Shopping Produk Kecantikan Bersempena Promosi Ramadhan di Althea

Althea antara portal membeli barangan mekap kegemaran saya. Apa yang menarik barangaan kecantikan yang ditawarkan khas dari Korea ini dijual jauh lebih murah dari harga pasaran. So, ramadhan baru-baru ini Althea telah mengadakan promosi cukup menarik dan saya telah berjaya merembat 7 item seperti gambar di atas :-)



Kali ini memang saya borong lipstik. Geram tengok warna-warna lipstik dari jenama best2 pulak tu. Walaupun warna seakan sama tetapi sebenarnya tidak ya!. Tekstur pnn berbeza. Sebab memang saya sukakan mencuba dari pelbagai jenama. Dan saya tidak ada masalah untuk sentiasa bertukar jenama lipstik yang digunakan.

Momo Chu Lipstick  | It s My Lip Crayon / Lip Balm | Real Fit Creamy Lipstick 

Momo Chu Lipstick 

Warna ke pinkish dan oren. Tidak terlalu pucat. Sesuai untuk mereka yang suka cara bersederhana dalam berpakaian.

It s My Lip Crayon / Lip Balm

Antara yang menjadi feveret saya. Senang sangat dicalit ke atas bibir. Paling penting tekstur sangat lembut.

Play 101 Pencil 

Eye liner berwarna coklat muda. Lain daripada kebiasaan. Tidak susah untuk digunakan. Tapiu pemakaian warna coklat muda ini perlu sesuai dengan solekan di muka. kalau tidak ianya kelihatan sangat pelik, hehehe.

Premium Tomato Whitening Emulsion

Skin Food product!!! Produk kecantikan untuk memutihkan wajah secara semulajadi menggunakan tomato sebagai bahan utama. Macam menarik bukan? Nanti lebih saya mencuba beberapa minggu, akan saya kongsikan kesan daripada spemakaian produk ini ya.

Calmia Perfume In Hand Cream 

Saya emang ratu hand lotion. Sejenis perempuan yang sangat suka membeli hand lotion yang wangi-wangi. Biasanya saya memilih haruman lavendar. Tapi disebabkan saya inginkan kelainan saya telah memilih varian Cherry pulak. Memang puas hati. Bau wangi sangat, boleh jadi terapi diri pulak, Hehehe.
Shopping Produk Kecantikan Bersempena Promosi Ramadhan di Althea Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 05, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.