Review Filem : Anwar, The Untold Story

Review Filem :  Anwar, The Untold Story- Filem ini agak berat jalan ceritanya. Inspirasi daripada kisah benar Perdana Menteri yang ke-10 iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Filem yang berdurasi 1 jam 30 minit ini dibintangi oleh pelakon popular seperti Farid Kamil (Datuk Anwar), Acha Septriasa (Datin Wan Azizah), Hasnul Rahmat (Tun Mahathir) dan ramai lagi yang kebanyakannya pelakon dari Indonesia.
Saya difahamkan walaupun keseluruhan dialog dan penceritaan tidak 100 peratus tepat, namun isu yang dibangkitkan dalam karya  Anwar, The Untold Story merupakan kejadian sebenar yang berlaku.
Filem ini telah diarahkan oleh pengarah Viva Westi dari Indonesia dan DMY Creation merupakan pengedar rasmi filem ini.

Sinopsis Filem Anwar, The Untold Story
Berlatarbelakangkan tahun 1993 hingga 1998, filem Anwar, The Untold Story mendedahkan kisah Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia yang pejuangannya mencegah rasuah negara secara konsisten yang akhirnya menyebabkan beliau ke penjara.
KIsah bermula bagaimana penahanannya sehingga ke awal perbicaraan. Apa yang menarik peranan Datin Wan Azizah yang sentiasa berdiri teguh bersama suaminya walapun ketika itu keadaan begitu sukar. Ini terutama melibatkan emosi diri dan anak-anak.
Terdapat juga flashback kepada kehidupan Datuk Anwar ketika masih kecil. Bagaimana ajaran ibunya yang tidak membenarkan beliau mengambil hak orang lain walaupun sekecil-kecil perkara dari bangsa apa sahaja pun.

Kehadiran Datuk Anwar ke Prebiu Filem
Anwar yang turut mengadakan sidang akhbar dengan media tempatan dan antarabangsa selepas menonton filem itu berkata beliau amat terharu kerana dapat mengimbau kembali episod penting dalam hidupnya serta memuji kebolehan pelakon serta pengarah kerana berjaya membawa wataknya.
Ini cerita yang mesti diceritakan, perjuangan menentang rasuah perlu diteruskan. Sekarang saya menjadi perdana menteri, saya mahu menyelamatkan negara ini dan memerangi rasuah dan perangi mereka bersungguh-sungguh
Pengasas dan pengerusi DMY Creation Datuk Mohamed Yusoff menggalakkan orang ramai untuk menonton filem tersebut bagi merasai perjuangan yang dilalui perdana menteri dan menyaksikan sekilas perjalanannya yang merupakan salah satu perubahan politik paling luar biasa dalam sejarah Asia Tenggara moden.
Kami berharap semua terutama golongan belia menyokong dan menonton filem ini untuk mengetahui perjuangan sebenar perdana menteri kita. Filem ini menunjukkan kepentingan membasmi rasuah di negara ini
Anwar menonton filem itu bersama beberapa ahli keluarga terdekat termasuk mereka dari industri hiburan, tokoh politik dan selebriti.

Seramai 1,870 tetamu termasuk 500 media tempatan dan antarabangsa menonton filem tersebut di 13 dewan khusus. Antara yang menghadiri majlis tersebut adalah Dr Wan Azizah Wan Ismail, penyanyi Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, pemuzik, pelakon dan artis Datuk M Nasir, pelakon dan penerbit veteran Fauziah Ahmad Daud, pengasas dan pengerusi DMY Creation Datuk Mohamed Yusoff, penulis lirik dan penulis skrip prolifik Habsah Hassan, penerbit filem tempatan Datuk Yusof Haslam dan pembuat filem popular Datuk David Teo.

Turut hadir pada majlis itu ialah pengerusi eksekutif Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd Puan Sri Cindy Lim, Pengarah Urusan Yusrych Global Yusry Makmor.


Review Filem : Anwar, The Untold Story
Bagi mereka yang meminati jalan cerita biopik, kisah seorang figura yang pernah hangat kesnya satu masa dulu di Malaysia pasti ingin menonton filem ini. Secara peribadi lakonan yang cukup hebat adalah dari watak Tun M. Pujian harus diberikan kepada saudara Hasnul Rahmat. yang sangat bersahaja membawakan wataknya.
Cuma kerana penglibatan lebih ramai pelakon luar Malaysia, ada sendikit kejanggalan ketika lontaran dialog terutama watak Izzah dan Datin Wan Azizah. Menonton filem ini membuatkan saya fikir adakah filem ini dari Malaysia atau Indonesia. 

Selain itu sepanjang tontonan, saya mengharapkan watak Izzah itu dapat dikembangkan. Ini kerana kita semua tahu, Izzah merupakan Puteri Reformasi yang cukup lantang dan lebih berani bersuara membela ayahnya. 
Filem Anwar, The Untold Story’ akan ditayangkan di semua pawagam utama di seluruh negara mulai 18 Mei 2023. 


#AnwarTheUntoldStorybyDMY
Review Filem : Anwar, The Untold Story Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 09, 2023 Rating: 5

5 comments:

  1. Tasaba nk tengokkkk!!!!

    ReplyDelete
  2. Memang suatu karya yang dinanti-nantikan. Diilhamkan oleh kisah hidup Anwar Ibrahim pada tahun 1990-an. Pada masa itu, saya masih seorang pelajar sekolah menengah, dan pernah "terperangkap" di dalam rusuhan yang terjadi semasa saya sedang menunggu bas untuk pulang ke rumah di ibu kota. Saya betul-betul panik pada masa itu. Saya tidak akan lupa perasaan saya pada masa itu. Rasanya, filem ini sungguh 'relatable' kepada orang Malaysia.

    ReplyDelete
  3. I kind of able to relate to his story, will watch it soon in the cinema

    ReplyDelete
  4. Wow ..nice can meet our pm up close. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  5. Setuju la dengan kak Ayu, mungkin terlalu banyak yang ingin disampaikan dalam masa yang singkat, dua watak penting tak dikembangkan sepenuhnya!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.