KFC #SEHATISEJIWA Bersama SchAwal Yang Sweet Giler!

Saya telah dijemput untuk menghadiri sesi penyampaian hadiah bersama pemenang-pemenang Peraduan Sehati Sejiwa bersama SchAwal di G Tower Jalan Tun Razak Kuala Lumpur. Majlis yang bertemakan "Merdeka" ini dihadiri ramai tetamu termasuk 30 peserta yang terpilih. Pertandingan yang berlangsung dari 1 Ogos- 3 September 2015, telah menerima jumlah penyertaan yang begitu menggalakkan. Apa yang perlu peserta lakukan adalah:-

1. Membuat pesanan menerusi KFC Delivery (hotline: 1300-222-888 ataupun pesanan melalui web www.kfcdelivery.com.my)
2. Setelah itu, sila posing mengikuti kreativiti bersama produk pembelian. Dan gambar adalah perlu menepati tema iatu "Sehati Sejiwa"..
3. Upload samada di FB ataupun instagram bersama hashtag #kfcdelivery #sehatisejiwa

Pemenang adalah diatas budi-bicara pemilihan daripada pihak KFC Holdings Malaysia.

Berbalik pada malam acara, pelbagai aktiviti telah diseiakan oleh pihak penganjur. Antara yang menarik perhatian saya serta geng2 perempuan yang lain --booth membuat "lucky charm". Memang rambang mata nak memilih..semuanya comel2 :p

See, bukan main gegeh si Nanie, memilih....
Berada di booth ini sahaja sudah lebih 30 minit, hiks

Terdapat juga booth "face painting", bagi meraka yang nak tampil kelainan pada malam tersebut :)

Spotted! Kek istimewa sempena malam istimewa, malam sehati sejiwa...

Ok, yang menjadi trend di mana-mana majlis yang dianjurkan oleh syarikat korporat...
Photobooth!!!
Yang beshnya kali ni ada photobooth yang boleh merakamkan aksi kita beberapa saat...
Memang kelakar!

Adek Atennnnnn...blogger belia remaja yang pamos amos itewwww....

"Kami teruja dengan sambutan yang diterima terhadap pertandingan ini. Pelanggan-pelanggan KFC sememangnya kreatif, bersahaja dan benar-benar bersemangat patriotik",

kata-kata aluan pembukaan Angelina Villanueva, Pengurus Besar Kanan KFC Marketing.

Acara kemuncak, kemunculan 2 sejoli yang dinanti-nanti...

Scha Al-Yahya dan Awal Ahaari....
Aksi spontan dowang memang menghiburkan..

Sangat sporting!!!
Memang antara sweet couple selebriti yang mudah didekati dan mesra dengan peminat...
Siyes, saya tabik!!!

*kredit pic Mama Pinky ~ Diya, tqsm dear for this candid pic!

Selain daripada acara makan-makan dengan meriah..
Kami juga menyertai beberapa aktiviti di atas pentas...
Memang gamat giler suasana....

Terdapat juga acara cabutan bertuah dan peraduan gambar kreatif (gambar yang diambil sepanjang acara berlangsung) di instagram...

Apa yang pasti, semua tetamu yang hadir memang berasa seronok. Bukan sahaja boleh menikmati KFC sehingga puas, bahkan kami juga sempat berkenal-kenalan dengan semua peminat KFC di Malaysia (hehehe), sekaligus aktiviti seperti ini memberi peluang kami untuk berkenalan dengan ramai lagi rakan baru :p

Dan ini adalah pemenang 3 utama yang masing menerima wang tunai:

GP : RM1500 -(tahniah anak2 cma yang handsome dan cantek)
1st runner up : RM1300 - Encik Khai bersama Damias yang super duper cute...(wife and hubby ni junior ai kat uni dulu, hehehehe)
2nd runner up: RM1000

 Klasik dan sweet, entri GP

It's bonding father and daughters, entri 1st runner up

Dan bergambar bersama semua pemenang wooot wooot....
Untuk pemenang saguhati masing-masing menerima hadiah tunai sebanyak RM200.

Antara entri saguhati yang begitu menarik di hati saya...

Grats Noor Hasiemah..

Grats Yumie and Hubby!!

Kebanyakan pemenang utama dan saguhati memang antara rakan baik saya di FB....
Kitaorang memang dah kenal lama...
Dan memang dowang kategori otai dalam peraduan bergambar...

:) :)

TQ KFC kerana menganjurkan jamuan malam yang menarik serta isi goodies beg yang best-best!!

I like 444X

KFC #SEHATISEJIWA Bersama SchAwal Yang Sweet Giler! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 14, 2015 Rating: 5

6 comments:

  1. Nasib baik gambar over hakak kawasan x sempat di Snap oleh madamrazzi nieh.... He He He

    ReplyDelete
  2. kak...kat kamera ko jer akakak gmbr aku...


    meh sini...hahahah

    ReplyDelete
  3. ayu zamzarina & khai tu junior ayu ke...wah gmbr siema mng juga saguhati..menang GP lg...rezeki

    ReplyDelete
  4. mt- aah junior.....cma mmg hebat :p

    ayu zarina- u're almost welcome dik

    mummy ayu--mmg seronok :)

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.