Percutian 2H1M di Ipoh | Penginapan Putraside Allsuites at RPGC

  
Untuk musim cuti persekolahan tahun ini, destinasi pertama saya dan anak-anak terjah bercuti adalah bandar Ipoh. Bandar yang cukup terkenal dengan budaya dan kecantikan warisan alam semulajadi ini sememangnya sentiasa menjadi tarikan bukan hanya masyarakat tempatan bahkan pelancong dari luar negara.

Dan saya telah memilih Putraside Allsuites by RPGC sebagai penginapan 2 hari 1 malam sepanjang berada di Ipoh. 

Apa yang menarik lokasinya yang strategik berhampiran dengan  Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah serta berlatarkan Gunung Lang dan Gunung Bilike. Ianya juga berdekatan dengan lokasi-lokasi tarikan lain di Ipoh seperti Lost World in Tambun, pekan Ipoh dan pelbagai lagi.

Selain itu, Putrade Allsuites at RPGC juga dilengkapi dengan prasarana yang serba lengkap serta menawarkan unit penginapan suite apartmen yang mempunyai samada 1 bilik, 2 bilik mahupun 3 bilik. 

Bersebelahan dengan Putraside Allsuites at RPGC merupakan Rumah Kelab RPGC (Kelab Golf Di Raja Perak). Memang luas dan cantik.

Suite Apartmen saya terletak di tingkat bawah. Dan ianya adalah apartmen dengan 1 bilik. 

Tada!! Dan ini adalah bilik penginapan saya dan anak-anak.

Sedikit informasi mengenai 3 jenis apartmen suite yang ditawarkan di sini:-

Suite Satu-Bilik
Suite satu-bilik ini mempunyai ruang tambahan satu bilik tidur dengan katil saiz Queen atau katil berkembar, TV LED 43 dan 32 inci serta ruang kerja terbuka dengan akses internet berkelajuan tinggi, dapur mini dengan microwave serta peti sejuk dan peti keselamatan. Esklusifnya setiap apartmen di sini mempunyai mesin kopi Dolce Gusto di dapur mini.

Suite Dua-Bilik
Suite ini didatangkan dengan dua bilik standard dengan ruang yang lebih besar. Turut disediakan katil bersaiz King di bilik tidur utama serta katil berkembar di bilik tetamu, TV LED 43 dan 32 inci serta ruang kerja terbuka serta akses internet berkelajuan tinggi, dapur mini, microwave,peti sejuk dan peti keselamatan. Seperti suite apartmen satu bilik, turut disediakan adalah mesin kopi Dolce Gusto di dapur mini. Suite ini sesuai untuk mereka yang mempunyai ahli keluarga ataupun datang berkumpulan.

Suite Tiga-Bilik
Cita rasa mewah dan keselesaan, dengan ruang lantai luas kira-kira 1,200 kaki persegi. Terdapat ruang tamu dengan dekorasi yang sangat hebat. Lebih menarik suite ini didatangkan dengan tiga bilik tidur katil berkembar dan dua bilik mandi. Terletak di tingkat tiga, suite ini menawarkan privasi dan eksklusif. Ia menyoroti katil bersaiz King di bilik tidur utama dan dua katil berkembar di kedua-dua bilik tetamu, ruang makan yang luas serts akses internet berkelajuan tinggi. Dan tidak dilupakan mesin kopi Dolce Gusto di dalam bilik dan di bilik. Suite ini merupakan pilihan yang terbaik untuk keluarga yang ramai ataupun kumpulan pelancong yang lebih besar.


 Katil berkembar

Katil saiz Queen, meja solek dan  TV LED  32 inci 

Almari tempat penyimpana baju serta sterika dan 'board'

Ruang tamu dengan  TV LED 43 inci

Ruang tamu kemas dan teratur

 Dapur mini, untuk kita bancuh akir panas mahupun sejuk

Mesin kopi Dolce Gusto. Untuk setiap apartmen diberikan hanya 1 kapsul sahaja


Meja makan dan peti sejuk

Saya dan anak-anak juga sempat menikmati juadah makanan tengahari di Fairway Restaurant yang terletak di tingkat  bangunan utama RPGC.

Kami memilih hidangan ala-carte dan semuanya sangat sedap. Antara hidangan yang telah dicuba oleh saya dan anak-anak adalah seperti:-


Nasi Goreng Kampung

Sup Cendawan

Rib eye

Fish & Chips

Antara minuman yang diorder - chocolate shakes, strawberry shakes, jus karot, jus epal, jus oren dan lima ais.

 Kami makan dengan beria dan gembira. Banyak lagi senarai hidangan yang enak di sini boleh dicuba. Oh ya! portion agak besar juga tau.Memang berbaloi.

Selesai makan kami terus  'check in' suite apartmen lebih kurang pada jam 3.00 petang. Dan pada sebelah malamnya, kami sekeluarga telah ke Hot Springs Lost World of Tambun. Pastinya saya akan kongsikan aktiviti malam pertama didalam entri yang seterusnya. Check it out ya guys!

Psst! Untuk keterangan lanjut mengenai penginapan di Putraside Allsuites at RPGC. Boleh layari :-

tel: +60 5 238 0022
faks: +60 5 238 0021
emel: inquiry@putradeallsuites.com

Korang juga boleh membuat tempahan atas talian seperti Agoda, Expedia dan Traveloka.

#PutradeAllsuites #RoyalPerakGolfClub

Percutian 2H1M di Ipoh | Penginapan Putraside Allsuites at RPGC Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 27, 2019 Rating: 5

9 comments:

  1. wow.. cantik tempatnya.. makan minum pun nampak sedap-sedap.. kalau ada peluang mau juga ke sana

    ReplyDelete
  2. Cantik katil Queen dia tu, x mcm jenis katil hotel biasa. And overall cantik hotel ni.

    ReplyDelete
  3. Seronoknya nmpk anak2 sampai naik atas kerusi punya enjoy.. Bonding time bersama anak2 ke sini mmg menarik.. Leh la masuk dlm wish list hotel utk AM spent time bersama2 anak2 cuti sekolah nie

    ReplyDelete
  4. wah nampak serba lengkap facilities yang ada! bagus ni boleh refer nanti!

    ReplyDelete
  5. Lamanya tak pergi jalan2 dkt Ipoh. Kalau pergi pun hari tu dekat LWOT je. Tu pon takde nak jalan2 kat ipoh. Nampak hotelnya selesa, bolehlah nnti kalau ada plan nk bercuti untuk stay sini .

    ReplyDelete
  6. ok.. next week nk turun ipoh, nk singgah sini jgk la.tengok hotel nampak mewah n selesa. ada kolam tak dkt sana ? breakfast include kan check in sini?

    ReplyDelete
  7. besar juga bilik siap ade meja makan lagi.. Not bad tempat dia.. Semua lengkap.. Ada tempat makan lagi.. Best

    ReplyDelete
  8. Best dan menarik untuk percutian seisi keluarga!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.