Dengan setiap pembelian Chicken Cheesy Bites yang enak, Kita Boleh Sertai Peraduan "Siapa kena" dan Menangi Hadiah Menarik


Pizza Hut Malaysia (“Pizza Hut”), rangkaian piza No. 1 Malaysia hari ini telah kembali dengan pizza kegemaran ramai iaitu Chicken Cheesy Bites. Serius best giler rasaanya! Limpahan keju di bahagian kerak tepi serta rasa sos putih derngan bebola ayam di bahagian tengah memang hebat.

Untuk pengetahuan korang di antara 18 cheesy bites telah tersembunyinya dua gigitan limpahan keju berperisa cili yang pasti memberi letupan rasa kepada mereka yang sedang menikmatinya! Sekaligus menjadikan Chicken Cheesy Bites sesuatu yang menyeronokkan. Sebagai tambahan kepada 18 cheesy bites yang dipenuhi dengan limpahan keju cheddar dan mozarella (dan dua gigitan cili pedas), Chicken Cheesy Bites juga didatangkan dengan lapisan sos salsa tomato, ditabur dengan isi ayam carik, bebola ayam serta keju. 


Selain itu, Pizza Hut akan menyediakan prop istimewa bagi pelanggan yang bermain permainan “Siapa Kena the Spicy Bites” bersama keluarga dan rakan – rakan seterusnya mengabadikan pengalaman seronok ini di media sosial. Bukan itu sahaja, bagi kelainan rasa, Pizza Hut juga bakal memperkenalkan dua letupan masam di antara 18 bites pada bulan hadapan.

Dan hidanagn lain yang turut memberikan keterujaan kepada saya adalah seperti di bawah:-


Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekuti, Bahagian Restoran QSR Brands (M) Holdings Bhd berkata, “Setelah hampir 36 tahun menyajikan piza lazat kepada pelanggan, kami lihat mereka teruja apabila disajikan makanan baru yang melangkaui bahan yang digunakan tetapi ditambah dengan pengalaman yang menyeronokkan. Chicken Cheesy Bites baru kami diinspirasikan daripada pengalaman kanak – kanak Malaysia yang menjadikan gurauan sebagai cara berinteraksi dan berseronok dengan sesama lain.

“Kami mewujudkan semula keseronokan ini dengan memberi pelanggan peluang untuk berseronok dengan sesama sendiri dan kena dengan Chicken Cheesy Bites yang dipenuhi rasa letupan mengejut, sekaligus mengeratkan hubungan persahabatan dan berseronok dengan sesama lain. Apa lagi cara yang paling bagus sempena pelancaran piza baru kami adalah bersama barisan pelakon GOL & GINCU Vol.2 – sebuah filem yang sinonim dengan persahabatan!”




GOL & GINCU Vol. 2: Membawa Persahabatan ke Realiti

Hadir di majlis pelancaran adalah pelakon yang turut menjayakan filem GOL &  GINCU Vol.2 iaitu Diana Danielle, Aedy Ashraf dan Jad Hidhir. Kerjasama Pizza Hut bersama GOL &GINCU Vol.2 adalah bersempena pelancaran Chicken Cheesy Bites baru serta penayangan filem ini pada 25 Oktober. Kolaborasi ini akan turut melibatkan beberapa kempen serta aktiviti – aktiviti yang bakal menambahkan keriangan dan menjadi platform bagi rakyat untuk menemui semula ikatan hubungan menerusi pengalaman menyeronokkan.

Bagi menjadikan pengalaman ini lebih luar biasa, Pizza Hut ingin memastikan pelanggan bukan hanya ‘terkena’ gigitan cili atau masam, tetapi juga ‘terkena’ hadiah yang hebat. Jaminan hadiah sehingga RM 6 juta bakal diberikan kepada pelanggan dengan setiap pembelian Chicken Cheesy Bites sebagai sebahagian dari peraduan “Siapa Kena”. Penyertaan ini terbuka buat pelanggan yang samaad menikmatinya di restoran, bawa pulang dan juag melalui pesanan.


Antara hadiah yang ditawarkan termasuklah:

● 35 hadiah wang tunai (5 x RM10,000 dan 30 x RM1,000)

● Baucar Pizza Hut (Spageti Creamy Carbonara, Spageti Meatball Bolognese, Deli Wings (Kepak Ayam), Piza Pan, Minuman Ringan dan Roti Bawang Putih)

● 50 x Barangan Istimewa GOL & GINCU Vol. 2

Pizza Chicken Chessy Bites baru kini boleh didapati di semua cawangan Pizza Hut bagi pilihan makan di restoran, penghantaran dan bawa pulang dari 1 Oktober sehingga Disember 2018.

Untuk merasai sendiri letupan Chilli Bites dan untuk menyertai peraduan “Siapa Kena”, sila layari
www.pizzahut.com.my/en/chickencheesybites.

Dengan setiap pembelian Chicken Cheesy Bites yang enak, Kita Boleh Sertai Peraduan "Siapa kena" dan Menangi Hadiah Menarik Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 10, 2018 Rating: 5

1 comment:

  1. Ehhh bestnyaa Chicken Cheesy ni akak. Boleh buat challenge nanti! Nak try la!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.