Kejayaan Puan Sri Nisa Bakri Memberikan Inspirasi Kepada Wanita Untuk Terus Memperkasakan Diri



Figura wanita ini cukup hebat. Memiliki wajah dan perwatakan menarik, bijak, awet muda dan sangat lemah-lembut antara ciri yang saya dapat gambarkan ketika pertama kali bertemu dengan Puan Sri Nisa Bakri. Kejayaan beliau baru-baru ini iaitu penerima Anugerah Outstanding ASEAN Women Enterpreneur Award 2019 telah menyuntik inspirasi terutama buat wanita-wanita di luar sana. Anugerah yang cukup berprestij anjuran Awen (Asean Women Enterpreneur Network) ini sememangnya memberi pengiktirafan kepada wanita-wanita di negara ASEAN yang telah mencipta kejayaan luar biasa samada dari industri perniagaan kecil, sederhana, industri perniagaan besar mahupun perniagaan mikro.

Untuk pengetahuan semua sebanyak empat puluh (40) percalonan telah diterima dikalangan ahli perniagaan wanita Malaysia dan hanya sembilan (9) orang sahaja dipilih dan seterusnya dinobatkan sebagai pemenang. Bukan calang-calang wanita sebenarnya yang telah dipilih, ini kerana ianya adalah kejayaan luar biasa di peringkat Asia. Majlis penganugerahan ini telah berlangsung di Hotel JW Marriot Thailand pada 21 Jun 2019 baru-baru ini.

Banyak yang telah dikongsikan oleh Puan Sri Nisa Bakri sepanjang pertemuan saya bersama para media yang lain di dewan hotel 5 bintang yang mewah ini bersempena dengan meraikan kejayaannya yang cukup istimewa tersebut. Bagi saya sendiri Puan Sri adalah seorang wanita yang cukup versatil. Beliau bukan sahaja seorang usahawan, bahkan beliau juga seorang penulis, hebat memasak dan aktif melibatkan diri dalam kerja amal.

Projek 'Wakaf Ramadhan Food Mission' adalah salah satu projek amal yang dinaungi oleh Puan Sri bagi membekalkan makanan kepada golongan yang tidak berkemampuan. Ini adalah salah satu cara bagaimana Puan Sri mendekati golongan yang kurang bernasib baik menerusi bantuan makanan yang dihulurkan.

Buku I am Not A Chef adalah hasil tangan Puan Sri yang mana telah berkongsi rasa kasih sayangnya tentang dunia masakan. Penulisan berkonsepkan gaya hidup Romance, Love and Food ini cukup menarik. Naskhah istimewa ini turut memaparkan 25 resepi tradisional yang diberi sentuhan baru dan telah dilancarkan pada bulan November 2015.

Puan Sri Nisa Bakri sebenarnya sangat gemar memasak. Dari bermulanya secara hobi suka menjamu rakan-akannya. Dan siapa sangka hidangan hasil air tangannya mula mendapat perhatian dan mendapat permintaan. Beliau seterusnya mendapat tempahan masakan dari golongan kerabat diraja dan juga rakan-rakan terdekat.
Nah! Disinilah terlahirnya Serasi Catering yang kini sudah cukup popular dan Puan Sri juga ada mengeluarkan jenama 'pes' masakan beliau tersendiri dan diberikan nama 'nisabakri'.  Pes 'nisabakri' mula diperkenalkan pada penghujung bulan Disember 2015 dan ianya berkonsepkan 'easy healthy cooking'. Sehingga hari ini terdapat tujuh (7) jenis pes 'nisabakri' yang ada dijual di pasaran iaitu pes Asam Pedas Tuanku, pes Mee Kari, pes Masala Ayam, pes Kari Seafood, pes Rendang Ayam Bertutu, pes Gulai Sayuran dan pes Mee Kari Terangkat Leleh.

Pada tahun berikutnya  2016, menerusi rancangan bersiri masakan, Puan Sri Nisa Bakri telah berjaya mempromosikan masakan tradisional Malaysia untuk tontonan saluran tempatan dan juga antarabangsa. Bertambah manis apabila Sambal Rasia dan Sambal Lemak Cili Api  dari jenama 'nisabakri' mula memasuki pasaran Indonesia pada tahun 2017. Beliau juga telah mempromosikan produknya di dalam Metro TV Jakarta pada tahun 2018. Sesuatu pencapaian yang cukup memberangsangkan!

Puan Sri Nisa Bakri juga turut berkongsi bahawa prinsip hidupnya yang sentiasa tidak pernah berputus asa menjadikan beliau mampu mencapai apa yang beliau inginkan. "Setiap hari adalah hari yang hebat!". Atas semangat itu tidak hairanlah bagaimana Puan Sri Nisa Bakri berjaya menyediakan masakan tradisi Malaysia kepada 40 delegasi di Restoran Spanish Jaen Spain pada tahun 2017. Restoran ini dimiliki oleh Chef Michelin yang cukup popular di sana. Satu momen yang tidak dapat dilupakan juga apabila beliau perlu menanak nasi di atas dapur untuk kuantiti yang sangat banyak. Agak mencabar juga bagi kita yang biasa memasak nasi menggunakan 'rice cooker' :-)

Sedap betul rasa CHOCIATO! nisabakri

Kejayaannya tidak berhenti di situ sahaja, di mana pada tahun 2018 jenama 'nisabakri' telah berjaya terpilih menjadi pembekal makanan di London Fashion Week 2018. Apa yang menarik, Puan Sri Nisa Bakri berjaya menonjolkan hidangan tradisi Malaysia dalam bentuk inovasi baru yang lebih kreatif. Dan hidangan beliau sememangnya telah mendapat pujian daripada tetamu yang hadir di majlis berprestij tersebut. Antara hidangan yang disediakan oleh beliau ialah Bebola Ayam bersama Sos Chutney Pudina, Laksa Goreng Asam Pedas, Canapes Nasi Lemak Timun, Salad Kacang Kuda dan Quinoa, Dodol Malaysia atau Malaysian Toffee ber toppingkan Karamel, Brownie Coklat, Kuih Makmur dan Tat Nenas.

