Pelancaran Manhajj Apps dan Program Realiti "Manhajj Mutawwif" Musim Kedua

Saya percaya antara impian masyarakat Islam hari ini ialah untuk mengerjakan haji dan umrah. Apatah lagi mendengar sahutan panggilan ini sudah membuatkan hati kita sebenarnya melonjak-lonjak hendak menjejakkan kaki di kota suci kota Mekah Al-Mukarammah dan Madinah yang satu masa dulu menjadi sejarah besar dalam kedatangan Islam ke dunia.



"Ù„َبَّÙŠْÙƒَ اللّÙ‡ُÙ…َّ Ù„َبَّÙŠْÙƒَ، Ù„َبَّÙŠْÙƒَ لاَØ´َرِÙŠْÙƒَ Ù„َÙƒَ Ù„َبَّÙŠْÙƒَ، Ø¥ِÙ†َّ الْØ­َÙ…ْدَ ÙˆَالنِّعْÙ…َØ©َ Ù„َÙƒَ ÙˆَالْÙ…ُÙ„ْÙƒَ، لاَØ´َرَÙŠْÙƒَ Ù„َÙƒَ

* Labaikallah humma labaik, labaika la syarikalaka labaik, innal hamda ,wan nikmata, laka wal mulk ,la syarika lak (a)*

Maksudnya:
HambaMu datang menyahut panggilanMu, Ya Allah hambaMu datang menyahut panggilanMu, hambaMu datang menyahut panggilanMu, Tuhan yang tidak ada sekutu bagiMu, hambaMu datang menyahut panggilanMu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah KepunyaanMu tidak ada sekutu bagiMu.

Dalam dunia menjadikan rangkaian internet tanpa sempadan memudahkan urusan. Tidak dinafikan peranan aplikasi dalam talian sangat membantu dalam banyak perkara. Ianya diumpama sebagai direktori bergerak yang boleh dijadikan rujukan pengguna pada bila-bila masa dan di mana jua.

Atas kelebihan apps yang mampu membawa ciri-ciri kebaikan, Manhajj Apps telah diperkenalkan khas buat para muslimin dan muslimat yang ingin mengerjakan haji dan umrah. Manhajj Apps ini telah dibangunkan oleh Manhajj Mutawwif yang bertujuan memberi kemudahan dan bimbingan secara dekat dan berterusan kepada ahli komuniti (pengguna apps) dalam penyelesaian berkait dengan ibadah umrah. Manhajj Apps ini telah dibangunkan selama 4 bulan, ini termasuklah proses merangka dan penyediaan isi kandungan aplikasi.



Apa yang lebih menarik, ianya memberi pendekatan "semuanya di hujung jari anda" yang membolehkan pengguna apps membuat perancangan ibadah umrah, yang bermula daripada pendaftaran, pembayaran dan juga semakan.

Bagi yang menacari pakej umrah yang bersesuaian, kita boleh membuat pilihan pakej yang ada disediakan di aplikasi ini dan boleh terus membuat pendaftaran di bahagian Register Umrah. Dan lebih hebat kita boleh menyertai Kursus Umrah Lengkap melalui bahagian Exclusive. Segala informasi menarik boleh didapati dari bahagian E-Library, begitu mudah tanpa perlu kita membuat carian di laman web ataupun buku-buku serta sewaktu dengannya. 

Kita juga selalu mendengar kisah tentang jemaah umrah yang sesat ketika berada di kota Mekah atau Madinah, jadi dengan adanya Manhajj Apps ini kia tidak perlu risau kerana terdapat bahagian Panic Button yang dapat menghubungkan jemaah dan mutawwif itu sekiranya berlaku kecemasan yang tidak dijangka. 


Keunikkan Manhajj Apps ini juga ianya dapat menghubungkan ahli komuniti (pengguna apps) dengan laman web hiburan yang bermanfaat. Ahli komuniti juga boleh memuat naik status mereka di ikon Community yang disediakan dalam apps. Sekiranya kita hendak membuat semakan dalam persediaan umrah, melalui Manhajj Apps kita boleh membuat semakan di bahagian My Umrah Diary serta juga boleh memuat turun gambar dari ruangan Kalam Manhaj.


Manhajj Apps ini boleh dimuatnaik secara percuma melalui Google Playstore ataupun Apps Store. Namun sekiranya hendak mendapatkan aplikasi lebih esklusif termasuklah Panic Button, kita boleh mendaftar sebagai ahli komuniti pada harga serendah RM300 sahaja. Lebih banyak manfaat yang diperolehi termasuklah memberi bimbingan dan memudahkan urusan sekiranya berlaku apa-apa kecemasan.

 Satu majlis perjanjian dan tandatangan memorandum (MoU) diantara Manhajj Mutawwif dan Narsco Travel di sesi pengenalan Manhajj Apps. Kerjasama ini adalah untuk memastikan pengguna aplikasi mendapat perkhimatan yang terbaik terutama dalam membuat pemilihan pakej umrah dan servis yang ditawarkan dari Narsco Travel.

#Pihak yang menguruskan visa Umrah dan Haji di Malaysia adalah syarikat Tabung Haji, Andalusia dan Raiha.



Di majlis yang sama juga berlangsungnya pelancaran program realiti televisyen pencarian mutawiff musim kedua iaitu "Manhajj Mutawwif". Program yang ditayangkan selama satu jam setengah ini bakal ditayangkan pada 25 Januari 2019 yang akan melibatkan peserta dari 4 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Untuk peserta wanita (mutawifa) akan dipertimbangkan, insyaAllah.

