lokasi seterusnya serta pelbagai kejutan menarik apabila Syafiq Kyle dan Kopiko terus membawakan kehangatan kepada para peminat di seluruh negara.




Syafiq Kyle Kini Dilantik Sebagai Duta Kopiko Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 18, 2025 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.