Jom Dapatkan YAMAZEN Kipas Elektrik Pintar Di AEON

Bagi saya antara peralatan elektrik yang perlu ada di rumah adalah kipas. Ini memandangkan dengan cuaca di Malaysia yang juga adakalanya panas dan lembap, jadi kita perlukan sokongan angin atau pengudaraan yang boleh memberi lebih keselesaan.

Untuk pengetahuan korang, AEON Co (M) Bhd telah memperkenalkan satu jenama inovasi kipas yang cukup menarik -YAMAZEN Touch Stop Electric Fan! Dan sebenarnya jenama YAMAZEN ini sememangnya sudah cukup popular di negara Jepun. Ianya kipas elektrik pintar yang sangat praktikal dan juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.

Saya juga sempat melihat demonstrasi penggunaan kipas daripada Encik Ichiro Komai, Ketua Bahagaian 'Hardline'. Dan memang saya kagum giler! Semudah ABC bagaimana kita boleh mengawal kelajuan pengaliran udara yang mampu memberi keselesaan dan lebih rasa nyaman. Terdapat 3 kuasa pengudaraan yang diawarkan iaitu -low, medium dan strong. Paling menyeronokkan kita boleh mengawalnya melalui penggunaan 'remote controller'. Sangat praktikalkan!

Ada 3 warna  yang korang boleh pilih iaitu samada warna cerah (clear), biru dan juga 'sand gold'. Bilah kipas ini adalah daripada plastik dan terdapatnya 5 bilah. Dan disebabkan itu apabila kita 'on' sahaja kipas ini, memang sangat tenang bunyinya (vibration) tanpa mengeluarkan sebarang bunyi yang kuat.

Seperti saya tentulah keutamaan lebih kepada keselesaan keluarga. Memandangkan saya mempunyai anak-anak yang masih kecil, jadi saya perlu memastikan perkakasan elektrik di rumah sentiasa selamat digunakan. Ternyata YAMAZEN  Touch Stop Electric Fan memang memenuhi kriteria tersebut :-)

Bayangkan kipas ini akan secara automatk berhenti berpusing, apabila kita menyentuh samada di bahagian depan atau kipas tersebut. Ini kerana kipas YAMAZEN ini mempunyai ciri-ciri 'child lock safety sensor'. Jadi kita tidak perlu risau jika secara tiba-tiba anak kecil datang berdekatan kipas tersebut. Dan kipas ini akan bergerak semula setelah 15 saat ianya berhenti. Memang best! Antara ciri-ciri kipas yang sememangnya ibu-bapa moden hari ini inginkan.

Dengan angin jenis berirama (natural rhythm style wind) yang ditawarkan dapat memberikan lebih lebih keselesaan dan penyejukkan sekaligus menjadikan waktu tidur anak lebih berkualiti. Pastinya anak akan tidur lebih nyenyak dan tenang.

YAMAZEN Touch Stop Electric Fan juga menyokong penjimatan elektrik. Dengan adanya ciri 8-jam auto-shutoff, kita boleh menetapkan penggunaan elektrik yang diperlukan dan ianya juga sebenarnya sangat praktikal terutama bagi mereka yang sering lupa untuk menutup kipas ketika keluar daripada rumah.


Serius korang kipas YAMAZEN Touch Stop Electric Fan ini memang best dan terbaik. Produk pertama YAMAZEN yang dibawa masuk ke Malaysia ini boleh didapatkan secara esklusif di AEON dan AEON Big seluruh Malaysia. Peralatan elektrik yang mampu milik, memberi lebih keselesaan dan paling penting dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan sememangnya perlu dimiliki setiap keluarga di Malaysia :-)

#YAMAZENONESTOP
Jom Dapatkan YAMAZEN Kipas Elektrik Pintar Di AEON Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 06, 2019 Rating: 5

14 comments:

  1. Menarik kipas ni..ada security..terima kasih kongsi info menarik ni

    ReplyDelete
  2. saw this type of fan before but this brand my first time to know. I glad now got this easy to use and can be nice gift too!

    ReplyDelete
  3. Kipas mcm ni elok utk keselamatan budak kecik. Bagus betul siapa yg invent inovasi mcm ni.. Kalau kipas biasa, jenuh mak jerit jangaaaannn main kipas. Hahaha

    ReplyDelete
  4. Wah menarik bila ada kipas pintar sebegini
    Selamat utk anak anak ...
    Best juga ada remote control gitew..

    ReplyDelete
  5. Pertama kasih sudi review.Lepas ini ada kipas ada ciri-ciri keselamatan memang sesuai dengan kanak-kanak yang aktif

    ReplyDelete
  6. betol betol bijak kipas ni. siap ada remote untuk senangkan. first time tengok kipas stand ada remote.

    ReplyDelete
  7. Senang nya, siap ada remote control lagi,memang bagus utk i yang pemalas ahaks

    ReplyDelete
  8. Wahhhhh. Nur mmg tgh riki-riki juga kipas diri yg best & selamat utk rumah sbb nur ada anak kecik dan dia suka letak jari kt celah2 kipas tu. Plan nak letak kat bilik utk jimat karen sebenarnya. Mana tahu boleh selang seli guna kipas & aircond. Dapat lah jimat sikit kan? Thanks share info. Boleh forward kat suami lah gini :)

    ReplyDelete
  9. Bagi anak main kipas ni mesti dia suka. Elektronik kan best tekan2. Oklah harga pon rm199 not bad jugak. Affordable juga

    ReplyDelete
  10. Bagusnya ada kipas yg selamat untuk yang ada anak-anak kecik. Liez mmg klau boleh xnak beli kipas macam ni sbb risau tangan anak2. Nak marah selalu pun xboleh.. boleh la beli.bg yang afa anak kecil

    ReplyDelete
  11. Child lock safety sensor bagus tu👍 selamat sebab budak2 suka main2 and buat suara dekat kipas😂

    ReplyDelete
  12. Tak sempat lagi nak ke AEON usyar kipas tu. Cun gak kalau beli satu sebab nak letak kat dapur. Biar sejuk je masa nak masak tu kan..hehhe

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.