Tak Semuanya Madu Itu Manis


Lately ni agak HOT kisah Ashraf Muslim yang ke mahkamah syariah..
Lagi HOT bukan isu penceraian yang diperbesarkan sepertimana yang berlaku dalam kehidupan Jimmy Shanley dan ex-isterinya, yang sampai ke sudah tak abis isunya..
Tapi kali ni isu kebenaran berpoligami...
Ikutkan ada jer lelaki kat Malaysia ni yang berpoligami tapi yang jadi kisah ini begitu panas antara sebabnya Ashraf tu adalah artis---lagi nak menguatkan fakta yang beliau dah 3 tahun berkahwin tapi masih belum dikurniakan anak (ahem ada jer orang yang berkahwin lebih 10 tahun belum dikurniakan anak masih tetap sabar dan tetap bersama takde pulak nak kahwin 2,3)...isteri seorang doktor dan datangnya dari keluarga yang baik2...dan kalau tidak silap bapa mertua Ashraf yang banyak membantu dan mengajarnya tentang dunuia perubatan islam...

Tapikan...kita tak tahu cerita sebenar...Ni semua cerita akhbar..
Bagaimana pula dengan kononnya wanita yang digelar Sakinah menyatakan komen tentang isteri Ashraf sendiri yang menasihatkan beliau "kalau boleh elaklah dari berkahwin, tapi kalau tak boleh beliau redha"...

Yup REDHA...perkataan yang paling baik untuk bermuhasabah diri.. ketika cinta dari sang suami cuba diduakan kepada wanita lain. Dan dalam Islam juga tidak ada salahnya...

Cuma...
Adakah benar-benar-benar-benar (repeat repeat) lelaki yang ingin berpoligami itu sudah cukup sedia, dengan hukum karma dan pantang, dengan keadilan seadil-adilnya sebagaimana contoh paling dekat; Rasulullah yang hebat mampu melayan baik isteri2nya...Tapi tak semua lelaki boleh/mampu jadi sehebat Rasulullah..

Walaupun ramai yang kata bila syarat berpoligami tu ditanya "Adakahh anda mampu?".."ya saya mampu"...kereta MercedesC Class 2 bijik kat garage, tanah berbidang-bidang, gaji bulana berkepuk dah tak tahu nak tabur kat mana...

Dan saya memang teringin highlightkan statement ini "Mulut memang kata mampu tapi perlaksanaannya biarlah selari dengan apa yang dikata..kan kan "..
Walaupun saya juga agak bersetuju , mungkin kena kahwin sebab tak boleh nak control nafsu...tapi apapun sebelum nafsu tu datang dulu...perkataan mampu tu perlu didulukan...Mu mampu beri keadilan??? Hengkau mampu kohhh?--ni cara bakal mertua ala2 gaya nyonya mansur...

Saya ingin berkongsi cerita datangnya dari 2 sahabat yang berlainan karektor tapi memasing mempunyai sifat REDHA dalam diri yang begitu tinggi...Kedua sahabat saya ini, bukanlah isteri pertama tapi isteri yang kedua...