Untuk musim kedua ini juga akan menampilkan tenaga pengajar yang berwibawa dan berkaliber. Dan paling penting beberapa segmen baru telah diperkenalkan antaranya seperti "Sketch Arts" yang membabitkan penampilan pelawak tanahair dalam usaha menarik minat serta pada masa yang sama menyampaikan ilmu yang boleh dimanfaatkan bersama.


Untuk sorotan musim pertama dan musim kedua (akan datang) rancangan Manhajj Mutawwif boleh layari sesawang ini https://manhajjmutawwif.com/


Sentiasa berpesan sesama keluarga, sahabat dan diri sendiri, perkara baik haruslah dikongsikan. Moga dengan sedikit perkongsian mengenai Manhajj Apps ini dapat membantu mereka yang mencari-cari solusi terutama mendapatkan lebih informasi serta kemudahan dalam urusan menunaikan ibadah umrah.

Info bagi mereka yang tertanya apa itu makna Manhajj :-)
Manhaj ( الم نھج ), nahaj ( ال نھج ) atau minhaaj ( (المنھ اج dari madah: Ù†َÚ¾ ج – ÛŒَ نھج – Ù†َھج ا yang semuanya mempunyai satu makna. 

Dari segi bahasa manhaj ialah: 
  “Jalan yang jelas, terang dan dikatakan juga (mengikut)
jalan yang lurus3 atau mengikut sunnah”.

Kalimah manhaj/minhaj bermakna jalan yang terang atau mengikut sunnah.



Manhajj Apps
Future Way of Umrah

Pelancaran Manhajj Apps dan Program Realiti "Manhajj Mutawwif" Musim Kedua Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 29, 2018 Rating: 5

17 comments:

  1. More and better apps for convenience. I believe with this apps, many muslim friends could get more guidance and deliver to the young one. i can see they have few good programs as well. what a great work!

    ReplyDelete
  2. wah.. sangat bermanfaat sangat apps macam ni. Memang betul tu. Saya sendiri pun memang teringin sangat mengerjakan umrah atau haji cuma belum ada rezeki lagi. Sampai masanya pasti boleh memanfaatkan apps ni. Sangat bagus!

    ReplyDelete
  3. Wahh !! bermanfaat sangat aplikasi ini. Rasanya semua orang berkeinginan untuk mengerjakan ibadah haji dan umrah tak terkecuali kita. Cuma itulah belum rezekinya lagi. Semoga suatu hari kita juga sama-sama dapat mengerjakannya. In Shaa Allah, aamiin

    ReplyDelete
  4. I memang tak terfikir langsung they all akan buat app camni. Senang dah nanti nak register gi umrah. Tak yah susah susah kena tipu dgn agent.

    ReplyDelete
  5. Zaman sekarang dah semakin maju dan mudah. Aplikasi bagus buat jemaah nanti. Btw, ianya boleh dipercayai sebab pihak yang menguruskan adalah syarikat Tabung Haji. Teringat kisah di Indonesia yang kompeni haji travel menipu duit jemaah. Nauzubillah.

    ReplyDelete
  6. interesting to know about this. Glad you sharing here, so easy for my friends that like to know and read about it. With App easy to access, data and Internet a must today!

    ReplyDelete
  7. Baguslah Apps ini untuk kegunaan jemaah haji dan umrah, ini adalah kemudahan untuk mereka, akan sy kongsikan dengan rakan sy yang akan pergi buat umrah tidak lama lagi. terima kasih dan moga manfaat

    ReplyDelete
  8. Wahh bagusnya apps ni, kakak dan abang sis nak gi umrah tak lama lagi, bolehlah sis suruh dia download apps ni.
    Kalau ada rezeki sis pergi Umrah lagi..bolehlah gunakan apps ni jugak. Terima kasih ya atas perkongsian ni

    ReplyDelete
  9. Nagus betul ada apps macam ni sekarang. Memudahkan orang yang planning dan dalam mengerjakan haji dan umrah. Semua dah ada di hujung jari

    ReplyDelete
  10. Sekarang semuanya guna apps. Mudah sangat kan. Install dan swmua ada di dalamnya. Bgus buat apps Manhajj ni. Banyak kelebihan boleh kita buat. Tak susah nnak mengerjakan haji atau unrah bila ada apps nii. Bgusnya yang sesat tu, ada panic button

    ReplyDelete
  11. Allah, teringin sangat nak ke sana. Moga dimurahkan rezeki dan diberi kesempatan untuk menjadi tetamu kat sana. Best je tengok orang lain pergi.

    ReplyDelete
  12. Mmg zaman sekarang perlukan app macam ni.. dapat memudahkan pergerakkan bagi jemaah2 yang berada disana. Boleh je minta bantuan dgn orang tapi bila time sesat tak tahu nak buat apa nnt.. panic ttp ada

    ReplyDelete
  13. aida tgk program ni musim pertama.
    nice. byk ilmu yg kita dpt. moga musim kedua ni lebih mantap.
    byk ilmu di tanah suci yg kita tahu.
    persiapkan diri sendiri ke arah nak buat umrah & haji yg lebih baik,kan.

    ReplyDelete
  14. ayu, u dah slim down banyak ya... great launching for the apps.. looks like it's a great program..

    ReplyDelete
  15. Mcm mcm app ada skrg, byk ilmu blh didapati melalui app. Bagus!

    ReplyDelete
  16. Wah!! Skrg utk haji dan umrah pun dah ada apps.. betul2 mengikut keperluan semasa nie.. insyaallah ada rezeki, AM pun teringin nak ke Tanah Suci..

    ReplyDelete
  17. Wow
    .bgusnya..dah ada apps macam ni...harap2 xda la lgi kes2 orang kena tipu denga travel agent masa nak biat umrah tu kan
    Good effort to thise yg bangunkan apps ni...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.