Kedai Buku Pertama di Malaysia Yang Berkonsepkan Terowong Buku Dibuka di BookXcess Sunsuria Forum


BookXcess Sunsuria Forum ialah kedai buku pertama seumpamanya di Malaysia yang berkonsepkan terowong buku. Apa yang menarik rekaan ini membolehkan pelanggan menerokai dunia pembacaan yang melibatkan hampir setengah juta buku.Merupakan kedai buku terbaru yang terletak di premis SB-1, Sunsuria Forum @ 7th Avenue, Setia Alam, dengan keluasan 16,000 kaki persegi. Lebih mengujakan gedung BookXcess turut menawarkan jualan buku dengan diskaun antara 50% hingga 80% berbanding dengan harga runcit yang disyorkan. Memang hebat! Dan ianya dibuka setiap hari, bermula jam 10:00 pagi sehingga 10:00 malam.

BERKONSEPKAN TEROWONG BUKU



Pertama kali saya ke sini, memang begitu kagum apabila melihat terowong buku yang tersergam indah di bahagian pintu masuk kedai buku ini. Sebaik sahaja melalui terowong buku berkenaan, seolah kita telah dibawa ke satu dunia berbeza sambil menerokai kedai buku tersebut.


Sepanjang menyusuri terowong ini kita akan menemui beraneka jenis buku daripada seni dan reka bentuk hinggalah kesusasteraan, fiksyen, bukan fiksyen, novel remaja, buku kanak-kanak dan banyak lagi sebenarnya karya hebat yang tersembunyi.


RUANG KERJA DAN SUDUT MEMBACA YANG SELESA



Lebih esklusif di BookXcess Sunsuria Forum turut menyediakan ruang kerja dan sudut membaca yang selesa untuk para pengunjung membelek sampel buku yang disediakan. Oh ya! Kita juga boleh menikmati secangkir kopi premium yang dibru segar serta aneka juadah ringan di kafe milik BookXcess di dalam kedai buku berkenaan.


Sebagai ibu saya pastinya teruja terutama ruang buku di bahagian kanak-kanak. Unik dan cantik betul rekaan dan dekorasi di sini. Di mana disediakan mini-maze yang membolehkan si manaja kita mencari buku yang diidamkan daripada pelbagai koleksi buku kanak-kanak yang ada tawarkan.

Bila berada di sini, pasti anak-anak akan teruja dengan susunan buku kanak-kanak pelbagai kategori dan cerita. Mereka boleh mengeksplorasinya sepanjang masa.

PELBAGAI PILIHAN BUKU TERSUSUN KEMAS

Antara sebab kenapa saya suka berada di BookXcess, perletakan susunan buku yang kemas dan teratur mengikut genre/kategori. Sangat mudah untuk kita membuat carian dan pilihan. Seperti melihat buku di rumah sendiri, sangat teratur dan senang membuat capaian.

Di samping itu, dekorasi didalam BookXcess juga sangat unik dan menarik. Konsep yang dibawa didalam setiap kedai buku ini agak berbeza sebenarnya. Namun tidak dinafikan ke semuanya memang memikat mata dan jiwa. Chewah! Bertambahlah satu lagi tempat menarik untuk di lawati bersama keluarga di Selangor ni kan. (Sumber: ibu syurga)










BUKU AJAIB DENGAN TEKNOLOGI AR

Buku Ajaib yang dilengkapi dengan teknologi Augmented Reality (AR) juga ada dijual secara eksklusif di BookXcess yerpp! Bukuini memang bagus terutama membantu anak-anak untuk suka membaca dan pada yang sama dapat bermain serta belajar. Ini kerana Buku Ajaib direka dengan teknologi canggih bagi merevolusikan pembacaan untuk generasi akan datang sekaligus mewujudkan pengalaman membaca yang serba interaktif lagi mengasyikkan. Menampilkan lima belas judul, si manja boleh melihat watak-watak kegemaran mereka dihidupkan di dalam cerita Little Red Riding Hood, Cinderella atau The Night Before Christmas.


