Pengalaman Shooting Untuk Rancangan Resepi Power #DapurEra


Tahun 2019, antara kenangan manis yang tidak dapat saya lupakan adalah berpeluang 'shooting' bersama Beras Era. Sebenarnya ini antara peraduan yang join atas ajakan kawan comper tersayang Zarina Ismail. Sebenarnya nak sertai peraduan ini kena sertai 'audition' terlebih dahulu di Sri Pentas TV3. 

Mula-mula memang slot untuk peserta audition dah penuh. Tapi nak dijadikan cerita 'last minute' ada seorang peserta tarik diri. Saya tak sure berapa orang peserta yang menyertai 'audition' semuanya. Sebabnya ianya berlangsung selama 2 hari dan untuk setiap hari ada banyak sesi, serta dalam satu sesi ada banyak peserta. See..bunyi macam complicated sangat kan!


Hahahahah..

So masa saya datang 'audition'..memang saya datang bawa barang ala-kadar jer, hahaha. Berbanding dengan peserta lain memang cukup beria dan bersedia. Tapi sebab saya pertaruhkan nasi goleng ala planta. resepi sangat mudah. Dengan menggunakan beras Era yang memang dah sedap dan tarikan ramuan lebih kepada udang kering, telur dan cili api. Sebab masakan ini memang antara feveret anak2 waktu nak cepat ataupun darurat.

Lepas masak, ada sesi temubual lagi dengan produksi. Sebab dia nak tahu kita boleh ke tidak bercakap depan kamera. Dan calon yang dipilih kena pandai masak seperti nasi lemak, nasi tomato, nasi kerabu dan pelbagai lagi.

Secara ringkasnya, setelah melalui beberapa fasa akhirnya saya pun terpilih. Tak sure berapa orang semuanya. Tapi hidangan yang saya kena masak dalam tempoh 1 jam adalah nasi tomato.

Call time pukul 7.30pagi. Mujur lokasi 'shooting' berdekatan dengan rumah. Jadi tidaklah mengelabah sangat sebab pagi2 kena uruskan anak ke sekolah. Tapi nak dijadikan cerita Dedet poula ada meeting penting di pagi hari kejadian. Dahla saya memang wajib bawa dedet ke set sebab ada slot khas untuk dia. hahahah. Panik kejap.

Cantik dan besarkan rumah yang dipilih untuk shooting. Tuan rumah memang deko khas untuk shooting mana-mana rancangan rasanya. Sebab bahagian bawah memang khas untuk disewa.

Ngam-ngam dedet sampai saya tengah bz shooting masak. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun pada awalnya rasa nervous giler, seb baik dipermudahkan. Sebab memang masa sahut cabaran pertandingan ini, saya memang tanam niat masak sehabis baik dan untuk rasai keseronokan berperang masak-masak dengan pihak lawan jer. Kalah menang belakang kira. Paling penting kita dah buat sehabis baik, heheh.

Sebenarnya untuk setiap episod ada satu resepi. dan resepi ini kena disediakan oleh peserta dalam tempoh 1 jam. Bahan utama tentulah Beras Era. Jika kita menang untuk cabaran itu kita akan dapat RM2000. Tetapi dengan sertai pertandingan ini secara automatik kita akan dapat RM500 berserta dengan hadiah iringan iaitu produk Era selama setahun (tapi dah convert ke voucher Giant RM1200, rezeki betul hehehe).

Aksi Dedet dalam satu segmen yang mana beliau kena rasa, tutup mata dan undi masakan isteri masing-masing. hahahaha.

Bersama MUA yang mencantikkan saya di hari kejadian. TQSM laling!!

Antara bahan yang digunakan untuk hidangan nasi tomota saya. Sebenarnya ada banyak lagi. Tapi sebab shooting masak nak start tak bolehlah beria bergambar ekekeke.

Tada!!!! Setelah sejam berhempas pulas, hikhik...

Segmen last. Kena makan bersama suami masing-masing dan juga Izzue Islam. Peramah hokeh Izzue. Boleh borak-borak santai. Izzue memang jadual dia padat giler. Rezeki tahun 2019 banyak projek masuk hehe.


