Jom Rebut Peluang Memiliki Kediaman Fasa Terakhir Di Tiara Sendayan

Jom Rebut Peluang Memiliki Kediaman Fasa Terakhir Di Tiara Sendayan- Dalam membuat pertimbangan mendapatkan rumah. banyak faktor yang perlu diambil kira. Ianya bukan sahaja dari segi geografi kedudukan lokasi penempatan. Bahkan persekitaran dan fasiliti yang disediakan juga memainkan peranan. Ini terutama kemudahan dan perkhidmatan asas yang penting seperti pendidikan, kesihatan, perbankan dan sebagainya bagi menunjukkan bahawa sesebuah kawasan itu memiliki prasarana yang baik. 

Antara projek perumahan yang dapat memenuhi permintaan pasaran hartanah kediaman adalah Tiara Sendayan, Seremban. Dibangunkan dan menjadi satu kawasan perbandaran yang esklusif, Tiara Sendayan  yang terletak di Greater Klang Valley Conurbation di Seremban Barat ini mempunyai 6,272 ekar tanah pegangan bebas. Untuk info, Tiara Sendayan kini memasuki pembangunan fasa kediaman yang terakhir dan ianya benar-benar berdekatan dengan segala kemudahan fasiliti yang sedia ada di taman permahan tersebut.
Fasiliti seperti Tiara Biz, Central Park yang berkeluasan 12 ekar, Stesen Minyak, Medan Tiara, Matrix Global Schools, d’Tempat Kelab Desa & X-Park Sendayan, Sendayan Merchant Square sudah tersedia untuk kegunaan komuniti Tiara Sendayan.
Begitu juga dengan kemudahan pendidikan, komuniti Tiara Sendayan boleh menghantar anak mereka untuk mendapat pendidikan di Sekolah Global Matriks. Sekolah yang telah dibina di atas tanah seluas 20 ekar dengan seni bina dan dalaman yang unik mengikut gaya klasik Sekolah Kolonial British ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan silibus kurikulum yang boleh menampung sehingga 2,500 pelajar tempatan dan luar negara

Bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak bolehlah mencabar diri di X-Park. Iaitu sebuah pusat sukan yang menawarkan pelbagai aktiviti seperti ATV, Go-Kart, flying fox, paintball, memanah, gelanggang futsal, gelanggang badminton dan padang memandu.

Untuk mendapatkan barangan keperluan rumah juga tidak perlu memandu jauh dar Tiara Sendayan.Ini kerana di sini juga mempunyai  Merchant Square, pusat membeli-belah kejiranan dengan 163 unit pejabat dan kedai. Dilengkapi dengan Carnelian Park, sebuah taman awam yang dibina oleh pemaju dalam kawasan komersial bagi tujuan mengeratkan ikatan komuniti.


Jom Rebut Peluang Memiliki Kediaman Fasa Terakhir Di Tiara Sendayan
Bayangkan rumah yang didiami dikelilingi oleh persekitaran yang menghijau. Memenuhi gaya hidup aktif dan berada didalam kawasan komuniti yang selamat. Jadi jangan lepaskan peluang untuk memiliki rumah kediaman di fasa terakhir Tiara Sendayan.
Fasa terakhir iaitu Anara, Calia, Elara @ Tiara Sendayan terletak di presint 16 dan ini merupakan projek perumahan terakhir untuk rumah teres 1 dan 2 tingkat di Tiara Sendayan. Hanya ditawarkan untuk 336 unit di atas  20.54 ekar tanah pegangan bebas dengan saiz lot 20’ x 65’ hingga 20’ x 75’ . Untuk binaan rumah satu tingkat keluasan bermula 1,056 kaki persegi manakala rumah dua tingkat bermula dari 1,576 kaki persegi. 

Untuk rumah setingkat menawarkan 3  bilik tidur dan 2 bilik mandi dengan harga yang ditawarkan bermula dari 225k. Bagi rumah dua tingkat pula yang ditawarkan pada harga 360k  didatangkan dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi.

