Pencarian Flash Watak Dalam Siri ZooMoo Sudah Bermula!

Lost!, episod dalam sebuah rancangan pendidikan berinteraktif ZooMoo, antara tarikan terbaru dari saluran Astro 619, telah memulakan penayangannya premier pada 16 September 2015 yang lepas. Dalam episod Lost! ini mempertengahkan misi mencari Flash anjing comel dalam ZooMoo yang didapati hilang dari habitatnya.

Kenalkan Flash yang menjadi buruan dalam misi menyelamat :p
Di sepanjang bulan September ini, ZooMoo telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik bersempena dengan "Pencarian Flash Yang Hilang di Malaysia!". Di mana pencarian ini melibatkan beberapa pusat membeli-belah di Malaysia. antaranya seperti:-

Sunway Carnival Mall Penang (19 September 2015)
Sunway Putra Mall (2 September 2015)
Sunway Piramid (24-27 September 2015)

Sepanjang kempen ini, pengunjung kanak-kanak boleh menyertai pelbagai aktiviti yang berkonsepkan pemeliharaan haiwan disediakan oleh pihak penganjur. Antara aktiviti yang disediakan:-

1. Mewarna

Antara aktiviti yang kanak-kanak gemari, iaitu bermain warna. Peralatan mewarna memang disediakan...

Dengan pelbagai pilihan lukisan gambar haiwan menarik yang boleh diwarnakan.

2. Kraftangan
Kanak-kanak juga diberi pendedahan dan tunjuk ajar seni kraf yang mudah dan menarik untuk dicuba. Berpandukan bantuan dari fasilitator (krew ZooMoo), kanak-kanak boleh menghasilkan pelbagai hasil seni kraf! Contohnya ular berkotak-kotak...

3. Seni lego (membina dan bekreativiti)
Membina objek daripada lego. Kanak-kanak akan berkreativiti menggunakan lego menghasilkan apa yang diimaginasikannya. Contohnya membuat seekor gajah yang comel!

Bersempena dengan kempen Lost! ZooMoo, turut diperkenalkan aplikasi permainan yang boleh dimuat turun. Yang mana pemain haruslah mencari Flash dalam permainan ini, dan cuba mengumpul sebanyak kad (poins yang melibatkan keperluan makanan dan sebagainya).

*permainan ini boleh dimuat turun dari Apple AppSore ataupun Google Play.

Menjadikan kempen ini lebih menarik, Sunway Shopping Mall telah bekerjasama dengan ZooMoo TV Channel memperkenalkan kad "The ZooMoo Animal". Yang mana mereka yang membeli-belah di mana-mana shopping mall di bawah syarikat Sunway berpeluang mendapatkan pek kad esklusif ini seterusnya menjadikannya ianay sebagai koleksi. Best bukan!!

Jangan lupa uolls, tontonlah rancangan ZooMoo siri interaktif pendidikan yang menarik, menawarkan lebih 4000 kisah tentang haiwan yang hebat.

Siri pendidikan yang mula diperkenalkan Novermber 2014, antara rancangan yang boleh memberi manfaat kepada anak-anak kita terutama di musim cuti sekolah ini.

Moga suksess didalam memburu Flash ya!!
Pencarian Flash Watak Dalam Siri ZooMoo Sudah Bermula! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 21, 2015 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.