Photoshoot Bersama The Photolicious Memang Ohsemm!!

Ai ada menang peraduan dari Majalah feveret ai iaitu Pa&Ma, "Sesi Photoshoot Bersama Photololicious". So ai memang sangat excited, sebab tak pernah lagi berphotoG satu famili menggunakan khidmat photographer. Apatah lagi dari team The Photolicious yang sememangnya tersohor dengan hasil bidikan gambar yang menarik. Antara selebriti yang pernah mendapat perkhidmatan The Photolocious seperti perkahwinan Apek (penjaga gol Malaysia), Che Ta (potret bayi comelnya) dan ramai lagi.
Bertempat di Taman Saujana Hijau Presint 11 Putrajaya kami bertemu janji dengan salah seorang photographer The Photolicious iaitu Lala. Seawal pagi kami dah berada di sini :) Kawasan di sini memang sangat chantek!

Tidak hairanlah ramai yang datang untuk bergambar di sini biarpun seawal pagi...

Cuaca pada hari Ahad itu agak terik. Walaupun baru pukul 9 pagi bahangnya memang terasa...
Tapi ai rasa lebih baik panas daripada berhujan, heheheh

Yang kelakarnya, ai tak sempat nak siapkan props even baju untuk photoshoot ari tu main belasah jer pakai mana yang ada kat umah, kihkih

Dan my Ameer kebetulan baru kena selsema...
So die agak moody tak berapa nak senyum bila bergambar..
Selalu mudah jaa My Ameer ni nak buat senyum kambing....ni memanjang buat muka kompius, hahaha

Sebanyak 484 gambar dapat dirakamkan...
Dan banyak gambar yang ai suke :)
So ai amik beberapa ajer ler diletakkan di sini ya...
Erkk...my Dedet punye gambar jer ai tak letakler kat blog, ahem konon2nya dier tak mahu gambarnya boleh mencetus ketegangan ketenteraman awam, hahahah

Antaranya...
 Ai suke gambar pic ni...
Yang bestnya ketika sesi bergambar dijalankan...
KAmi diajar untuk bergambar secara relaks dan bersahaja...

 Ai try dapatkan momen yang mana Ameer sedang bergembira....

 My anak dara, anak kedua...

 Ekspresi muka macam ni banyak giler..
Muka kagum..


Muka kompius..
 Shot ni paling susah nak amik...
Antara punca My Akid sangat payah nak bergambar dengan sempurna..
Suke buat muka sememeh hahahhaha...
My Akid kan jenis notty2...isk..

 Happy mom with her kids....
Sempoiii


Aktiviti melompat2 bila bergambar antara aksi feveret my kids...
Siyesly..even ngan Dedet yang amik gambar inilah aksi yang dowang suke buat :p

It's bonding time!!!

Pic from my Anaqi henpon...
Tq Lala shooter from The Photolicious...
Nice to work with you...

Dan uolls kalau berminat nak dapatkan servis dari The Photolicious (perkhidmatan seluruh Malaysia), uolls boleh roger Kak Kay yup di thephotolicious@gmail.com bereh!
Photoshoot Bersama The Photolicious Memang Ohsemm!! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 29, 2015 Rating: 5

6 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.