Guardian Malaysia Membantu Menambah Baik 10 Rumah Kebajikan Bersempena Dengan Sambutan Ulang Tahun Ke 50

Sebagai 50 tahun menjadi peneraju industri peruncitan kesihatan dan kecantikan, Guardian telah meraikannya dengan penuh bermakna dengan melibatkan projek komuniti yang menelan belanja kira-kira RM250,000. Ini merupakan antara tanggungjawab sosial Guardian bagi membantu meningkatkan pelbagai kemudahan di 10 rumah kebajikan yang terpilih di seluruh Malaysia.

Tujuh daripada rumah kebajikan yang terpilih adalah rumah anak yatim yang terletak berhampiran dengan cawangan Guardian di pelbagai lokasi di seluruh negara. Selain daripada memperuntukkan RM250,000 Guardian Malaysia juga menggalakkan pekerjanya untuk menyumbangkan masa dan tenaga secara sukarela bagi membantu dalam kerja-kerja penambaikan dan juga meluangkan masa bersama anak-anak di situ.

Benarlah kata orang, ketua yang baik mampu memberi tauladan kepada anak buahnya - "Kepimpinan Melalui Tauladan" ini terbukti apabila kita dapat lihat sendiri bagaimana Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia) iaitu Mr. Soren Lauridsen yang telah bersama-sama mengecat pagar, dinding serta grill dan juga meluangkan masa bersama kanak-kanak di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary Setapak Kuala Lumpur.

Selain daripada menambaik rumah seperti mengecat dan sebagainya, Guardian Malaysia turut menyumbangkan alat penghawa dingin, kipas dan penjaring penghalang nyamuk di rumah anak yatim tersebut.

Menurut Mr Lauridesen,

" Setiap tahun apabila kami meraikan ulangtahun, kami menjadikannya satu kewajipan untuk membantu golongan yang memerlukan. Selama bertahun-tahun Guardian telah menghulurkan pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan. Kebiasaannya ianya dalam bentuk kewangan, namun adakalanya ianya dalam bentuk barangan. Ini dapat memberikan lebih keseronokan. Untuk tahun ini bersempena dengan Guardian berusia 50 tahun, kami telah membuat keputusan untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang tinggal berdekatan dengan tempat kami beroperasi"

"Kami telah meminta pasukan kami di stor-stor untuk mengesyorkan rumah-rumah kenajikan yang memerlukan pembaikan dan penambahbaikan di kawasan kejiranan mereka. Kami telah memilih 10 buah rumah yang kami rasakan sumbangan kami dapat memberi perubahan bermakna untuk mereka"

"dengan membantu menambaik tempat tinggal kanak-kanak, anak-anak yatim dan warna emas ini, kami percaya kami dapat memperkasakan mereka untuk menjadi lebih yakin dan kemudiannya mampu berdiri sendiri"

Program hias semula amal ini sebenarnya telah bermula bulan lepas dan dijadualkan akan siap sepenuhnya pada penghujung Novemberini. Rumah-rumah kebajikan lain yang turut menerima penambahbaikan adalah seperti:-


  1. Rumah Kebajikan Bakti Fayi (Kedah)
  2. Chrystal Home Taiping (Perak)
  3. Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Nanthisar (Negeri Sembilan)
  4. Happiness Centre For The Mentally Diasbled Children (Melaka)
  5. Calvary Boys Home & Calvary Girls Home (Johor)
  6. Rapha Children's Home (Pahang)
  7. Rumah Anak-anak Yatim Salimah (Kelantan)
  8. Sabah Cheshire Home (Sabah)
  9. The Salvation Army Kuching Children's Home (Sarawak)
Sepanjang 9 taun yang lain, Guardian telah menyumbang sebanyak hampir RM4.5 juta kepada pelbagai usaha amal dan kebajikan, namun ianya lebih kepada kecenderungan kepada golongan ibu/bapa tunggal dan rumah anak-anak yatim.

Syabas Guardian, moga terus sukses untuk tahun-tahun akan datang!

Guardian Malaysia Membantu Menambah Baik 10 Rumah Kebajikan Bersempena Dengan Sambutan Ulang Tahun Ke 50 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 19, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.