Produk Tropika Menjadi Pilihan Saya dan Keluarga

Tidak dinafikan di pasaran hari ini terdapat pelbagai produk penjagaan khas untuk bayi. Dan bagi saya sendiri yang memang sangat mementingkan produk terbaik untuk anak-anak sentiasa memilih dengan mempertimbangkan pelbagai faktor yang perlu diambil kira dalam setiap keputusan pembelian.

Antara faktor yang biasanya saya tekankan dalam setiap keputusan pembelian produk penjagaan anak saya ialah:-

  • Bahan kandungan adalah dari bahan semulajadi perlulah selamat digunakan (bebas paraben, tidak mengandungi SLS & SLES dan sebagainya). Bila bebas SLS & SLES kita dapat mengelakkan anak kita mengalami masalah iritasi kulit.
  • Hasil kesan pemakaiannya positif. Samada melalui pengalaman sendiri atau perkongsian dari keluarga dan kawan-kawan yang menggunakannya.
  • Anak menggemarinya (antara keutamaan juga)
  • Harga berpatutan
  • Jenama muslim yang dipercayai dan diyakini
  • HALAL
Di waktu saya mengandungkan Yara di akhir tahun lepas, saya telah diperkenalkan dengan produk penjagaan bayi jenama Tropika. Pada asalnya saya berminat untuk mencuba produk ini kerana kebanyakan produknya dihasilkan daripada VCO (minyak kelapa muda) sebagai bahan utama. Yang mana kita sedia maklum VCO mempunyai 1001 khasiat yang boleh membantu memelihara kesihatan badan. Paling penting khasiat VCO ini boleh digunakan untuk dalaman (makan) ataupun di bahagian luaran (sapuan),

Pek percubaan Natural Baby Wash dan Baby Hair & Baby Oil aroma Lavendar ini antara produk yang paling saya gemari. Pertamanya sebab bahan kandungan utamanya adalah lavendar dan VCO.  Sepertimana yang kita ketahui lavender adalah remedi terapi yang paling baik untuk mengurangkan rasa stress. Baunya yang cukup lembut dan boleh memberi ketenangan:-)

Menariknya tentang pek percubaan Natural Baby Wash dan Baby Hair & Baby Oil ini sangat praktikal untuk dibawa melancong. Di dalam pek ini mengandungi mandian head-to-toe Natural Bubble Wash 100ml dan juga minyak head-to-toe Bay Hair & Body Oil 100ml. Dengan pembungkusan kotak yang menarik ianya juga boleh dijadikan sebagai pek hadiah buat bayi mahupun kanak-kanak terutama mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif. Pek ini juga didatangkan dalam 3 aroma tau! So uolls boleh pilih samada aroma Lavender, Happy (aroma buah peach) dan Sweet (aroma bunga ros).

Saya memang sangat suka rakamkan setiap detik yang dilalui Yara anak saya yang berusia 6 bulan. Ianya memberikan momen yang sangat bermakna kepada saya.  Apabila saya menggunakan Natural Bubble Wash aroma Lavendar dalam mandian harian Yara,  saya dapati beliau sangat teruja setiap kali waktu mandiannya.

Hanya letak sedikit sahaja di hujung jari seterusnya campur dengan air mandian (suhu bilik). Dan untuk pengetahuan semua sabun mandian ini memang lembut baunya. Tidak mengeluarkan buih terlalu banyak jadi ianya sangat mudah dibersihkan ketika waku bilasan badan.

 
Yang bestnya tentang produk ini ianya sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah untuk kulit yang bermasalah dan mempunyai enzema. Ianya boleh digunakan semua peringkat umur tidak kira usia, dari kanak-kanak sehinggalah orang dewasa.

Dalam starter kit set Natural Bubble Wash Lavendar, didatangkan juga juga Baby Hair & Baby Oil. Ramuan utamanyanya adalah VCO (minyak kelapa muda) dan juga pati lavendar. Seperti yang kita ketahui VCO ini juga sangat bagus dalam melindungi bayi kita daripada jangkitan bakteria. Dan produk yang berasaskan VCO memang saya perasan agak pekat sedikit, jadi ianya dapat menjimatkan penggunaannya.

Urutan menggunakan baby oil ini sangat membantu dalam memberi rangsangan terhadap bayi terutama dari segi pergerakan motor dan sebagainya. Selain itu dengan mengurut menggunakan teknik yang betul dapat membantu pembesaran bayi.

Urutan di bahagian jari dan tapak kaki adalah antara paling digemari Yara. Setiap kali mengurut bahagian ini, saya dapat melihat sendiri reaksi  wajah Yara yang sangat relaks dan ceria. Dengan setiap urutan yang dilakukan dapat membantu bayi kita lebih selesa terutama jika bayi kita mengalami masalah sukar membuang air besar ataupun kembung perut.

Ini adalah produk yang WAJIB ada dalam senarai penjagaan diri Yara. Kenalkan Tropika Baby Herbal Cream yang dihasilkan daripada VCO, minyak kayu putih, halia dan remedi herba lain yang terbaik.
Saya mula mengetahui mengenai krim ini pada tahun lepas lagi. Ramai rakan FB saya berkongsi tentang kelebihan krim ini. Namun setelah lahirnya Yara, diawal 2 minggu saya perhatikan Yara agak sensitif dengan suhu sejuk dan beliau sangat mudah terkena jangkitan selsema. Atas rekomen rakan-rakan saya telah mencuba Tropika Baby Herba Cream ke atas Yara dengan segera.

Apa yang menarik krim ini mudah menyerap dan tidak melekit bila di sapu ke badan. Krim ini tidak panas dan ianya juga sesuai untuk kulit yang sensitif. Ini kerana ramuannya adalah dari bahan semulajadi yang sememangnya selamat digunakan untuk semua jenis kulit.

Saya menggunakan krim ini setiap kali selepas Yara mandi. Hanya sapukan sedikit di ubun-ubun kepala, bahagian dada (di bahagian depan) dan di bahagian belakang, tapak kaki, sisi badan dan betis. Kesannya saya dapat lihat Yara lebih lena tidurnya dan setiap kali Yara bangkit beliau lebih ceria. Paling penting krim ini ibarat remedi yang dapat menghalang Yara untuk mudah dapat jangkitan selsema. Dan dengan penggunaan secara konsisten dapat membantu anak kita daripada mengalami masalah pernafasan dan setentunya kita tidak perlukan nebulizer dalam hidup mereka.


Produk Tropika Menjadi Pilihan Saya dan Keluarga Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 05, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.