Kecanggihan Kamera HUAWEI P60 Pro Serta Pengenalan Peranti HUAWEI Terkini

Kecanggihan Kamera HUAWEI P60 Pro Serta Pengenalan Peranti HUAWEI Terkini- Terkini HUAWEI telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu HUAWEI P60 Pro dengan spesifikasi terkini yang mempertengahkan keupayaan kamera superior yang serba baharu dan canggih.
 

Bayangkan kamera utamanya memberi bukaan apertur boleh berubah antara F1.4 hingga F4.0 dalam 10 senggatan. Untuk kamera hadapan pula mempunyai sensor 13 megapiksel sekaligus dapat merakam swafoto menakjubkan walaupun dalam keadaan cahaya suram.

Bidikan dalam suasana yang malap. Namun hasilnya tidak mengewakan!

Nah! Dengan tiga kamera belakang seperti kamera utama Pencahayaan Ultra 48 megapiksel, kamera sudut ultra lebar 13 megapiksel dan kanta Telefoto Pencahayaan Ultra 48 megapiksel, semua ciri ini sangat menyokong HUAWEI P60 Pro dalam membidik gambaar mahupun video dalam keadaan yang gelap mahupun malap.

My bare face. Without filter with HUAWEI P60 Pro

Sistem multi lensa yang diperkenalkan oleh HUAWEI P60 Pro menjadikan ianya telefon pintar pertama yang dilengkapi dengan kamera telefoto untuk situasi malap (low-light telephoto camera),

Gambar-gambar hasil bdiikan menggunakan HUAWEI P60 Pro

HUAWEI P60 Pro juga memperkenalkan antara muka kamera yang dinaik taraf dengan cincin zum kamera serba baharu. Ini dapat membolehkan pengguna mempunyai kawalan mudah pada kamera telefon. Selain itu, terdapat juga pembesaran digital, pembesaran optikal dan pembesaran hibrid yang boleh mengikut tetapan pengguna melalui hasil gabungan tri-kamera.


Kemasan dan Rekaan Luar Yang Stylo
Pertama kali memandangnya boleh membuatkan hati sudah terpaut. Rekaan luaran yang sleek, unik dan sangat kemas. 


Pengenalan HUAWEI P60 Pro dengan varian warna Rococo Pearl diinspirasikan oleh gaya Rococo yang wujud di Perancis pada abad ke-18 serta reka bentuk Mutiara Rococo yang pertama dalam industri yang mempunyai tekstur mutiara asli. Memang sangat cantik. Namun bagi mereka yang sukakan warna keunggulan maskulin pasti akan memilih warna hitam matte.

hitam matte

Rococo Pearl 

Kedua warna mempunyai tarikan tersendiri. Oh ya! Kemasan belakang itu juga dikatakan berbeza secara unik antara satu sama lain.


Tahan Lasak Dengan Paparan Kaca Kunlun Empat Lengkung
Pengenalan kepada paparan kaca kunlun empat lengkung menjadikan HUAWEI P60 Pro telefon pintar yang tahan lasak. Dilengkapi paparan Quad-curved, setiap sudut HUAWEI P60 Pro Quad-curve Display memberikan penglihatan yang tidak terbatas dan lebih luas.


Pengguna juga memberi rasa lebih selesa, selamat ketika memegangnya, begitu juga ketika menaip dengan ciri rekaan lengkungan di kiri dan kanan yang didatangkan bersama Huawei P60 Pro.


Daya Tahan Bateri Lama
Penggunaan telefon pintar hari ini bukan sekadar menelefon dan menjawab pesanan. Bahkan lebih daripada itu kerana penggunaannya sehinggalah kita boleh memngambil dan menyunting video. Disebabkan penggunaaan adakalanya mengambil masa yang lama. Kita memang memerlukan telefon bimbit yang hadir bersama bateri yang tahan lama.

Dengan bateri 4815 mAh, HUAWEI P60 Pro tidak dinafikan mempunyai kreadibiliti untuk bertahan sepanjang hari. Waima bateri HUAWEI P60 Pro juga menyokong teknologi SuperCharge HUAWEI 88W yang membolehkan pengguna mengecas bateri kepada 50 peratus dalam masa 10 minit sahaja.

Pra-tempah Huawei P60 Pro
.
Ternyata HUAWEI P60 Pro adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang mencari telefon pintar yang mempunyai ciri-ciri kamera yang hebat, rekabentuk yang sofistikated, storan yang besar serta mempunyai hayat bateri yang panjang.


Harga HUAWEI P60 Pro adalah RM4,699 didatangkan juga bersama hadiah percuma bernilai sehingga RM1,560* di HUAWEI Experience Store serta RM1,460* menerusi HUAWEI Online mulai 11 Mei sehingga 19 Mei 2023.

Berminat? Bolehlah pra-tempah Huawei P60 Pro sekarang dari Kedai HUAWEI terdekat danjuga dari kedai rakan kongsi yang sah seperti Senheng, SenQ dan Harvey Norman serta Laman Web Rasmi HUAWEI, Lazada atau Shopee.


