Bufet Ramadan SACC 2026 Kembali Dengan Tema “Citarasa Orang Kita” Bermula 19 Februari

Shah Alam Convention Centre (SACC) sekali lagi menghangatkan suasana Ramadan dengan memperkenalkan bufet istimewa bertemakan “Citarasa Orang Kita”, yang akan berlangsung bermula 19 Februari hingga 18 Mac ini.


Bufet Ramadan SACC 2026 ini menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang sarat dengan rasa nostalgia, warisan dan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia.


Citarasa Tradisi Lambang Perpaduan
Tema Citarasa Orang Kita mengetengahkan kepelbagaian hidangan tradisional hasil perpaduan pelbagai kaum yang telah lama hidup bersama secara harmoni. 


Ia menjadi simbol penyatuan rasa dan budaya dalam satu pengalaman berbuka puasa yang penuh makna, selari dengan semangat Ramadan yang mengeratkan silaturahim.


Lebih 100 Menu Tradisional & Antarabangsa
Dipasak oleh barisan chef berpengalaman SACC, lebih 100 pilihan sajian bakal memikat selera pengunjung. Antara menu utama yang dijangka menjadi kegemaran ramai termasuk:
  • Ikan Masak Lemak Kacang Buncing
  • Paru Tumis Pedas
  • Chong Qing Spicy Chicken
  • Thai Beef Green Curry
  • Creamy Salted Egg Prawn
  • Pajeri Bombay 

Turut menjadi tarikan utama adalah dua menu signature eksklusif tahun ini, iaitu Kambing Kebuli dan Nasi Ambeng SACC, yang wajib dicuba oleh peminat hidangan tradisi.


Pelbagai Gerai Sajian Menarik
Bagi melengkapkan pengalaman berbuka puasa, SACC turut menyediakan pelbagai gerai sajian istimewa seperti:
  • Mee Kari Nyonya
  • Laksa Utara
  • Teppanyaki
  • Sup Periuk
  • Pad Thai
  • Pasta
  • Kebab & Shawarma 


Pilihan yang pelbagai ini sesuai dinikmati seisi keluarga, rakan-rakan mahupun majlis berbuka puasa korporat.


Harga Bufet Ramadan SACC 2026
Harga bufet Ramadan ditawarkan pada kadar berpatutan:
Dewasa: RM106 nett
Kanak-kanak (6–12 tahun): RM55 nett 


Tempahan awal amat digalakkan bagi memastikan keselesaan dan mendapatkan slot berbuka puasa pilihan.

Maklumat & Tempahan
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, hubungi 03-5511 8858 atau layari semua platform media sosial rasmi @shahalamconventioncentre.


Bufet Ramadan SACC “Citarasa Orang Kita” bukan sekadar hidangan, tetapi satu perjalanan rasa yang meraikan budaya, tradisi dan kebersamaan sepanjang bulan Ramadan.

Bufet Ramadan SACC 2026 Kembali Dengan Tema “Citarasa Orang Kita” Bermula 19 Februari Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 21, 2026 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.