MRFIX Kini Telah Dibuka Di Puncak Alam

MRFIX Kini Telah Dibuka Di Puncak Alam- Kalau korang mencari tempat membaiki telefon pintar dan juga laptop termasuklah iphone dan MacBook, boleh datang ke MRFIX.

Mempunyai pengalaman 7 tahun lamanya, MRFIX cukup dikenali sebagai kedai membaiki gadget murah, pantas dan dipercayai. 

Sehingga kini MRFIX mempunyai  10 cawangan termasuklah outlet yang baru dibuka di Puncak Alam.

MRFIX Kini Telah Buka Di Puncak Alam
Kedai MRFIX Puncak Alam berada di tingkat satu di bangunan yang sama Al-Ikhlas Gadget. Kedai dibuka  setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. 


Berhadapan kedai terdapat banyak parkir disediakan untuk pelanggan. Memang senang nak temui kedai ini memandangkan ianya berdekatan dengan UiTM Puncak Alam.

Ada Masalah Handphone dan Laptop Boleh Datang Ke MRFIX
Apa yang menarik, MRFIX boleh membantu membaiki semua jenis jenama gadget termasuklah Apple, Samsung, Huawei, Oppo, Lenovo, Sony dan banyak lagi.


Pelanggan juga jangan khuatir jika tidak pasti dengan keadaan gadget yang rosak. Ini kerana team teknikal MTFIX akan membuat pemeriksaan terlebih dahulu untuk kenal pasti masalah dan permeriksaan ini adalah percuma . Tidak ada sebarang caj dikenakan.

Selain itu pembaikan akan dilakukan di depan pelanggan. Untuk kerosakan biasa boleh siap dalam 20 minit. Untuk yang agak serius mengambil masa 3 hingga 7 hari.


Jangan risau ada jaminan dari segi kualiti, ini kerana alat ganti tulen dan berkualiti tinggi diberikan kepada pengguna.

Antara Servis Lain Yang Ditawarkan
Selain itu terdaoat juga servis lain seperti:-
  • Ganti skrin retak / pecah
  • Tukar bateri iPhone serendah RM99
  • Baiki butang rosak
  • Pembaikan motherboard
  • Update software / firmware
  • Pemeriksaan dan tukar bateri
Kaedah pembayaran: Tunai, kad kredit/debit dan eWallet.

Promosi Hebat Sempena Pembukaan Cawangan Puncak Alam
Bersempena dengan pembukaan outlet ke 10 di Puncak Alam, MRFIX telah menawarkan beberapa promo hebat. Antaranya seperti:-

Tukar LCD – Percuma Hot Wheels (selagi stok masih ada)
Tukar bateri iPhone – Harga bermula RM99
Diskaun 10% – Screenshot video sis untuk tebus diskaun
Repair pantas – Masalah kecil boleh siap secepat 20 minit


Jom yang berdekatan jangan lupa untuk singgah MRFIX Puncak Alam okay.

MRFIX PUNCAK ALAM -
11/11A, Bandar Hill Park, 
No 3 Pusat Perdagangan Hillpark, 
Persiaran Hill  Park, 
42300 Puncak Alam, Selangor
LANDMARK : Al Ikhlas Gadget Puncak Alam
MRFIX Kini Telah Dibuka Di Puncak Alam Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 12, 2025 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.