“Kami mahu memupuk minat suka membaca di kalangan rakyat Malaysia dengan pembukaan kedai
buku kami yang kelapan di Malaysia dan kedai buku ketiga dalam tahun ini. Kami sentiasa mencari
cara baru bagi menggalakkan amalan suka membaca dalam kalangan masyarakat dan pewujudan
konsep baru seperti terowong buku ini adalah sebahagian daripada usaha berkenaan. Struktur dan
konsep unik ini akan menarik para pembaca serta bukan pembaca ke kedai buku ini, dan dengan harga hebat yang ditawarkan, kami berharap dapat mengubah fikiran mereka untuk membawa pulang senaskah atau dua naskah buku. Buku dan ilmu pengetahuan merupakan faktor utama untuk mengubah dunia. Kami amat berbesar hati kerana mendapat sokongan daripada Sunsuria Berhad, yang merupakan pemaju hartanah terkemuka, untuk menjadikan kedai buku kami sebagai penyewa
utama Sunsuria Forum @ 7th Avenue. Ia pasti menjadi lokasi tumpuan ramai dan semoga masyarakat sekeliling teruja dengan kehadiran kami dan meluangkan masa berkualiti bersama-sama dengankeluarga serta rakan mereka sambil mencari buku kegemaran mereka di sini,”
Ketua Pegawai Pemasaran BookXcess, Dipak Madhavan.

‘‘Dengan penerapan konsep pengayaan kanak-kanak dan elemen berorientasikan kekeluargaan dalam Sunsuria Forum, kami percaya bahawa tempat ini akan menjadi pusat bualan masyarakat yang hangat diperkatakan. Selain daripada aneka kemudahan serta pilihan makanan dan minuman, kami pasti BookXcess akan mendapat faedah yang besar dari komuniti sekitar terutamanya dari keluarga muda yang lebih mengutamakan kepentingan membaca dalam kehidupan seharian. Pembukaan BookXcess di Sunsuria telah menjadi satu pengiktirafan kepada kami dalam arah pembangunan berintegrasi yang mempunyai kawasan membeli-belah, suite SOHO, pejabat korporat dan kediaman berservis yang dalam pembinaan,’’ 
Wong Chiew Meng, Pengarah Kanan Projek Sunsuria Berhad.

PROGRAM CSR

Red Readerhood, sayap Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) BookXcess di BookXcess Sunsuria Forum akan menyalurkan sumbangannya dengan setiap naskah buku yang diderma oleh para pelanggan. Dimulakan pada tahun 2011, Red Readerhood menghulur bantuan kepada masyarakat dengan kerjasama pertubuhan tempatan bagi memberikan buku kepada mereka yang memerlukan. Inisiatif ini dilaksanakan kerana ia percaya bahawa semua orang perlu mempunyai akses terhadap buku dan pembelajaran, tanpa mengira status mereka. Para pelanggan boleh memilih buku untuk didermakan di sudut Red Readerhood yang dikhususkan di kedai buku ini.

Kanak-kanak kurang bernasib baik dari Rumah Amal Bistari dan Cahaya Kasih Bestari akan menerima sumbangan buku berkenaan. Program CSR ini didatangkan dengan misi dan harapan agar kanak-kanak di rumah tersebut akan memperolehi ilmu pengetahuan menerusi inisiatif ini dan memberi inspirasi untuk anak-anak ini mengejar impian mereka.

PROMOSI BERSEMPENA PEMBUKAAN 


Para pengunjung juga boleh menikmati potongan tambahan sebanyak 20% di atas harga diskaun yang ditawarkan sepanjang minggu pembukaan mulai 31 Oktober hingga 3 November 2019. Selain itu sepanjang minggu pembukaan, pengunjung yang berbelanja lebih RM50, RM100 dan RM150 akan layak menyertai promosi terpilih seperti keahlian BookXcess percuma, kopi atau teh percuma di Café Wolf serta mendapat potongan RM10 atau RM20 untuk pembelian mereka yang seterusnya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai BookXcess dan aktiviti yang dijalankan, sila kunjungi:

Facebook: https://www.facebook.com/BookXcess/
Instagram: @bookxcess
Laman sesawang: https://www.bookxcess.com/

Kedai Buku Pertama di Malaysia Yang Berkonsepkan Terowong Buku Dibuka di BookXcess Sunsuria Forum Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 01, 2019 Rating: 5

1 comment:

  1. aku kalau G sini, mesti nak ootd je .. nak baca buku harapanlah haha

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.