Pengenalam 4 Gadget Menarik Huawei Bersempena dengan Pelancaran HUAWEI P60 Pro dan Mate X3
Bersempena dengan pelancaran HUAWEI P60 Pro dan Mate X3, Huawei turut memperkenalkan empat gadget terbaharu iaitu HUAWEI Watch Buds, HUAWEI Watch Ultimate, HUAWEI FreeBuds 5 dan HUAWEI MatePad 11-inci 2023.

Produk peranti pintar dan bergaya yang diperkenalkan bagi memenuhi keperluan pengguna hari ini yang sentiasa sibuk namun perlu kekal berhubung dan produktif di mana sahaja. HUAWEI menawarkan penyelesaian inovatif yang dapat membantu memudahkan kehidupan dan meningkatkan pengalaman keseluruhan dalam dunia teknologi hebat kepada pengguna-pengguna setianya.

HUAWEI Watch Ultimate
HUAWEI Watch Ultimate merupakan jam tangan pintar premium yang menawarkan versatil ciri kombinasi hebat yang tiada tandingannya. Jam tangan pintar premium yang serba baharu menawarkan teknologi dan inovasi dengan ciri-ciri terkini.


Pembuatan sangat kemas dengan zirkonium yang cukup elegan estetika menjadikan ianya jam tangan pintar yang cukup  mewah. Paling penting tahan lasak.

HUAWEI Watch Ultimate Voyage Blue ditawarkan pada harga RM 3,799 dan boleh didapati di semua
HUAWEI Experience Stores, Laman Web Rasmi HUAWEI dan Kedai Rasmi di Shopee dan Lazada
bermula 11 Mei 2023.


HUAWEI WATCH Buds
HUAWEI Watch Buds dapar memberikan pengalaman yang cukup hebat kepada penggunanya. Penggunaannya boleh digabungkan bersama TWS earbuds. Peranti ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri canggih seperti reka bentuk pop timbul yang inovatif, Mutual Magnet Array dan Teknologi Pengenalan Adaptif yang sekaligus memberikan akses mudah bagi membolehkan pengguna memakai, menanggalkannya dan kembalikan dua fon telinga tanpa perlu membezakan antara keduanya.



Dengan AI Huawei peranti ini sangat sesuai untuk aktiviti sukan. Bersama 80 Mod Sukan antaranya adalah 10 mod sukan profesional, termasuklah larian outdoor, larian indoor, berjalan outdoor, berjalan indoor, berbasikal dan banyak lagi!

HUAWEI WATCH Buds kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM 2,199 dan boleh didapati
di semua Kedai HUAWEI, Laman Web Rasmi HUAWEI dan Kedai Rasmi di Shopee dan Lazada.

HUAWEI FreeBuds 5
HUAWEI FreeBuds 5 ialah tambahan terbaharu kepada barisan fon telinga bebas wayar yang popular dari jenama  HUAWEI. Menampilkan reka bentuk yang memaksimumkan keselesaan dan juga bersama daya tarikan rekaan yang cukup estetik. 


Rekabentuk seolah titisan adalah hasil daripada puluhan ribu simulasi ergonomik dengan lengkung dua-C yang sememangnya sangat sesuai dengan kontur telinga.

FreeBuds 5 juga didatangkan dengan prestasi akustik yang berkuasa, bersama pembesar suara berasingannya yang inovatif, modul bateri, dan seni bina papan litar kawalan. Oleh kerana setiap komponen berfungsi secara bebas antara satu sama lain, kelajuan pengecasan dan prestasi audio bebas untuk melonjak ke tahap yang lebih tinggi. 

Penggunaan sehingga 30 jam jika dicas penuh waima cas 5 minit sahajapun sudah boleh menyokong sehingga 2 jam. Untuk info,  kadar pengecasan 200% lebih pantas berbanding daripada generasi perantini ini sebelumnya.

Ditawarkan pada harga RM699, HUAWEI FreeBuds 5 boleh didapati melalui pra-tempah dari Laman Web Rasmi HUAWEI bermula dari 11 Mei 2023.


HUAWEI MatePad 11 inci 2023
Rangkaian produk Siri MatePad HUAWEI yang mula diperkenalkan tahun 2019 sentiasa mendapat respon yang positif daripada penggunanya.. Model HUAWEI MatePad 11-inci 2023 telah diperkenalkan dengan tahap prestasi yang lebih hebat,



Keupayaan HUAWEI MatePad 11-inci 2023 dipertingkatkan lagi apabila digabungkan dengan HUAWEI M-Pencil (generasi ke-2) bersama refresh rate 120 Hz tablet sekaligus memberikan pengalaman menulis seperti pen-on-paper


Peminat HUAWEI Malaysia pasti teruja dengan kehadiran telefon pintar HUAWEI P60 Pro dan peranti HUAWEI hebat terkini yang menawarkan keunggulan teknologi inovatif yang cukup luar biasa :-)

Jangan lupa untuk pra-tempah dan rebut peluang memiliki gadget terkini dari HUAWEI.

Kecanggihan Kamera HUAWEI P60 Pro Serta Pengenalan Peranti HUAWEI Terkini Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 12, 2023 Rating: 5

2 comments:

  1. I'm so in love with Rococo Pearl p60 pro la...consider to own it la...cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  2. Macam best, the specification and design pun tip top. Tak sabar nak test the camera

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.