Jom Bawa Anak Beraktiviti dan Bermain di THE WORLD OF NICKELODEON Pavilion Bukit Jalil

Ibubapa yang mempunyai anak yang membesar dengan kartun-kartun daripada saluran Nickelodeon pasti tidak sabar membawa si manja mereka ke The World of Nickelodeon. Kartun seperti  Spongebob Square Pants, PAW Patrol®, Rise of Teenage Mutant Ninja Turtles, Dora the Explorer dan Bubble Guppies antara sebahagian daripada The World of Nickelodeon yang kini telah pun berada di Pavilion Bukit Jalil  Kuala Lumpur Malaysia . 


Pusat hiburan imersif yang bertemakan Nickelodean ini menawarkan pelbaga aktiiviti menarik khususnya buat si manja yang cukup gemarkan karektor-karektor dari Nickelodeon .

Bertempat di Let’s Play @ Pavilion Bukit Jalil Level 5, The World of Nickelodeon telah dibina di ruang berkeluasan 14,000 kaki persegi. Mempunyai  17 stesen menarik yang anak-anak boleh eksplorasi dan bermain.

Yara melakukan aktiviti yang selalunya dilakukan oleh pasukan Paw Patrol

Peminat Dora

Saya berkesempatan membawa Yara ke sini. Sebagai peminat kartun Dora The Explorer, Spongebob SquarePants dan PAW Patrol® pastinya membuatkan Yara begitui teruja. Senyuman Yara sememangnya tidak lekang di bibir sepanjang masa.

Teenage Mutant Ninja Turtles Vertical Challenge

 Bubble Guppie’s Fisketbal Game

Dora Jungle Jump-a-thon

Ada pelbagai aktiviti dan permaian yang Yara sertai di sini. Antaranya seperti melempar bola di Bubble Guppie’s Fisketbal Game, menyahut cabaran Teenage Mutant Ninja Turtles Vertical Challenge dan Yara paling suka bila dapat lompat-lompat di Dora Jungle Jump-a-thon. 

Slime!

Bubble Bash

Sempat juga Yara menyelam di Slime Lounge sebelum meneruskan aktiviti seterusnya di Bikini Bottom Bubble Bash.  Kanak-kanak memang seronok bermain buih :-)




Ada train yang boleh dinaiki mahupun kereta yang dipandu sendiri cukup menyeronokkan.


Datang ke sini banyak sangayt port yang yang boleh bergambar terutama bersama dengan karektor dari Nickelodeon. Kemunculan watak-watak seperti Chase Paw Patrol menggandakan keterujaan kanak-kanak ketika berada di sana,


Jadi jangan lepaskan peluang untuk berjumpa dengan watak-watak Nickelodeon kegemaran dan bolehlah tempah tiket menerusi  laman web my.trip.com


Maklumat pengembaraan adalah seperti berikut :
The World of Nickelodeon – Malaysia
Tarikh : 28 April 2023 – 23 Julai 2023
Masa : 10.00 pagi – 9.40 malam
Tempat : Let’s Play @ Pavilion Bukit Jalil Level 5, Lot No. 5.85.00


Maklumat tambahan: https://www.trip.com/m/things-to-do/detail/48846035?locale=en-MY

Jom Bawa Anak Beraktiviti dan Bermain di THE WORLD OF NICKELODEON Pavilion Bukit Jalil Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 04, 2023 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.