Program Little Hajj 2023 Anjuran The Little Caliphs® Islamic Kindergarten Memasuki Tahun ke-7!

Program Little Hajj 2023 anjuran The Little Caliphs® Islamic Kindergarten  untuk tahun 2023 merupakan penganjurannya kali ke-7. Di mana untuk Program Little Hajj 2023 ini akan melibatkan lebih kurang seramai 6500 peserta cilik bersama 700 mutawwif yang merupakan dikalangan tenaga pengajar The Little Caliphs®


Untuk info, Program Little Hajj 2023 ini akan berlangsung di beberapa zon seperti utara,selatan dan pantai timur yang dijangka berakhir sebelum raya haji tahun 2023. Namun begitu bagi mega pelancaran program ini akan diadakan pada 8 Jun 2023 bertempat di MAEPS Serdang yang melibatkan ke semua cawangan The Little Caliphs di Putrajaya, Selangor dan juga Kuala Lumpur.

The Little Caliphs® Programme (TLCP) Islamic Kindergarten ialah program prasekolah Islam-Inggeris-Kreatif yang membantu kanak-kanak prasekolah mengilap dari segi potensi rohani, kognitif, sosio-emosi dan fizikal terbaik mereka. Tidak seperti program prasekolah konvensional yang lain, TLCP mempunyai satu set metodologi kreatif yang terbukti dapat mendidik anak-anak asas Islam menerusi pembelajaran dan kemahiran hidup secara integratif.

Datuk Haji Roslan bin Nordin (CEO The Little Caliphs® Islamic Kindergarten)

Menerusi Program Little Hajj 2023, peserta cilik yang terlibat telah didedahkan sebulan lebih awal dengan asas salah satu Rukun Islam iaitu menunaikan haji. Ini adalah melalui pembelajaran yang melibatkan aktiviti PBL (Problem Based Learning) di The Little Caliphs® Islamic Kindergarten.

Caranya dengan memberi kefahaman tentang salah satu ibadah dalam Rukan Islam iaitu menunaikan haji bagi mereka yang mampu melalui teori dan juga praktikal. Melalui pembelajaran kognitif ini dapat memberi pengenalan kepada anak-anak ilmu georgrafi iaitu lokasi menunaikan ibadah haji yang terletak di Mekah dan Madinah. Tidak terkecuali hafazan seperti doa, adab perjalanan, kisah sirah tentang Siti Hajar, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Begitu juga bilangan batu yang perlu dilontarkan ketika jamrah dan ini secara tidak langsung melibatkan pengiraan nombor iaitu asas matematik.

Jika tahun sebelum ini, para mutawwif diberi taklimat dan kursus simulasi Program Little Hajj secara atas talian (on-line). Namun untuk tahun 2023, kursus serta bimbingan telah diadakan secara fizikal di Masjid An Nur Temasya Glenmarie Shah Alam. Semua tenaga pengajar yang terlibat (mutawwif) dari zon Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkumpul dan membuat praktikal bersama-sama.




Simulasi ibadah haji yang akan melibatkan beberapa check point, antaranya:-
  • Arafah (wukuf)
  • Muzdalifah 
  • Mina (mabit, jamrah)
  • Kaabah (tawaf)
  • Safa & Marwah (Sa'ie)
  • Tahallul

Persediaan awal dengan pelbagai aktiviti yang cukup menarik dapat memberi pendedahan kepada anak-anak asas tentang ibadah haji. Biarpun mereka masih kecil, namun ibarat pepatah lama "melentur buluh biarlah dari rebungnya", dengan modul hebat dari The Little Caliphs® Islamic Kindergarten dapat menyediakan anak-anak ke arah menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah, Khalifah Allah, dan umat Nabi Muhammad S.A.W serta menyemai CINTA Islam dan ilmu kepada anak-anak kecil.


Program Little Hajj 2023 Anjuran The Little Caliphs® Islamic Kindergarten Memasuki Tahun ke-7! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 26, 2023 Rating: 5

8 comments:

  1. Program Little Hajj ini baik untuk anak-anak kerana ia memberi ajaran dan pendedahan tentang agama yang betul kepada anak-anak sejak kecil lagi.

    ReplyDelete
  2. Ohh wowo ..this is really a good initiative & program especially for all Muslims. Thanks for sharing this. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  3. Remember this event bah pernah baca about this! Good exposure for the kids kan since Raya Haji around the corner dah!

    ReplyDelete
  4. Program ni setiap tahun dinantikan oleh anak-anak. Paling teruja adalah ibu bapa la kan. Seronok tengok persediaan haji si kecil. Moga berkesempatan menunaikan Haji apabila dewasa nanti.

    ReplyDelete
  5. AM sangat teruja dengan program dan inisiatif yang diambil bagi membuat persediaan dan kesedaran sedari kecil lagi. Pendedahan yang sangat bagus sebagai titk langkah dlm menyempurnakan rukun Islam ke 5

    ReplyDelete
  6. Seronok plak tengok adik-adik nie terlibat program sebegini. Bagus ada pendedahan seawal ini agar mereka pun tak sabar nak ke sana kan.

    ReplyDelete
  7. Bagus juga adik adik join program macam ni. Semoga boleh memberi inspirasi kepada mereka

    ReplyDelete
  8. Terbaiklah program ni! Tahniah kepada The Little Caliphs atas penganjurannya. Inisiatif begini memang bagus diterapkan untuk persediaan generasi muda sedari kecil lagi. Kalau zaman sekolah dulu, masa tingkatan 4 ada buat program camni. Seronok, buat tawaf dan korban, pastu masak ramai-ramai. Hehehehe.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.