Temasya Aneka Hidupkan Aneka Walk dengan 18 Acara Menarik Hingga Penghujung 2026
Aneka Walk di SA Sentral bakal menjadi destinasi gaya hidup dan hab kebudayaan yang lebih meriah menerusi Temasya Aneka, sebuah acara prebiu khas yang memperkenalkan 18 acara menarik sehingga penghujung tahun 2026.
Dianjurkan oleh KRU Entertainment, Temasya Aneka menghimpunkan pelbagai pengisian termasuk muzik, seni, budaya, gastronomi, hiburan serta aktiviti keluarga dan komuniti. Inisiatif ini dilihat sebagai langkah baharu untuk menghidupkan suasana di Aneka Walk Shah Alam dan menawarkan pengalaman berbeza kepada pengunjung sepanjang tahun.
Menurut Dato’ Norman Abdul Halim, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment, pengisian acara secara konsisten merupakan antara strategi utama bagi memastikan Aneka Walk sentiasa mempunyai tarikan baharu untuk dikunjungi.
18 Acara Menarik di Aneka Walk 2026
Aneka Walk Shah Alam, Temasya Aneka 2026, acara Shah Alam 2026, aktiviti menarik Shah Alam, festival Shah Alam, Kayangan Hikayat Nusantara, AnekaRasa, KRU Entertainment, acara keluarga Shah Alam, tempat menarik di Shah Alam.
Sebanyak 18 acara Temasya Aneka 2026 telah dirancang dengan konsep dan sasaran pengunjung yang berbeza, menjadikan Aneka Walk sebagai lokasi yang sesuai untuk pelbagai golongan. Antara acara yang bakal berlangsung termasuk:
Antara tarikan yang paling dinanti-nantikan ialah Kayangan, sebuah pengalaman eksklusif yang menggabungkan persembahan budaya dengan sajian tradisional Melayu yang dikurasi oleh Dato’ Chef Zam.
Persembahan sulung bertajuk “Hikayat Nusantara” membawa pengunjung menyelami sejarah dan budaya Nusantara menerusi gabungan penceritaan, persembahan langsung, muzik, tarian, visual serta pengalaman gastronomi.
Kayangan akan berlangsung secara mingguan dengan tiga sesi setiap minggu pada malam Jumaat, Sabtu dan Ahad, bermula 4 September hingga 27 Disember 2026.
Program ini turut menyasarkan masyarakat tempatan, pelancong domestik dan pelancong antarabangsa, sekali gus berpotensi menjadi salah satu produk pelancongan budaya baharu di Shah Alam.
Aneka Walk Destinasi Gastronomi dan Komuniti
Selain acara, Temasya Aneka turut memperkenalkan barisan penyewa terawal yang bakal memperkukuhkan sektor gastronomi di Aneka Walk.
Antaranya ialah Kek Lapis Warisan, yang mengetengahkan kek lapis sebagai produk warisan tempatan, serta KRU Café, yang bakal membuka outlet pertamanya di Aneka Walk.
Dengan gabungan makanan, hiburan, budaya, muzik, aktiviti keluarga dan komuniti, Aneka Walk dijangka menjadi antara lokasi baharu yang menarik untuk dikunjungi di Shah Alam.
Jangan Lepaskan Acara Aneka Walk 2026
Daripada festival makanan dan muzik hinggalah cosplay, e-Sports, motosikal, aktiviti kanak-kanak dan jualan mega, Temasya Aneka 2026 menawarkan pelbagai pilihan untuk pengunjung sepanjang September hingga Disember.
Jadi, jika anda sedang mencari aktiviti menarik di Shah Alam, Aneka Walk boleh dimasukkan dalam senarai destinasi untuk dikunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan.
Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai jadual acara, promosi dan aktiviti di Aneka Walk, kunjungi www.anekawalk.com atau ikuti platform media sosial rasmi Aneka Walk.

- Kayangan – persembahan budaya dengan sajian tradisional Melayu
- AnekaRasa “Warisan” – festival makanan dan minuman tradisional
- Rockustik – festival muzik rock akustik
- Super Universe – festival cosplay adiwira tempatan dan antarabangsa
- Art & Bloom Market – jualan barangan terpakai dan vintaj
- AnekaRasa “Fast & Delicious” – festival snek dan makanan segera
- Freestyle – festival muzik hip hop
- Game On! – expo sukan dan e-Sports
- Explorers – karnival hobi dan aktiviti luar
- Superbikes – expo motosikal berkuasa tinggi
- AnekaRasa “Taj Mahal” – festival makanan halal India
- Sentral Jazz – festival muzik jazz
- Kids Fest – pesta kanak-kanak
- Property+ – expo hartanah
- AnekaRasa “Creamilicious” – festival aiskrim, coklat dan pencuci mulut
- Hallyu Jamm – festival muzik K-Pop
- Hingga Ke Jannah – ekspo perkahwinan Melayu
- Aneka Mega Sale – jualan mega penghujung tahun
Antara tarikan yang paling dinanti-nantikan ialah Kayangan, sebuah pengalaman eksklusif yang menggabungkan persembahan budaya dengan sajian tradisional Melayu yang dikurasi oleh Dato’ Chef Zam.
Persembahan sulung bertajuk “Hikayat Nusantara” membawa pengunjung menyelami sejarah dan budaya Nusantara menerusi gabungan penceritaan, persembahan langsung, muzik, tarian, visual serta pengalaman gastronomi.
Kayangan akan berlangsung secara mingguan dengan tiga sesi setiap minggu pada malam Jumaat, Sabtu dan Ahad, bermula 4 September hingga 27 Disember 2026.
Program ini turut menyasarkan masyarakat tempatan, pelancong domestik dan pelancong antarabangsa, sekali gus berpotensi menjadi salah satu produk pelancongan budaya baharu di Shah Alam.
Aneka Walk Destinasi Gastronomi dan Komuniti
Selain acara, Temasya Aneka turut memperkenalkan barisan penyewa terawal yang bakal memperkukuhkan sektor gastronomi di Aneka Walk.
Antaranya ialah Kek Lapis Warisan, yang mengetengahkan kek lapis sebagai produk warisan tempatan, serta KRU Café, yang bakal membuka outlet pertamanya di Aneka Walk.
Dengan gabungan makanan, hiburan, budaya, muzik, aktiviti keluarga dan komuniti, Aneka Walk dijangka menjadi antara lokasi baharu yang menarik untuk dikunjungi di Shah Alam.
Jangan Lepaskan Acara Aneka Walk 2026
Daripada festival makanan dan muzik hinggalah cosplay, e-Sports, motosikal, aktiviti kanak-kanak dan jualan mega, Temasya Aneka 2026 menawarkan pelbagai pilihan untuk pengunjung sepanjang September hingga Disember.
Jadi, jika anda sedang mencari aktiviti menarik di Shah Alam, Aneka Walk boleh dimasukkan dalam senarai destinasi untuk dikunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan.
Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai jadual acara, promosi dan aktiviti di Aneka Walk, kunjungi www.anekawalk.com atau ikuti platform media sosial rasmi Aneka Walk.
Temasya Aneka Hidupkan Aneka Walk dengan 18 Acara Menarik Hingga Penghujung 2026
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 21, 2026
Rating:
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 21, 2026
Rating:

No comments:
Sharing is caring...