ESCAPE mencuit anda dengan Lawak Ke Der 3.



Jangan sentap uollls. Ai pergi dah tengok Lawak Ke Der 3. Walaupun sebelum ni dah ada Lawak Ke Der 1 dan 2 ianya tetap bukan sekuel, maksudnya pementasan kali ini mempertengahkan 2 pelawak hebak baru (plus lagi sorang Jenhan untuk versi Inggeris pada 6 hb) dan juga mengekalkan 2 pelawak mantan di dalam Lawak Ke Der.


Dibarisi pelawak-pelawak tempatan yang sudah lama menempa nama seperti  Harith Iskander, Nabil Ahmad,  Jambu dan juga Douglas Lim.


Membawa masuk Douglas Lim dalam pementasan kali ini bagi saya antara usaha yang sangat bijak oleh Han Isac selaku pengarah teater ini. Walaupun nama Douglas Lim bukanlah asing jika dibariskan dengan selebriti pelawak, namun popularitinya masih belum cukup kuat untuk oang mengenali bakatnya yang begitu hebat dalam melawak.

Siyes tak tipu potong kuku 10 jari. First time saya dengar Douglas Lim buat lawak. Dan lawaknya sangat menjadi koooooooooooooooooo. Nak tercabut urat pankreas ai malam tu. Lawak yang sangat jujur, selamba, kelakar tapi sarat dengan pengisian. So uolls, jangan sia-siakan peluang melihat Douglas Lim berlawak dalam bahasa melayu. Tak kekok dan cara dier mengelabah sangat kiut hokeh.

Harith Iskandar memang pelawak mantan dalam stand up comedy. Mimik muka dari cara bercerita tak dengar suara pun dah boleh buat kita nak gelak. Susah sebenarnya nak gelakkan hati orang tapi cukup sejam bersama Harith saya tak rasa 60 minit sudah berlalu...siyes, kita boleh gelak sambil lap air mata.

Nabil posisinya sebagai pengacara dari Lawak Ke Der 1 sampai ke 3, bagi saya lawaknya masih lagi berbisa. Walaupun kehadirannya sekejap berselang-seli dengan persembahan pelawak yang lain, namun celotehnya yang bersahaja gitew-gitew membuatkan penonton di Istana Budaya tak mahu langsung berinjak dari tempat duduk masing-masing.

Kumpulan Jambu, 2 sketsa dipersembahkan malam tadi. Cerita agak berat tapi elemen kelakar itu tetap ada. Pendek kata, tak rugi menonton Lawak Ke Der 3, memang mampu menghilangkan stress berganda-ganda. Kalau teringat-ingat, balik dari pementasan sampai subuh pun masih boleh senyum-senyum lagi. 
Thank you Bro Framestone (payah benor nak mengeja) atas jemputan, hik hik....
Dan saya sangat-sangat-sangat berterima kasih pada Escape (www.escnow.com) atas tajaan tiket teater Lawak Ke Der 3 malam tadi. Thank you, arigato!!!!

Ramainya manusia malam di Istana Budaya semata-mata untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3...

Saya nampak juga kelibat Datuk Mukriz di situ dan beberapa selebriti tanah air Malaysia seperti Nealofa dan Hanez Suraya.

Ada barangan cenderamata Lawak Ke Der 3 yang turut dijual di booth berhadapan pintu masuk panggung teater.
Berita terkini ya......Tiket-tiket Lawak Ke Der 3 habis dijual---SOLD OUT!!

Tapi uolls jangan frust ya..Buat peminat Lawak Ke Der 3 dan pelanggan ESCAPE. Anda kini boleh menyaksikan Lawak Ke Der 3 secara eksklusif ESCAPE mulai 31.12.2013 selama 6 bulan. Fuyooo lama tu! Jangan lepaskan peluang tau...

Selain itu anda juga berpeluang untuk menyertai peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE yang menawarkan hadiah tunai RM5,000 setiap hari! -----Best Sesangat!!!! 

Caranya sangat mudah. Mulai 7 hingga 27 Dis 2013, pelanggan Celcom perlu menonton YouTube Channel – cuit-cuit @ESCAPE atau klik: https://www.youtube.com/channel/UCj_-0IGMHwc2r7tDLv2De2g setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3.

Dan Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. Jawapan tak perlu panjang. Cukup dengan hanya satu perkataan. Sangat mudah kan..............

So uolls kalau nak tahu tahu lebih lanjut ?  Sila layari laman web ESCAPE 
*************************************************
Sekadar Info Tambahan...

Apa itu ESCAPE?
-     ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi anda yang boleh anda bawa ke mana sahaja.
-   Nikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi, semuanya setempat.

Pilih sahaja yang mana anda mahu.
-     Anda boleh memilih untuk membayar dan menonton filem kegemaran dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had, hanya RM25 sebulan!
-     Lebih daripada 500 filem dan rancangan untuk dipilih merangkumi pelbagai genre (Aksi, ngeri, komedi, drama, seram, cinta).
-     Termasuk konsert terkini, acara karpet merah yang eksklusif, berita terbaru dan banyak lagi.....Memang beshkan :)

Teman hiburan yang sentiasa bersama anda bila-bila masa, di mana jua.
-     Tontoninya menerusi telefon bimbit, komputer riba, tablet dan komputer peribadi, lancar dari peranti ke peranti (sesuai dengan iOS, Android, MacOS dan Windows). Dengan rangkaian terpantas Celcom, anda boleh menikmati kesemua tayangan tanpa tersekat-sekat atau perlu menunggu lama.
-     Anda juga bebas untuk berhenti dan sambung tayangan program pilihan anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua.
-     Kini anda takkan terlepas menonton filem atau drama bersiri kegemaran anda.
-     Kelebihan ESCAPE:
-     •  Henti &sambung tayangan  •  Pelbagai peranti  •  Bila-bila masa, di mana-mana jua

-     Untuk maklumat lanjut, layari www.ESCnow.com sekarang.


ESCAPE mencuit anda dengan Lawak Ke Der 3. Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 05, 2013 Rating: 5

3 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.