KETEGUHAN DAN KELEMBUTAN TISU VINDA DELUXE |Pereka fesyen terkenal hasilkan gaun perkahwinan tisu pertama di Malaysia





Setiap wanita menginginkan perkahwinan yang sempurna, dan bagi lelaki pula, tiada apa yang lebih menggembirakan mereka selain dapat melihat pasangan mereka bahagia. Sepanjang 11 tahun menjalinkan hubungan cinta, banyak dugaan yang telah dilalui oleh pasangan Anthony Wong dan Shervyn Chua. Namun komitmen dan cinta yang teguh di antara mereka berjaya melawan semua halangan, dan akhirnya kisah cinta mereka diakhiri dengan majlis istimewa yang penuh bermakna, dan akan menjadi kenangan paling manis dalam hidup mereka.



Vinda Deluxe, sebuah jenama tisu terbaru di pasaran memilih untuk memperkenalkan jenamanya di Malaysia menerusi majlis perkahwinan pasangan Anthony Wong dan Shervyn Chua. Apa yang menarik gaun pengantin perempuan telah diberi sentuhan daripada pereka fesyen terkenal, Nurita Harith.


Nurita sentiasa mencipta kelainan dalam industri fesyen di Malaysia dengan menggunakan lapisan dan juntaian fabrik yang indah. Tidak hairanlah setiap wanita yang memakai rekaannya pasti nampak lebih feminin dan berkeyakinan. Namun untuk kali ini, gaun perkahwinan unik rekaan beliau telah memberi nafas baharu kepada rekaan yang sedia di Malaysia.

Ini kerana gaun perkahwinan yang istimewa ini menggabungkan elemen keteguhan dan kelembutan tisu yang sememangnya sinonim dengan Tisu Vinda Deluxe. Ciri tisu yang teguh dan lembut ini juga akan menjadi sebahagian daripada detik-detik istimewa pasangan yang baru berkahwin. Contohnya, mengemas rumah bersama-sama, menjaga kebersihan diri, mengelap air mata kegembiraan dan memberi sentuhan paling lembut kepada anak mereka kelak.




“Saya tidak menyangka kertas tisu boleh digunakan untuk mereka gaun. Teknologi Tenunan Fiber menjadikan tisu ini bukan saja kuat, malah lembut. Keistimewaan tisu Vinda Deluxe ini membuatkan saya berasa seolah-olah seperti sedang menggunakan fabrik lembut,” kata Nurita Harith. “Saya sangat teruja dapat bersama-sama pasangan ini mencipta kenangan terindah dan menghasilkan gaun perkahwinan tisu yang pertama seumpamanya. Terharu rasanya apabila melihat Shervyn kelihatan gembira dan anggun sekali ketika memakai gaun ini.”



Pengantin baharu, Shervyn pula ternyata tidak dapat menyembunyikan rasa girangnya. Menurutnya, “Pengalaman ini sememangnya sangat indah bagi saya dan saya berasa sangat bertuah kerana dapat menyarung gaun perkahwinan Vinda Deluxe yang unik ini. Saya boleh berbangga kerana tiada gaun lain yang seumpama ini di dunia! Saya dan Anthony berbesar hati dapat menjadikan majlis perkahwinan kami sebahagian daripada pelancaran Vinda Deluxe di Malaysia.”




Rakyat Malaysia boleh menyaksikan sedutan kisah kehidupan pasangan ini di laman rasmi Vinda Malaysia, www.vinda.com.my/thewedding. Video penuh yang memaparkan kisah mereka menjelang hari perkahwinan akan disiarkan pada 13 September. Pada penghujung September pula, saksikan rakaman di sebalik detik-detik awal penghasilan rekaan Nurita sehingga Shervyn mencuba sendiri gaun tersebut dan akhir sekali, transformasi tisu Vinda Deluxe menjadi gaun perkahwinan yang cantik.