Kakak ni saya kenal sejak sekolah. Seorang pendiam sangat pemurah senyuman. Jenis mata mudah jer berkaca. Pantang diberi tazkirah akan berjujuran air mata. Hati bagai tisu. Di universiti beliau antara pelajar yang cemerlang dan agak rapat dengan seorang pensyarah. Bukan hanya dengan pensyarah lelaki itu bahkan isteri dan anak2nya. Siap jadi guru tuisyen untuk anak-anak pensyarah tersebut. Entah macam mana sebab terlalu rapat, terjatuhlah cinta. Permohonan untuk berkahwin dua ditolak keras oleh isteri pertama. Pelik juga. Tak sangka isteri pertama tidak bersetuju sedangkan perhubungan mereka terlalu akrab. Punyai kerjaya yang baik biarpun anak berderet 7 tiada halangan berpoligami. Fine, menikah dengan jayanya. Tanpa majlis walimatul-urus, hanya makan2 biasa. Takpelah tak membazirkan sebab namapun perkahwina kedua. Perkahwinan dengan senior hanya sangat bahagia untuk 2 tahun pertama. Masuk tahun ketiga, senior saya sudah menjeruk rasa. Bila diluahkan baru saya tahu punca. Orang yang pertama kali kahwin tentunya mahu perhatian lebih. Ni jumpa suami ala2 "touch n go". Suami BZ dengan kerjaya, apatah lagi perlu juga menjenguk keluarga pertama. Senior saya cerita, biarpun 2 tahun baru berkahwin anak nak masuk dua. Punyalah subur. Yang tak tahan suaminya tak pernah perasan ataupun buat tak perasan masa die mengandungkan anak no. 2. Siap pergi hospiotal naik teksi sendiri, keluar hospital tepon suami..Suami pula mengarahkan bini pertama die datang jemput. So, ingat bini yang pernah kecik ati ngan kita nak datang. nan adoooo..Last2 mak kat kampung datang amik, duit bil pun minta tolong abang setelkan. Start dari kejadian itu, senior saya semakin panas dengan suaminya. Rupa2nya bila diselidik, lepas diluahkan apa yang dirasa. Suaminya sendiri mengaku yang die tidak mampu. Nak melayan 2 bini yang lain perangai...Die juga tiba2 buntu, kerja opis banyak tergendala sebab sakit kepala. So, bila buat keputusan samada senior atau isteri tua. Memang suami die amik masa juga...Last2 die pilih isteri pertama. Alasannya mungkin die kahwin ngan senior saya hanya berlandaskan nafsu smeata2..ialah hari2 jumpakan. Dan die tidak dapat menidakkan lebih 10 tahun die hidup bersama isteri pertamanya..segala susah-senang..jatuh dan bangkit dier..isterinya itu tetap setia bersamanya...

Mendengarkan kata2 suaminya itu...apa lagi my senior terus rasa diri cam takde harga diri...terus minta diputuskan ikatan perkahwinan....bila saya tanya "kak, ko tak segan ke jadi janda muda. Anak kecik lagi ni"...Senior saya jawab "Aku redhoooo. Daripada laki aku tu terus menerus dapat dosa sebab tidaknya berlaku adil. Daripada hati aku sakit jer bila die takde umah..baik aku putuskan jer"...

Kes kat yang dekat2 opis ni pun ada juga. Isteri kedua juga kisahnya. Isterilah yang menguruskan anak ketika sakit, bekalan pampers dan susu habis (kadang sms tanya "erkkk awak ada extra susu tak, pinjam dulu...nak letak kat nursery") Kita pun paham malam2 kalau bekalan tu abis takkan nak keluar umah. Takdelah saya tanya "Ko tak suruh laki ko pergi beli ke?"...Kecik ati pulak member. Tapi saya agak tersentuh. Setiap kali bila ada ayah yang datang mengambil anak mereka dari sekolah. anak teman saya akan melihat sayu...Anak beliau juga pernah meluahkan pada teacher yang kalau boleh die nak ada ayah macam ayah orang lain. Dan satu part yang sedey masa anak2 ni kena lukis gambar keluarga. Anak teman saya ni lukis gambar keluarga-ada mak dan anak cuma gambar ayah die, die lukis kecik dan letaknya jauh di hujung kertas lukisan. Teacher tengok pun paham. Kadang2 budak ni walaupun die tak akan berkata dari mulutnya tapi jauh di hatinya akan berasa juga (tiba2 teringatkan anak saya, pantang betul Dedet die balik lambat atau keluar out station pasti riuh tanya tentang status Dedet dowang)..Ni apa yang teacher tu cerita kat saya lah....Hmmm...ni antara contoh cerita perkahwinan bermadu tapi yang melaluinya begitu perit bak hempedu...

