TOLLYJOY, Pilihan Ibu Penyayang Buat Si Manja Yang Riang

Menjadi seorang ibu merupakan saat bahagia seorang wanita. Ibu yang prihatin dan penyayang akan sentiasa memastikan anak-anaknya hidup sentiasa sihat dan ceria. Produk berkualiti pastinya menjadi pilihan buat si kecil. Dan saya telah memilih produk TOLLYJOY, produk yang dipercayai terbaik buat anak-anak saya.

Si manja lasak bermain setiap hari,
Pakaian kotor sukar dicuci,
Mujur ada pencuci Tollyjoy Baby Laundry
Hebat, berkesan dan harga begitu ekonomi.
YA, ibu-ibu... memperkenalkan produk cucian yang terbaik untuk anak-anak kita, yeahhh “Tollyjoy Baby Laundry Detergent-1000ml ” dan juga “Tollyjoy Laundry Detergent Powder (Ocean)-1kg”. Produk mencuci dari Tollyjoy diyakini selamat digunakan untuk mencuci barangan bayi khasnya. Harga di pasaran untuk “Tollyjoy Baby Laundry Detergent-1000ml ” ialah RM14.90, manakala “Tollyjoy Laundry Detergent Powder (Floral/Oceon)-1kg” berharga RM13.90. Berbaloi-baloi, kan!
Anak saya Amani memang lasak. Saya selalu sahaja stress, setiap kali hendak mencuci baju my princess ni. Lebih-lebih lagi baju putih. OMG, kotornya! Kalau ikutkan hati nak jer pergi hantar ke pusat dobi. Tapi sebagai ibu, kita tentu mengambil perhatian terutama dalam menentukan sabun basuh baju yang paling sesuai digunakan untuk anak sekecil ni. Adakah sabun yang digunakan itu benar-benar selamat untuk digunakan bagi mencuci pakaian anak kita?

Isk isk…
Jadi bila saya mula diperkenalkan dengan produk mencuci “Tollyjoy Baby Laundry detergent” ini, saya tidak teragak-agak untuk mencuba. Dengan mengkaji terlebih dahulu kandungan bahan yang terdapat dalam sabun (berasaskan tumbuhan), dan ternyata sememangnya produk ini selamat untuk kulit anak saya.
1. Cara nak membersih pun amat mudah. Hanya menggunakan sedikit sabun (errkkk ianya bergantung kepada kuantiti pakaian yang hendak dicuci).
2. Kemudian rendamkan pakaian bersama sabun Tollyjoy. Jika terdapat kotoran degil di baju. Lebih efektif kita letakkan sedikit sabun di kawasan degil (sapu dengan jari jer).
3. Rendam seketika. Dan saya sendiri hanya rendam tak sampai pun sejam. Berus pada kotoran degil, dan hanya membilas dengan air sehingga pakaian anak-anak kita bebas dari sabun.
Ternyata sabun Tollyjoy, menjadikan pakaian anak saya semakin lembut. Paling penting kotoran degil yang menghantui saya sebelum mencuci benar-benar hilang. Lagipun produk Tollyjoy ini sememangnya diyakini “anti-bakteria”,  sekaligus kita dapat memastikan kesihatan anak berada dalam keadaan baik .

Mulut kotor dari makanan bersisa,
Perlu dicuci segera mengelakkan jangkitan bakteria,
Mujur ada wipes Tollyjoy serbaguna,
Kompak, praktikal, mudah dibawa ke mana sahaja.

Adoihai… stressnya…Bila melihat mulut si kecil itu kotor, kan?
Tapi…
Macam saya… ibu bekerjaya dan prihatin (hek eleh)
Sentiasa membawa “Tollyjoy hygiene wipes” ke mana sahaja saya pergi.
Bukannya apa, punyai anak yang masih kecil dan lasak. Memang selalu terdedah dengan bakteria di mana sahaja. Jadi bila ada tisu “Tollyjoy hygiene wipes” hidup saya sangat mudah. Bahkan anak saya Amani berusia 2 tahun ini terdidik dan tahu bagaimana hendak menggunakan produk ini.
Dengan rekaan pek yang mudah alih, senang dibawa ke mana sahaja. 
Bahkan anak sekecil ini tahu peranan “wipes” dalam kehidupan harian mereka.
Tidak perlu risau penggunaan tisu basah ini di mana-mana anggota badan si kecil. Memandangkan ianya kaya dengan ekstrak aloe vera. Tidak mempunyai alkohol dan selamat digunakan.
Tisu ini juga berperanan untuk melembapkan, jadi masalah kulit kering tidak akan berlaku pada anak kita yang menggunakannya.
*Paling penting uollls, harganya sangat berpatutan dalam RM5.90 sahaja. 
Dan untuk dua pek harganya RM11.80.

Bangun pagi gosok gigi
Cuci muka terus mandi
Minum susu setiap hari
Dengan botol Tollyjoy ku ini
Anak uolls, minum susu botol lagi tak?
Pasti uolls sedar tentang bahayanya bahan BPA dalam penghasilan botol-botol susu.
Dan memang tidak dinafikan botol susu yang terdapat di pasaran semuanya bebas daripada kandungan BPA. Dan kalau diperhatikan betul-betul, harga botol yang dijual memang agak mahal. Isk isk...
Tapi untuk produk Tollyjoy hargamya masih lagi berpatutan. Bayangkan harga untuk 2 botol baru berharga RM14.90. Paling penting botol ini selamat digunakan kerana ianya bebas daripada BPA.
Kualiti botol juga mengkagumkan, nampak sangat berkualiti. Rekaan simple tapi tetap menarik. Pegangan juga mudah dan selesa bagi si kecil yang tahu minum sendiri daripada botol susu.
Selain daripada itu, saya juga menggunakan produk “Tollyjoy Antibacterial Baby Accessories & Vegetable Liquid Cleanser -900 ml” ketika hendak membersihkan botol susu yang digunakan oleh anak saya. Selain daripada faktor kebersihan, bebas bakteria merupakan kunci utama bagi memastikan kesihatan anak saya sentiasa baik dan terpelihara.
Bukan hanya botol susu, bahkan segala perkakasan makanan seperti sudu, pinggan mangkuk anak, serta sayuran dan buahan untuk anak saya akan dicuci dengan menggunakan “Tollyjoy Antibacterial Baby Accessories & Vegetable Liquid Cleanser” terlebih dahulu.
Baunya juga harum semulajadi tau dan ketika mencuci menggunakan “Tollyjoy Antibacterial Baby Accessories & Vegetable Liquid Cleanser” tangan saya terasa lembut jer J

Apa kata uolls cuba? Sebab harga pasaran hanyalah RM25.90 untuk sebotol. Paling penting anak kita sentiasa ceria dan sihat kerana ibunya memastikan persekitaran hidupnya bebas dari kuman J

Tollyjoy, ternyata memberi kegembiraan sebenar kepada ibu prihatin seperti kita!

TOLLYJOY, Pilihan Ibu Penyayang Buat Si Manja Yang Riang Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 26, 2013 Rating: 5

3 comments:

  1. waaa panjang entry ads ni hehhe
    byk betul produk brand tollyjoy ni
    kalau ada contest lg syok nak shopping2 hehhhe

    ReplyDelete
  2. Brand yang baru - kualiti best boleh cuba :)

    ReplyDelete
  3. Salam puan..di mana ada jual barangan tollyjoy ye especially liquid laundry detergent? Tq

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.