Pigeon Memperkenalkan Breastpump Dengan Saiz Kompak "GoMini"

Membesarkan anak dengan memberikan mereka susu ibu sememangnya adalah antara impian semua wanita yang bergelar ibu. Apatah lagi susu ibu itu sememangnya sangat kaya dengan kandungan nutrisi dan bertindak sebagai antibodi didalam badan anak. Dan sememangnya sangat disarankan untuk kit amenyusu anak sehingga usia mereka mencecah sekurangnya 2 tahun. 

Namun begitu tidak dinafikan bagi ibu yang bekerja dan sentiasa 'on-the-go' adakalanya mereka menghadapi masalah untuk membuat simpanan susu buat bayi mereka. Ini terutama gadget breastpump yang agak besar dan memerlukan beg tambahan untuk dibawa bersama. 

Memahami dengan keinginan ibu-ibu yang bekerja, Pigeon Malaysia  telah memperkenalkan  GoMini Electric Double Breast Pump yang saiznya sangat kecil dan kompak sekaligus menjadikannya ianya paling mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

Selain daripada saiznya yang kecil, GoMini Electric Double Breast Pump ini juga sangat ringan, Beratnya hanyalah 145 gram sahaja (bersamaan dengan berat 8 biji buah strawberi). Ianya mempunyai pelbagai fungsi, serta sangat mudah untuk menukarkan mode stimulasi. Paling best kita boleh memilih samada untuk pam susu sebelah mahupun keduanya pada satu masa. Susu yang di pam boleh diberikan kepada anak kita menggunakan botol susu jenama pigeon juga. Rujuk ibusyurga untuk info lanjut.

Menurut Mr. Gouichi Koizumi. Pengarah Urusan Pigeon Malaysia:
'Established in Japan since 1957, Pigeon has constantly been a forerunner in the production of innovative, high quality products to help mothers enjoy every step of motherhood. GoMini is the result of Pigeon's efforts to enhance a mother's milk expressing experience while helping her to achieve better work life balance'

'Pigeon is constantly innovating to develop better and more efficient ways to help nursing mothers enjoy their breastfeeding journey. GoMini is a multi-award winning product that will play a critical role in helping working mums on the go sustain breastfeeding beyond six months'
Jed Chow, Marketing Manager of Pigeon Malaysia


Turut memeriahkan lagi di majlis pelancaran GoMini Electric Double Breast Pump ini adalah kehadiran 3 tetamu yang merupakan seorang ibu dan juga menyusu anak mereka. Apa yang mereka ketiga ibu ini turut berkongsi tentang kehebatan GoMini Electric Double Breast Pump selepas mereka menggunakannya berkali-kali. Paling mengujakan saya apabila mereka boleh mengepam susu di mana sahaja biarpun didalam kereta ketika menghadapi kesesakan lalulintas yang teruk.

Selain itu saya juga dapat mendengar sendiri diskusi antara Puan Indra Balaratnam (Diet Konsultansi) dan Mr Paul Jambunathan (Consultant Clinical Psychologist - Maternal Mental Health). Bagaimana peranan suami itu sendiri sangat penting bagi menyokong isteri memberi susu ibu secara esklusif kepada bayi mereka.

Puan Indra Balaratnam juga berkesempatan berkongsi 3 resepi sihat iaitu Bircher Muesli, Wholegrain Salmon Casserole dan Avocado and Bean Dip With Tempe Chips. Bahan-bahan yang digunakan dalam resepi yang dikongsikan juga dapat membantu ibu-ibu untuk menghasilkan lebih banyak susu badan.

Untuk pengetahuan semua GoMini Electric Double Breast Pump ini telah memenangi 3 anugerah cemerlang diatas inovasi produk breast pump. Antara anugerah yang diterima adalah:-

  • Red Dot Design Award (dianugerahkan di German)
  • Good Design Award (Japan)
  • Good Design Award (Singapura)

GoMini Electric Double Breast Pump ini dijual pada harga RM429 seunit. Ianya boleh didapati di semua Outlet Happikiddo, kedai barangan bayi serta kanak-kanak dan juga farmasi seperti guardian & watson.
Pigeon Memperkenalkan Breastpump Dengan Saiz Kompak "GoMini" Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 12, 2019 Rating: 5

4 comments:

  1. Hai sis terima kasih atas perkongsian. Rin masih belum mempunyai keluarga tapi dah dapat infomasi yang sangat bermanfaat. Lepas ni kalau dah pregnant boleh beli ni. Doakan rin ya 💕😍

    ReplyDelete
  2. kita tak pkai breastpump.tapi boleh suggest dekat kawan-kawan ni sebab yang ni nampak travel firendly je.

    ReplyDelete
  3. Pigeon memang memahami keperluan ibu-ibu yang bekerja kan. Pendapat saya, breastpump ni memang sangat sesuai untuk mereka yang sibuk, jadi masih dapat memberikan susu ibu untuk bayi masing-masing. Tahniah Pigeon atas produk yang mesra guna macam ni!

    ReplyDelete
  4. Good product review. Thank you for sharing. Have a good day and take care.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.