Tayangan perdana "Marvel's Spider-Man" | Anak Saya Teruja Menontonnya Sambil Beraktiviti di Jumpstreet Asia

Spiderman kisah dari komik kini telah diadaptasikan menjadi siri animasi tentunya memenuhi impian kanak-kanak yang memang meminati karektor ini. Dan watak Spiderman ini bukan sahaja digemari golongan kanak-kanak bahkan ada juga golongan dewasa yang meminati dan mengikuti siri ini dari episod pertama lagi.

Berpeluang menghadiri tayangan premier siri Spider-Man terbaru bersama anak-anak memang saya tidak lepaskan. Apatah lagi tayangan ini telah diadakan di Jumpstreet Asia, taman rekreasi 'indoor' yang cukup terkenal menyediakan pelbagai aktiviti lompatan menarik yang boleh disertai oleh pengunjungnya.


Yang sangat dinantikan oleh kami iaitu tayangan perdana "Marvel's Spider-Man" siri animasi terbaru yang bakal ditayangkan di saluran 617 Disney XD. Seperti yang kita ketahui Spider-Man dalah kisah seorang remaja yang bernama Peter Parker yang telah secara tidak sengaja menerima  “spidey senses” yang menjadikan beliau seorang adiwira yang dapat membantu masyarakat sekeliling yang kesusahan.


Kuasa baru yang beliau perolehi menyebabkan Peter Parker harus belajar lebih bertanggungjawab dan pada yang sama beliau perlu menyesuaikan di Horizon High, sebuah sekolah menengah khas dalam bidang Sains untuk mereka yang bijak. Peter juga perlu menghadapi kehidupannya sebagai seorang pelajar pada siang hari, dan sebagai adiwira pada waktu malam.
Siri ini juga memperkenalkan rakan pasukan Spider-Man yang lain iaitu rakan kelas Peter di Horizon High antaranya seperti:-

• Peter Parker aka Spider-Man (Robbie Daymond), seorang remaja biasa yang memperolehi kuasa baru yang aneh selepas digigit oleh labah-labah yang terdehah dengan radioaktif. Hidupnya juga dipengaruhi dengan semangat yang ditinggalkan oleh Pak Ciknya Ben.

• Gwen Stacy aka Spider-Gwen (Laura Bailey), pelajar terkenal di Horizon High yang membuat penyelidikan khusus tentang DNA dan gen.

• Anya Corazon aka Spider-Girl (Melanie Minichino), pelajar cemerlang di Horizon High yang menggunakan akalnya untuk mengembangkan kekuatan/kehebatan labah-labahnya.

• Miles Morales aka Kid Arachnid (Nadji Jeter), pelajar termuda Horizon High yang memperolehi kuasa labah-labahnya sendiri melalui eksperimen sains Peter.


Menggunakan pengetahuan luas mereka dalam bidang sains, pasukan ini dapat menghasilkan cara-cara yang kreatif dan inovatif untuk bekerjasama dan melindungi New York City dari penjahat hebat seperti Vulture, Kadal, Sandman dan Doktor Octopus, dan juga musuhnya didalam sekolah itu sendiri. Melalui pelbagai pengembaraan yang hebat dan menarik, Peter dan kawan-kawannya datang untuk menyelamatkan keadaan dan belajar bahawa dengan adanya kuasa besar yang mereka miliki turut hadir bersama tanggungjawab yang besar.

Selain daripada acara tayangan perdana, anak-anak yang menghadiri acara ini juga boleh membuat 'face-painting' (tidak kekal) gambaran objek yang berkaitan dengan Spider-Man.

Antaranya seperti lukisan trademark spiderman di jari Ameer. Memang nampak comel jer gambar labah-labah tersebut di tangan comel my Ameer, hiks.

Amani pula telah membuat lukisan di bahagian mata sepertinya topeng Spider-Man. Agak rumit juga tapi semuanya dapat diselesaikan tidak lebih dari 3 minit.

Amani juga tidak melepaskan peluang untuk membuat gambar  'spider' dan 'webnya' di tangan, simbolik kepada cerita Spider-Man yang ditonton di sini.

Anak-anak saya memang teruja dengan aktiviti 'face-painting' seperti ini. Di mana sahaja ada acara yang menyediakan servis ini pasti mereka akan teruja untuk mendapatkan hasil seni ini untuk bergambar kenangan.

Selepas acara tayangan perdana, ada aktiviti soal-jawab kuiz diadakan. Mereka yang berjaya menjawabnya dengan betul akan mendapat cenderamata esklusif Spider-Man. Selain itu, ada dua hadiah diberikan kepada "kostum" terbaik dikalangan anak media yang menghadiri ke tayangan perdana ini.
Pemenangnya adalah anak Jane Chua.

Dan juga Darwish anak blogger Fauzana atau lebih dikenali sebagai Nana.

Selepas sahaja habis acara di bilik tayangan, anak-anak saya sempat menyertai beberapa aktiviti yang disediakan oleh pihak Jumpstreet Asia Pelbagai tips dan 'tricks' dikongsi sepanjang aktiviti lompatan dijalankan. Antaranya yang menarik perhatian saya adalah acara 'dodge-ball', slam-dunk dan pelbagai lagi.

Sebelum aktiviti lompatan perlu ada senaman ringkas bagi memastikan tubuh kita cukup bersedia untuk membuat aktiviti yang seterusnya. Nampak tak semuanya jenis 'excited' dan tak sabar untuk melakukan aktiviti lompatan, heheheh.

Antara aksi Spider-man oleh Akid yang sempat saya rakamkan. Biarpun agak kabur namun gigih juga saya membidik menggunakan lensa di telefon pintar saya, hahaha. Pelbagai aktiviti yang mereka lakukan di sini. Jelas, anak saya begitu gembira kerana mereka dapat lepaskan segala tekanan belajar  melalui pelbagai lompatan yang gemar lakukan.

Seperti Spider-Man, mereka ini juga berjiwa besar dan berani mencuba sesuatu yang baru. Melalui acara sebegini sebenarnya kita dapat mendidik anak betapa perlunya ada tanggungjawab pada diri sendiri dan sentiasa "gembira" apa yang dilakukan.


Ok gaiss,  "Marvel's Spider-Man", tayangan perdananya untuk umum adalah pada hari Sabtu 14 Oktober, 10 pagi di Disney XD (Astro Ch 617) dan juga di On Demand. Manakala dari 1 Oktober, peminat Spider)man boleh menonton video yang menyeronokkan di Disney XD dan Disney Channel. Video ini juga boleh didapati di platform media sosial Disney Channel Asia iaitu:


Jangan lupa untuk cikedauttt ya gaiss!!!
Tayangan perdana "Marvel's Spider-Man" | Anak Saya Teruja Menontonnya Sambil Beraktiviti di Jumpstreet Asia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 09, 2017 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.