Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman Penerima Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 Sememangnya Menjadi Inspirasi


Bertemu sendiri dengan perunding kewangan yang cukup popular Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman memang antara impian saya. Apatah lagi beliau antara anak melayu yang telah mencapai kejayaan pada usia yang sangat muda. Rentetan daripada kecemerlangan beliau, tidak hairanlah begitu banyak pengiktirafan yang beliau perolehi seperti Top CEO Award 2004, Youngest Million Dollar Producer, Youngest Agency Manager (CIMB) dan yang terkini Anugerah The Jewels of Muslim World 2019. 

 
Bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bersempena dengan Pameran dan Persidangan Muslim World Biz, saya dan beberapa rakan blogger yang lain  berkesempatan bertemu dan menemuramah sendiri Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman.


Oh ya! Untuk pengetahuan semua Pameran dan Persidangan Muslim World Biz ini adalah anjuran Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Dan tahun 2019 merupakan edisi ke-9 penganjurannya. Antara fokus utama didalam persidangan ini adalah Forum Meja Bulat yang telah mengangkat tema "Fortifying Muslim Youth Leadership in the Face of Adversity" . Selain itu Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 juga merupakan salah satu usaha bagi mengiktiraf kecemerlangan, inovasi dan pencapaian individu bagi meningkatkan ekonomi umat Islam antarabangsa. 

Acara yang berlangsung selama 3 hari bermula daripada 4 hingga 6 September 2019 ini telah menyaksikan kehadiran delegasi daripada pelbagai negara yang terdiri daripada pemain-pemain industri, ahli-ahli perniagaan dan individu-individu yang berhasrat untuk memberi sumbangan dalam dunia keusahawanan dan komuniti Islam global. 

Dalam acara ini juga, Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman yang merupakan pengasas Financial Genius Group (FGG) telah dijemput untuk menyampaikan World Class Talk bertajuk "Fundamental Components to Forge 21St Century Leaders" dihadapan lebih 100 peserta dari 57 buah negara Islam. Sesi penyampaian tersebut telah berlangsung pada 5 September 2019 selama satu jam bermula jam 3:45 petang dan berakhir pada jam 4:45 petang. 

Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman yang juga penerima Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 dan dalam penyampaiannya telah berkongsi beberapa tips penting dan rahsia untuk membentuk pemimpin Abad-21 yang kental, berdaya saing dan mampu mengharungi cabaran dunia hari ini. Untuk pengetahuan semua Financial Genius Group (FGG) dibawah pimpinan Dato Sri Mahadi Badrul Zaman juga turut tidak ketinggalan dalam mengambil peluang ini untuk memperkenalkan organisasi ini kepada umum dengan menyertai pameran yang diadakan. Melalui penyertaan dalam acara seperti ini secara tidak langsung dapat membantu FGG memperluaskan lagi pengaruh dan sayap serta dikenali di peringkat global sebagai organisasi perancangan kewangan terbaik dunia.
Kejayaan Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman sebenarnya boleh dijadikan inspirasi kepada masyarakat Malaysia. Bagaimana beliau mula melibatkan diri dalam dunia kewangan ini bermula pada usia 21 tahun. Sebelum ini Dato' pernah berkhidmat di syarikat konvensional seperti CWA dan Manulife, namun disebabkan beliau begitu berminat untuk bekerja sendiri dan mempunyai cita-cita yang tinggi beliau tekad untuk membuka syarikatnya sendiri iaitu FGG,

16 tahun beliau cekal membangunkan perniagaan dengan pelbagai kejayaan dan cabaran. Namun Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman sentiasa bersikap optimis. Figura hebat ini bukan sahaja mempunyai personaliti yang hebat bahkan penampilan dalam berpakaiannya cukup unik. Ini membuatkan beliau cukup dikenali, apatah lagi sumbangannya didalam dunia kewangan islam yang cukup besar dan banyak membantu masyarakat Islam amnya.