Semua pembeli kediaman bagi unit Calia dav  Elara akan mendapat keahlian kelab percuma d’Tempat Country Club dari 2 hingga 5 penggal. Di mana berpeluang menggunakan pelbagai fasiliti di kelab seperti kolam renang saiz Olimpik, gimnasium, lorong boling, snuker, bilik wayang, bilik bacaan, gelanggang tenis, gelanggang badminton, pingpong, skuasy, dewan bankuet, mesyuarat bilik, Spa, bar dan kafe.
Pelbagai kemudahan yang ditawarkan oleh pemaju boleh dikira sebagai bonus untuk pembeli bijak. Paling penting kemudahan dan perkhidmatan asas yang penting seperti pendidikan, kesihatan, perbankan dan sebagainya ada disediakan menunjukkan bahawa sesebuah kawasan itu memiliki prasarana yang baik.

Kebiasaannya kawasan sebegini akan dibangunkan oleh pemaju yang mampu memastikan bahawa pembangunan tidak pernah terbengkalai dan kualiti rumah pada tahap terbaik.

Yup! Tiara Sendayan merupakan projek perumahan di bawah pemaju Matrix Concepts Holdings Berhad telah mencipta rekod prestasi kukuh yang mana semua fasa-fasa kediaman yang telah dibangunkan telah terjual sepenuhnya sejak 2018. Ini juga membuktikan projek pembangunan hartanah kediaman Tiara Sendayan memang sangat diterima baik.

Untuk maklumat lanjut mengenai projek perumahan di Tiara Sendayan, boleh juga layari laman web:tiarasendayan.com

#TiaraSendayan #ModernHomes #OwnHome #FirstHomeOwner #DreamHome #NewHome #Freehold #LandedProperty #SelfSustainingCity #PropertyforInvestment #PropertyforSale #PropertyMarket #NegeriSembilan #MatrixConcepts
Jom Rebut Peluang Memiliki Kediaman Fasa Terakhir Di Tiara Sendayan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 05, 2023 Rating: 5

12 comments:

  1. Bagusnya Tiara Sendayan! Kawasannya penuh dengan pokok hijau, banyak kemudahan dan aktiviti, selamat serta sentiasa aktif. Projek Anara, Calia, Elara @ Tiara Sendayan sangat menarik, terutamanya sebab ia fasa terakhir untuk rumah teres 1 dan 2 tingkat sahaja. Tambahan pula, dapat keahlian percuma untuk d'Tempat Country Club, memang untung! Orang yang dapat beli rumah di sini memang bertuah betul!

    ReplyDelete
  2. This area is popular for their landed properties and its greenery surrounding, perfect for family

    ReplyDelete
  3. I would consider owning a property in down south in Seremban, cause why not? It's just about 2 hours drive away.

    ReplyDelete
  4. Menarik kan offer dia - kemudahan banyak, kawasan luas dan kejiranan yang lengkap kan. Best

    ReplyDelete
  5. Absolutely a beautiful property with nice lovely surrounding to own for all new home buyers especially. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Project baru ke ni?
    Berbaloi jugak projek ni, harap2 are promosi yg hebat2

    ReplyDelete
  8. Best lah siapa yang beli rumah kat Tiara Sendayan ni. Harga berbaloi dengan kemudahan yang ada

    ReplyDelete
  9. Keluarga besar sesuai rumah Tiara Sendayan ni sebab design cantik dan kemudahan semua dah ada sana senang...

    ReplyDelete
  10. Cantik rumah kat sini kan Ayu, dah lah semua kemudahan disediakan. Memang berbaloi kalau dapat beli..

    ReplyDelete
  11. impian setiap orang untuk miliki kediaman sendiri, menarik sangat di Tiara Sendayan ni kan

    ReplyDelete
  12. Cantik cantik design rumah dekat Tiara Sendayan ni. Facilities pun banyak, Sesuai sangat untuk yg da bekeluarga nak rumah yang besar n selesa pada harga berpatutan

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.