“Kami di Vinda Deluxe memberi sepenuh dedikasi bagi memastikan setiap helaian tisu yang dihasilkan mempunyai kualiti terbaik. Saya percaya, sebuah perkahwinan akan bertahan jika diterapkan pendekatan serupa. Shervyn dan Anthony telah membuktikan yang tiada apa dapat menghalang mereka daripada mengecapi kebahagiaan kerana komitmen mereka yang teguh di antara satu sama lain. Kisah cinta mereka menjadi inspirasi kepada kami dan ia turut mencerminkan identiti kami sebagai jenama tisu berkualiti,” kata Evelyn Chan, Pengarah Pengurusan di Vinda Group SEA.





“Setiap pasangan perlu berpegang pada nilai-nilai positif untuk terus bahagia dalam hubungan. Sama seperti produk Vinda Deluxe yang diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti, bermutu tinggi dan pulpa kayu import yang 100% asli. Teknologi Tenunan Fiber kami menjadikan tisu tidak mudah koyak apabila basah - Vinda Deluxe bukan saja teguh, malah lembut dan mempunyai daya serapan ekstra. Hanya sehelai tisu diperlukan untuk setiap kegunaan.

“Vinda Deluxe ingin menjadi peneraju tisu pengguna dalam kategori premium, dan kami yakin mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap tisu. Gaun perkahwinan tisu unik ini hanyalah permulaannya. Nantikan lebih banyak idea menarik dari kami,” katanya lagi.

Bagi saya sendiri apabila berpeluang melihat penggunaan tisu Vida Deluxe dalam menghasilkan satu hasil seni yang menarik dan cantik sesuatu yang memang tidak saya lepaskan. Apatah lagi saya memang minat dengan perkara yang berkaitan dengan seni tangan.


Cantikka bila kita buat bunga dari tisu dan diletakkan secara 3D di permukaan frame gambar. Memang cantik sangat.



Ini adalah bunga tisu yang digantung dari siling. Tampil lebih esklusif seolah ianya tatarias dekorasi yang mahal. Sedangkan alternatifnya kita hanya menggunakan dari Tisu Vinda. Ianya nampak sangat menarik terutama dengan gabungan warna-warna pastel.



Ketebalan dan kelasakkan tisu ni terbukti bila kita mampu untuk melukis dan mewarna dengan cat air di atasnya. Hasilnya satu seni yang sangat menarik. Untuk pengetahuan semua, tisu Vinda ini juga boleh dicetak seperti yang biasanya dilakukan atas kertas.



Kami juga berpeluang untuk mereka sendiri baju pengantin menggunakan tisu Vinda Deluxe. Menariknya, ianya agak senang untuk dihasilkan. Dan bonus bagi mereka yang kreatif kerana mampu menghasilkan rekaan pakaian pengantin yang cantik untuk model patung.


Ok, ini adalah rekaan pakaian pengantin yang dihasilkan oleh saya tidak lebih 10 minit. Hahahaha.




Untuk merasai sendiri kualiti tisu Vinda Deluxe, dapatkan pek Vinda Deluxe hari ini di kedai runcit terpilih dan pasaraya di seluruh negara. Para ibu bapa dan kanak-kanak juga boleh menghasilkan gaun perkahwinan tisu mini khas di beberapa lokasi terpilih bermula dari 30 September.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Tisu Vinda Deluxe dan aktiviti kempen, layari www.vinda.com.my atau ikuti laman Facebook Vinda Malaysia di www.facebook.com/VindaTissueMalaysia.

# # #

Tentang Vinda Deluxe

Vinda Deluxe adalah jenama tisu konsumer premium daripada Vinda di Malaysia. Tisu Vinda Deluxe adalah lebih teguh, lembut dan mempunyai daya serapan ekstra hasil penggunaan Teknologi Tenunan Fiber. Diuji dalam pelbagai cara, Vinda Deluxe kekal teguh walaupun basah, dan diperbuat daripada 100% pulpa kayu asli premium yang diimport.
KETEGUHAN DAN KELEMBUTAN TISU VINDA DELUXE |Pereka fesyen terkenal hasilkan gaun perkahwinan tisu pertama di Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 10, 2017 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.