Antara penulisan dan pencapaian Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman yang boleh kita jadikan inspirasi untuk lebih maju terutama pada mereka yang terlibat dalam perniagaan.

Untuk lebih info, boleh layari laman web dan sosial media dibawah :-

Website:
www.mahadibz.com

Facebook:
https://www.facebook.com/fgg.financialgeniusgroup/

Instagram:
https://www.instagram.com/FinancialGeniusGroup

Moga lebih ramai anak muda yang berjaya seperti Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman!
Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman Penerima Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 Sememangnya Menjadi Inspirasi Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 05, 2019 Rating: 5

14 comments:

  1. memang bagus menuntut ilmu dengan yang ahli. nak berbisnes, memang kena banyak belajar selain dari pengalaman sendiri. bab kewangan tu la paling berat sekali nak maintain.huhu.

    itu belum lagi pengalaman turun naik dalam berniaga. hanya orang cekal je mampu bertahan kan..

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat beliau yg cemerlang sehingga mendapat pengiktirafan.
    Memang bukan calang calang orngnya.
    Dan bertuah dapat bertemu dan menemubual beliau.

    ReplyDelete
  3. Ramai betul anak muda yang berjaya sekarang ni dalam bidang keusahawanan yang boleh dicontohi. Yang penting ilmu terisi didada, kalau tak semua benda yang kita inginkan takkan dapat dicapai ..

    ReplyDelete
  4. DATO SRI NI KALAU ORANG TENGOK SEKALI NAMPAK USTAZ ROCK JER HEHEHE TAPI BILA DEKATI HATI NALURI BELIAU SEORANG YANG BUKAN BIASA-BIASA DAN JUGA SATU YANG MEMANG MENJADI IDOLA RAMAI ORANG DALAM DUNIA PERNIAGAAN NI. KITA SUKA TENGOK CARA DATO SRI INI NAMA DAH DEKAT TU HEHEHE DOAKAN KITA YER MOGA SAMA TAHAP GITHUWWW....

    ReplyDelete
  5. Hebat dato mahadi ni. Selalu sharing video motivasi dkt instagram. Selalu jugak nampak kereta mewah yg tampal banyak kereta dulu tu yg viral. Hehe

    ReplyDelete
  6. frst time dengar nama dato ni actually. and first time tengok mukanya juga. huhuu. tak pernah muncul di mana mana ke. mustahil

    ReplyDelete
  7. Tahniah buat dato. Firsr time tahu tentang dato mahadi ni. Sememangnya boleh dijadikan role model. Nak usha la lebih lanjut pasal dato ni. Terima kasih share ya

    ReplyDelete
  8. Tahniah dgn anugerah yg diterima, kak pun first time dgr dato mahadi yg mmg power

    ReplyDelete
  9. Tahniah Dato Mahadi dapat award ni! Must be inspired many people around. Kudos!

    ReplyDelete
  10. Wow nama dia dah macam Maha dah. Hehe, segak dengan janggut lurus gituuu.

    It's good another businessman berjaya sampai ke luar negara. Hok lagu ni la bagus jadi sifu business ye dok?

    ReplyDelete
  11. 16 tahun dia bersemangat dalam melakukan bidang kewangan. Tahniah Dato' Sri Mahadi BZ. Moga terus suksess.

    ReplyDelete
  12. Wah Tahniah Dato. Rasa seronok bila one of our muslim friend dpt penghargaan mcm ni. Harap lepas ni makin bnyk kejayaan2 yang akan dtg. hehehe

    ReplyDelete
  13. I admire this article for the well-researched content and excellent wording. I got so involved in this material that I couldn’t stop reading. I am impressed with your work and skill. Thank you so much. purple gemstone

    ReplyDelete
  14. Impressive web site, Distinguished feedback that I can tackle. Im moving forward and may apply to my current job as a pet sitter, which is very enjoyable, but I need to additional expand. Regards. garnet ring

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.