Majlis Pembukaan Butik Haqqi (Relocation) di Bangi Sentral

Pada 20 Febuari 2020 saya telah menghadiri ke pelancaran Butik Haqqi yang bertempat di Bangi Sentral Selangor. Ini adalah sebenarnya Butik Haqqi yang telah berpindah ke lokasi baru yang juga terletak di kawasan Bangi.

Kawasan yang begitu strategik, memudahkan untuk pengunjung mencari keperluan/kelengkapan umrah dan haji serta pakaian berfesyen muslim dan juga muslimah. Untuk pengetahuan semua sehingga kini Butik Haqii sudah mempunyai 4 cawangan iaitu di Shah Alam, Terengganu, TTDI Kuala Lumpur dan juga Bangi.

Kerjasama Haqqi dan Koperasi Tabung Haji

Di majlis ini juga telah berlangsungnya perjanjian usahasama dianatar pihak Haqqi dan juga Koperasi Tabung Haji. Di mana pihak Haqqi telah diberi tanggungjawab sebagai salah satu jenama yang dapat membekalkan kelengkapan klepada masyarakat Islam yang ingin mengerjakan umrah mahupun haji. Pemasaran untuk projek kelengkapan umrah dan haji ini bukan hanya disasarkan kepada hanya pasaran di Malaysia sahaja bahkan bakal menembusi luar negara juga.

Syabas Haqqi atas pencapaian ini :-)

Perancangan 2020 Di BAwah Pengurusan Baru Dr Fitri Haris

Untuk tahun 2020 ini, pengurusan baru Haqqi akan diterajui oleh Dr Fitri Haris yang mana kita ketahui sebelum ini telah menjadi Duta untuk jenama Haqqi selama setahun. Dan juga mendapat penajaan dari label Haqqi sepanjang beliau terlibat didalam pertandingan Gema Gegar Vaganza (GGV).

Di bawah pengurusan baru Haqqi yang diterajui oleh Dr Fitri Haris juga akan berkerjasama dengan pihak Koperasi Tabung Haji untuk meluaskan lagi pemasaran label Haqqi ini agar lebih dikenali samada di Malaysia mahupun negara-negara luar.

Apatah lagi, Haqii kini juga mendapat sokongan padu daripada golongan selebriti tempatan dan juga ahli ulamak yang sememangnya cukupterkenal dalam industri masing-masing. 

Butik Haqqi Bangi Menawarkan Pelbagai Tawaran Menarik

Sempat juga saya window shopping di Haqqi Bangi. Banyak juga pilihan pakaian berfesyen muslim dan muslimah yang cantik dan menarik. Apatah harga yang ditawarkan cukup murah dan sangat berpatutan.

Ada pakaian untuk kanak-kanak, pakaian dewasa lelaki dan perempuan tau!





Begitu juga dengan kelengkapan umrah dan haji. Kita boleh bawa check list persiapan barangan yang diperlukan. Dan di satu bumbung, kita boleh pilih sahaja barang apa yang diperlukan. Mudah dan murah!


Oh ya! Dah alang2 berbelanja jangan luipa untuk sertai Peraduan Beli & Menang di Haqqi. Syaratnya dengan hanya berbelanja RM250 (min), korang akan diberi satui kertas cabutan bertuah. Manalah tahu ada rezeki menang salah satu hadiah yang ditawarkan :-)

Muka bahagia dapat berbelanja,
Di Butik Haqqi macam-macam ada,
Kelengkapan umrah dan haji serta baju raya,
Promosi menarik jimat berganda-ganda!

jom ke Haqqi Bangi!!
Majlis Pembukaan Butik Haqqi (Relocation) di Bangi Sentral Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 21, 2020 Rating: 5

14 comments:

  1. Lokasi baru ke you? Memang tempat yang sama kat Bangi Sentral ni. Corner lot tempat dia. Dekat dengan Tasik Cempaka. Dah lama juga kat sini.

    ReplyDelete
  2. Yup. dulu selalu je dengar namanya, then tahun lepas baru dapat pergi butiknya dan Sis ada beli sepasang bajunya..selesa pakai sampai sekarang..

    ReplyDelete
  3. Wow!!!!!!! The collections looks lovely. All the best to Butik Haqqi. Thank you for sharing your story. Hope you had fun shopping at Butik Haqqi

    ReplyDelete
  4. Wah meriahnya ramai yg pergi pelancaran ni sungguh pun jauh. Ni nak dekat puasa dan Raya ni mesti ramai nak g awal ni.

    ReplyDelete
  5. cantik-cantik pakaiannya, banyak pulak tu pilihan design dan warna..boleh buat baju raya jugak ni! jeles tengok sisturr berbelanja dengan penuh kebahagiaannnnn

    ReplyDelete
  6. Semoga butik Haqqi terus maju jaya dengan kerjasama dengan pihak Tabung Haji dan dibawah pengurusan baharu. Mesti kedai baru ni lebih luas dan selesa untuk shopping

    ReplyDelete
  7. Wah bagusnya kerjasama TH dengan Haqqi tu... senangla orang yang nak ke Mekkah untuk menunaikan Haji/Umrah nanti. Cari kelengkapan pakaian kat sini saja kan.- Blog Sofinahlamudindotcom

    ReplyDelete
  8. Cantiknya collection baju. nanti saya akan recommend dekat kawan-kawan saya.

    ReplyDelete
  9. Fesyen baju dari butik Haqqi ni canyik cantik juga. Nak cari jeperluan umrah dan haji pun mudah. Harap butik Haqqi akan terus maju dan berkembang di seluruh negeri. Kalau ada di Seremban pun bagus juga.

    ReplyDelete
  10. Tak pernh lagi shopping dekat butik Haqqi ni.. Banyak pilihan baju ye..tahniah untuk lokasi baru.. Kot nanti bolrh usha utk raya nanti ke

    ReplyDelete
  11. o fitri yang jadi duta label ni. makin ceria nampak dia skrg, lepas berumahtangga. cantik2 gak fashion haqqi ni

    ReplyDelete
  12. bestnya memborong sakan dekat sana! Tak pernah pulak tahu butik Haqqi ni ada dekat Shah Alam, boleh singgah nanti kalau nak beli barang persiapan umrah!

    ReplyDelete
  13. Thanks for the intro! Will drop by to browse through their collections nnt

    ReplyDelete
  14. Tahun ni nak borong baju Haqqi pulak la. Sedap baju dia. Sekarang kat bangi senang nak pergi nanti.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.