Sempat juga bergambar dengan Awin isteri kesayangan Izzue. Sempoi juga orangnya. Tak sombong langsung.

Awin ni memang peneman setia Izzue ke mana sahaja. Merangkap pengurus peribadi juga pada Izzue Islam.

So kalau korang nak tengok episod saya memasak dengan Aida. Boleh klik pada video di atas.

Apapun terima kasih sangat buat Beras Era, team produksi, Aida dan suami dan juga Dedet. Kita memang seronok sangat hari itu kan Aida? Heheh. Walaupun pertama kali kenal Aida, tapi bila dah start berborak macam dah kenal lama. Hiks

Syukur alhamdulillah atas rezeki yang manis-manis ini :-)

Pengalaman Shooting Untuk Rancangan Resepi Power #DapurEra Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 10, 2020 Rating: 5

19 comments:

mama tisya said...

tahniah ayu...masyukkkk 2k...lps tu dpt voucher giant lg...tringat dlu2 time masak2 ngan chef ismail shooting masak2

MR QAMAR said...
This comment has been removed by the author.
Siti Awadah said...

Tahniah kak ayu.. bukan senang nak dpt peluang macam tu,.. rezeki! Tengok menu nasi tomato terus rasa lapar.. hehe

Ezna said...

Tahniah Ayu menang. Sempoi bebeno isteri Izzue Isley. Selalu isteri retis ni selalu jaga penampilan nak lawa2 je....sempoi2 tak nak. Tengok isteri Izzue, Awin ni sempoi je. Nak approach pun kita takde la segan sangat.

Puan Hazel said...

Alhamdulillah tahniah!
Bukan calang-calang orang ni boleh memasak depan camera & within a time limit. Well done sis!

Farhana Jafri said...

Bestnya dapat jumpa Izzue dengan Awin, both of them memang peramah! Nampak sedap nasi tomato akak, best la dapat masuk TV nanti. MUA pun did a great job. Boleh halo2 nanti

Bro Framestone said...

Amboi kak... Hampir tak cam itu akak hahahah....

Nak pakai PA tak lepas nie... hahahaha Jangan risau, PA yang nie pun pandai masak juga kak

Sis Lin said...

Wow hebat Ayu..bukan biasher-biasher ni...
Peluang yang ada depan mata jangan di tolak kan, tu namanya rezeki...

Cik Puan Ena said...

Tahniah sis rezeki beraksi depan camera. Bukan senang tu masak sambil berceloteh. Memang berbakat

Hanny Abdullh said...

Fuhhh nampak gaya kena berguru masak dengan ayu ni. Bila leh datang belajar ni..:D. Apa2 pun tahniah ya Ayu, bertuah betul ayu ni

Nadia Johari said...

Hehehe..nad dapat tengok..masa namapk tu wah..lain nor kak ayu uiitt..menang kan masak ni..terbaikla...

Marina Bashah said...

Dapat masuk tv. Aeris gitu. Tahniah menang memasak. Marina kebetulan tengok tv time rancangan ni. Siap bagitau husband yang tu blogger. Hehe

Umi Nazrah said...

alhamdulillah tahniah. pengalaman terindah ni ^_^

Cik Min said...

Heyyy bangga kite ada kawan retis tau! Siap masak-masak masuk tv hehe tahniah kak ayu

Duan Deris said...

Wah cantiknya rumah tempat shooting. Berkenan betul dengan pintu & tingkap tu

Aerill Hassan said...

Seronoknya dapat join rancangan macam ni. Masak-masak dalam TV! Tahniah ya sis :)

Alia Farhan said...

Wah tahniah kak... Dapat masuk tancangan mcm ni.. Kalau saya mesti menggelabah dah... Huhuhu.. Ada darah gemuruh macam saya ni mesti payah nak masuk menda2 mcm ni

RAIHANAH AHMAD said...

Alhamdulillah tahniah ya. banyak pengalaman dah tu, plus meletop2 la lepas ni orang cari

Ruby said...

Cantiknya akak bila dah mekap tuuu. Hehehe. Pengalaman masuk rancangan camni memang salah satu perkara yg kita cabar diri kita. Well done kak!

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.