Tapi takdelah semua cerita perkahwinan bermadu itu hempedu..
Ada juga yang nampak bahagia boleh tinggal serumah lagik (oooh plisss)
Pokok pangkal memang terletak pada suamilah sebagai ketua keluarga...
Nampak macam hebat kahwin ramai tapi tanggungjawab yang dipukul begitu berat dan besar..
Bagaimana nak menghargai "keREDHAan" dari isteri yang dulu berpegang teguh dengan kalimat "moga cinta yang dibina dibawa sehingga jannah"...

Kalau tanya saya ya pasal bermadu ni..
Erkk.."Idak ler REDHA"...hahahahahah
tiba2 terasa nak masuk kelas silat gayung, buat persiapan...buahahahaha
Tak Semuanya Madu Itu Manis Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 09, 2013 Rating: 5

6 comments:

  1. Tu la kan..batu 3 thn
    Ada org lebih lama dr tu
    Pcaya la pada rezki allah kan
    Sy pon tak redho hahs

    ReplyDelete
  2. love this article written by you. tapi ye lah.. kite nak cakap pun kite ni orang luar, tapi dia artis, tak banyak sikit kite akan perkatakan..

    nak nak kite tahu serba sikit asal usul perkahwainan dia yang baru je menjengah 3 tahun.. 3 tahun is too young for marriage.. orang sendiri kate, susah senang, nak marah nak baik, at least gives urself 5 years in marriage..

    yes madu tak selalunya manis. i believe perempuan banyak memendam rasa. mungkin tahun2 awal perkahwinan, isteri kedua ditatang bagai minyak yang penuh, tapi i percaya, bile masuk tahun suam2 kuku, si suami definitely akan teringat kebaikan isteri pertama dia.. cuma masa yang menentukan..

    apa pun, jujur, i tak relaa u kalau i ade madu huhu

    -ibuemir-

    ReplyDelete
  3. may be setiap org ada citer masing2 di sebalik kehidupan rumah tangga masing2..
    rasanya tak de manusia bernama wanita normal yg sanggup berkongsi kasih dgn perempuan lain..
    tapi fitrah lelaki dan perempuan berbeza..lelaki boleh mencintai lebih seorg wanita dlm satu2 masa..
    kita hanya mampu mendoakan yg terbaik..
    kdg2 perempuan tak de byk pilihan..kalau isteri pertama..sama ada bermadu atau bercerai (and miss x dlm my blog entry) memilih utk bercerai
    and isteri kedua pula, may be dh tak jumpa org bujang lain, so sama ada bermadu atau jd andartu..
    emmmm
    moga2 kita tidak diuji dgn ujian yg kita tidak mampu utk menanggungnya..amiin

    ReplyDelete
  4. sebab itu ila percaya kalau lelaki tue tak payahla nak baik sangat dengan anak dara.. or perempuan lain.. kenalah jaga diri batas diri.. ingat sikit diri tue dah beranak pinak..nie rujuk citer kak ayu yg pensyarah tue rapat dgn student yg jadi wife no 2 tue.. wife pun kenalah tengok2 & aleart sikap suami tue sebelum nasi jadi bubur.. tak payahla seolah nak mengalakkan suami tue rapat samapi amik anak dara ajar anak tuisyen etc etc... tapi kekadang kita s wife adah cuba buat semua tue kalau lelaki tue mmg simpan niat kawin lebih mmg kawin jugak :)

    ReplyDelete
  5. baru 3 thn kut..kalau kite ade kat tmpt isteri ashraf mesti sedih sgt3...alasan nak kene madu sbb xdpt bg zuriat..boleh gugur hati..sedangkan dulu kite before preganant asyik org tanye bile lg nak ngadung la ape la mesti sentap2..inikan plak kalau suami sendri yg bangkitkan isu nak kawen lain sbb nak anak...moga isteri die kuat...

    ReplyDelete
  6. Sy redha je... miahahahaha... ok2... kang tak pasai2 cik bedah suruh tidoq luar bilik kohkohkoh... on a more serious note, busuk2 cik bedah tetap my 1 & only cik bedah dunia akhirat.. insyaAllah...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.