Kipas Siling INOVO Yang Elegan Mencantikkan Lagi Ruang Kediaman

Kipas Siling INOVO Yang Elegan Mencantikkan Lagi Ruang Kediaman- Rumahku Syurgaku. Tidak dinafikan setiap orang memang mengimpikan rumah yang bukan sahaja berfungsi sebagai tempat perlindungan bahkan dapat memberi keselesaan. Saya sendiri suka berada di rumah jika tidak perlu untuk keluar kerana tugasan. Jadi bagi memberi mood baik untuk diri dan ahli keluarga, saya akan berusaha menambaik kecantikan dekorasi didalam rumah.

Salah satu caranya ialah memasang kipas yang cantik di bahagian kegemaran keluarga iaitu ruang tamu. Dan kali ini saya telah memilih kipas siling INOVO X90.


Kenapa saya memilih kipas INOVO X90?

Untuk pengetahuan INOVO merupakan jenama tempatan yang menawarkan kipas siling dengan harga yang sangat berpatutan. Seiring dengan kualiti terbaik ianya juga produk inovatif yang memenuhi citarasa pengguna.

Dengan menggunakan konsep Penambahbaikan Berterusan Jepun; Kaizen, INOVO begitu komited untuk terus menambah baik produknya dan berdaya saing dalam setiap penyelidikan yang dilakukan. Tidak hairanlah INOVO telah dianugerahkan dengan  PKS The BrandLaureate 2018-2019 dan mendapat Anugerah JENAMA TERBAIK (Penyelesaian Elektrik & Elektronik)

Antara ciri hebat INOVO X90 adalah seperti berikut:-
  • Rekaannya sangat cantik dan versatil (saiz :1422MM (56") /1067MM (42")
  • Ditawarkan untuk 5 bilah ABS (boleh memberi udara yang sangat sejuk dan selesa)
  • Ada 5 kawalan kelajuan
  • Udara yang senyap dan semulajadi
  • Motor berkelajuan tinggi (Full Copper Motor)
  • Alat kawalan jauh yang mempunyai pemasa
  • Operasi secara senyap
  • Ditawarkan dengan 2 warna iaitu hitam dan putih
  • Proses pemasangan yang cekap
  • Waranti sehingga 3 tahun*
  • Jimat elektrik :)  Voltage AC110V-270V.
*Comes with 3 years product part and 3 years on site warranty for its selected Model *** T@C APPLY -Purchases just need to register online for and additional 2 years of warranty (1+2 Years) - This includes 3 years of AC Motor Warranty and 5 Years of DC Motor Warranty


Pemasangan yang pantas dan efisien

Proses menanggalkan kipas lama dari siling

Kipas lama saya hanya mempunyai 4 bilah. Sudah menggunakan agak lama juga iaitu hampir 8 tahun. Jadi rasanya sudah tiba masanya saya menukarkan kepada kipas yang baru. Jadi apabila saya menemui kipas siling INOVO, saya cukup tertarik dengan kualiti dan harganya. Sangat berpatutan ya!


Setelah temujanji dilakukan pekerja INOVO datang untuk proses pemasangan. Staff yang datang turut diberi penerangan ringkas tentang produk yang saya pilih. 

Memang cekap dan bagus servis dari INOVO. Lebih menyakinkan saya staff yang terlibat memang cukup faham dan jelas tentang teknologi INOVO. Jadi apabila dikongsikan bersama saya sebagai pelanggan memang memberi keyakinan dan kepuasan.

Pemasangan sangat cepat dan efisien. Tidak sampai 40 minit kipas sudah siap dipasang.

Beberapa kali diuji terlebih dahulu.  Bagi memastikan produk dipasang dengan betul dan sekaligus memberi kepuasan kepada pelanggan.


Kipas Siling INOVO Yang Sangat Elegan!

Fuh! Warna hitam memang sangat menyerlah dengan ada gaya elegan yang tersendiri. Mencantikkan lagi ruang tamu yang bukan sahaja menjadi kegemaran kami sekeluarga bahkan tetamu yang datang berkunjung.

Paling best! Putaran bilahnya yang sangat padu. Tidak ada bunyi langsung sememangnya memberikan udara sejuk semulajadi yang hebat. Model kipas siling INOVO ini juga didatangkan dengan motor yang bertenaga efisien yang dapat memberi impak yang minimal pada bil elektrik. Menarikkan!

Didatangkan bersama alat kawalan jauh yang mempunyai pemasa sehingga 5 kelajuan. Dan juga kita boleh menetapkan masa untuk 1 jam, 3 jam mahupun 6 jam.



Cuaca di Malaysia agak sukar untuk dijangka.Jadi sememangnya sangat perlu untuk kita mendapatkan kipas bagi keselesaan. Melabur dalam membeli kipas siling mempunyai banyak kebaikan terutama jika memilih daripada jenama yang terbaik seperti INOVO.


Saya dah guna dan memang puas hati. Anda tak nak pasang kipas siling  INOVO jugakke? Hehehe

Boleh dapatkan dari pengedar sah  INOVO. Untuk maklumat lanjut, boleh layari  https://www.Inovo.my

Kipas Siling INOVO Yang Elegan Mencantikkan Lagi Ruang Kediaman Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 29, 2021 Rating: 5

13 comments:

  1. Yes, this fan looks beautiful and elegant. It makes your living room looks sophisticated. Thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
  2. kalau nak beli kipas mmg perlu pilih yang betul2...especially motor kipas tu.. kalau salah pilih mmg kejap je kipasnya laju nnt xsampai setahun dah slow.tq sharing...

    ReplyDelete
  3. Cantik kipas tu, ada lima bilah mesti angin dia kuat. Boleh tetapkan masa tu menarik. Bagus feature tu .Boleh jimat letrik jugak hehe

    ReplyDelete
  4. Cantik jugak design dia. Tak sabar tunggu pindah rumah nanti kte try jugak kipas ni

    ReplyDelete
  5. Best nya ada kipas baru.. ada 5 kelajuan pulak tu. Kompem tak panas .. bole la kita nak beli jugak nanti

    ReplyDelete
  6. Menarik gak nie kalau suruh mak pasang kat ruang tamu kat kampung. Kang anak cucu tidur berlambak, takde kepanasan sangat kan

    ReplyDelete
  7. Ooo 4 bilah laju juga yaa? Lama juga tak ganti kipas rumah, boleh laa survey brand ni..

    ReplyDelete
  8. Memang best kalau ada kipas baru time cuaca panas panas macam ni.

    ReplyDelete
  9. wow mega nya rumah dia lepas ni ada kipas baru. kipas ni salah satu benda yang tak rugi kite invest sebb memang pakai kan? bleh la survey brand ni utk rumah baru

    ReplyDelete
  10. Wahhh ni siap ada kawalan sampai 5 speed ya.. selalunya max tengok 3 jer.. hurm, boleh consider ni kan kalau nak install kipas siling nanti..

    ReplyDelete
  11. Wow looks really good this brand new ceiling fan with 5 speed fans. The design looks elegant as well thanks for the recommendations.

    ReplyDelete
  12. napa tengok ramai yang tukar kipas ni.. tak aci ni nak kenta tgk jugak . mmg nampak comey and stylo kan

    ReplyDelete
  13. uihh ada 3 tahun warranty yer ,bagusss. Nanti nak tunjuk kat husband kot2 dia berkenan nak tukar kipas kat ruang tamu ni dengan kipas Inovo pulak. Warna hitam memang nak elegan.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.