Kumpulan Bahtera Lancar Album Debut Aura Cintaku

Kumpulan Bahtera Lancar Album Debut Aura Cintaku | Kumpulan Bahtera, mungkin didengari seperti baru didalam industri tetpi hakikatnya ianya sudah bermula sejak tahun 2009 lagi.


Ditubuhkan diatas inisiatif gitaris utama, Adie Bahtera dan juga dari cetusan idea dari Syarikat Bahtera Muzik Studio. Anak syarikat untuk Bahtera Sanudera Sdn Bhd dibawah kelolaan Produser Mubin Md Nor.

Vokalis utama, Reyza (berusia 17 tahun bekas peserta Idola Kecil), Amy (drum), Karchik (bass), dan Adie sendiri sebagai gitaris utama.

Album Aura Cintaku
Kini, selepas berbekalkan pengalaman panjang dan sokongan Dana Kandungan Kreatif (DKD) 2024, Bahtera tampil dengan album sulung berjudul Aura Cintaku. Album ini hadir dengan 10 buah lagu dan 2 instrumental, menampilkan karya-karya ciptaan Adie sendiri serta sentuhan komposer terkenal seperti Zimi Sofarz, Iskandar Bujang, dan Omar K.


Setiap lagu dalam Aura Cintaku membawa tema berbeza tetapi tetap berpusat pada cinta, kesetiaan, pengorbanan, dan kerohanian. Antaranya:
  • Firasat Jiwa – perjalanan hidup dari susah hingga berjaya.
  • Antara Cinta dan Kesetiaan – pentingnya kejujuran dalam rumah tangga.
  • Bunuhan Cinta – pengorbanan demi cinta sejati.
  • Rentan– pedih ditinggalkan kekasih.
  • Cinta Sejati – cinta yang kekal walau diuji badai.
  • Rekah – menerima perpisahan dengan reda.
Selain itu, dua buah muzik video sudah pun diterbitkan untuk lagu Bunuhan Cinta dan Rentan, diarahkan oleh Opie Zami di bawah produksi Nonamefilmfactory.

Lagu Sarat Mesej Tentang Kehidupan
Menurut produser Mubin Md Nor, album ini bukan sekadar hiburan tetapi juga sebuah manifestasi nilai kehidupan mengajar pendengar untuk menghargai kasih sayang, kesetiaan, kejujuran, pengorbanan serta rasa syukur kepada Tuhan.

Taruhan pertama dengan susunan muzik segar dan mesej yang dekat di dengan jiwa, moga nakhah didalam Aura Cintaku dapat diterima masayarakat dan sekaligus mewarnai industri muzik Malaysia.


Kumpulan Bahtera Lancar Album Debut Aura Cintaku Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 25, 2025 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.