Antara produk dari keluaran jenama nisabakri

Rentetan satu demi satu kejayaan yang telah dicapai, Puan Sri Nisa Bakri telah diberi pengiktirafan sebagai Top Outstanding Gourmet Ambassador di World Gourmet Award 2018. Dan yang terbaru beliau telah dilantik sebagai Culinary Advisor oleh World Gourmet Award Association 2019. Hebat!!!

Keterujaan saya berada di majlis hi tea anjuran Puan Sri Nisa Bakri

Melihat kejayaan yang dikecapi oleh Pan Sri Nisa Bakri membuka mata saya dan juga wanita-wanita lain bahawasanya kita juga mampu melakarkan kejayaan. Dari dapur rumah ke dapur antarabangsa sesuatu yang boleh kita banggakan. Kejayaan seperti Puan Sri Nisa Bakri adalah bermula dengan keinginan serta komitmen yang tinggi dalam setiap perkara yang dilakukan. Moga kejayaan yang dikongsikan oleh Puan Sri mampu memberi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana untuk terus bangkit memperkasakan diri.

Terima kasih atas jemputan Puan Sri Nisa Bakri. Moga saya juga akan sukses seperti Puan Sri satu hari nanti. Teruskan usaha Puan Sri dalam memberi inspirasi dan motivasi secara tidak langsung kepada seluruh wanita di luar sana ya!
Kejayaan Puan Sri Nisa Bakri Memberikan Inspirasi Kepada Wanita Untuk Terus Memperkasakan Diri Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 21, 2019 Rating: 5

18 comments:

  1. Hebatnya beliau. Mula mula baca rasa biasa je. Bila cerita pasal kehebatannya dalam dunia masakan terasa kagum kejap.
    Fuhhh, kalau la satu hari nanti boleh jadi seorang yang hebat macam beliau, seronoknyaaaa..

    ReplyDelete
  2. Satu yang menarik pabila membaca entri ini. Semoga selepas ini, beliau akan menjadi mentor kepada masyarakat di luar sana. Terbaik.

    ReplyDelete
  3. Aida x pernah dgr nama ni. But lepas ni akan google more. Sgt inspiring!
    Kita kena tiru cara dia,usaha dia,kegigihan dia.
    Perempuan & masakan tidak dpt dipisahkan. Sgt bagus memghasilkan pes mcm tu.
    Bagus.
    Membantu kita memasak.

    ReplyDelete
  4. Puan Sri Nisa ni bagi saya bukan shj hebat sebagai 'chef', tetapi juga sebagai usaha wan. Kisah kejayaan beliau sememangnya boleh jadi inspirasi utk kita lebih berjaya

    ReplyDelete
  5. Penuh inspirasinya kisah Puan Sri Nisa ni. Hebatnya beliau. Bukan semua orang mampu mengecapi apa yg beliau terima kan. Nanti nak cuba pes tu. Senang sgt utk memasak.

    ReplyDelete
  6. Saya memang tak kenal kalau tak diceritakan kat blog ni. Sekali baca profil beliau terus rasa kagum dengan pencapaian dia. Macam-macam produk pula yang dia ada

    ReplyDelete
  7. wah inpirasi betul bila baca story empunya badan. bukan mudah nak berjaya ke tahap sekarang ni. mesti banyak cabaran beliau hadapi. zaman sekarang siapa saja boleh berjaya dalam industri makanan, lagi-lagi benda warisan macam pes asam pedas tu

    ReplyDelete
  8. Cantik, bijak, usahawan berjaya... kagum betul tengok Puan Sri Nisa Bakri ni. Tapi itu yang kita nampak kan. Di sebalik kejayaan beliau mesti banyak rintangan yang dilalui. Untung akak dapat berjumpa dan dapat berkongsi tips dengan beliau.

    ReplyDelete
  9. Mula2 baca tajuk dan tengok gambar puan sri nisa bakri ni, nur ingatkan beliau adalah usahawan kosmetik sebab tengok muka dia cantik sangat! Rupanya beliau mengusahakan produk makanan. Inspiring sangat kisah ni. Terima kasih share. Jujur cakap nur tak pernah lagi dengar nama puan sri nisa bakri. Alhamdulillah, hari ni dapat pengetahuan baru 😍

    ReplyDelete
  10. Kagum dengan beliau. Ni 1st time dengar nama beliau. Secantik tuannya juga. Yang paling rare beliau usahakan produk makanan. Kisah yang sangat memberi teladan. Tahniah!!

    ReplyDelete
  11. Wah hebat yer. Pencapaian tahun demi tahun yang sangat membangga kan kita sebagai rakyat Malaysia dan bukti kaum wanita boleh lakar kejayaan hebat di persada dunia antarabangsa.tahniah! Semoga beliau menjadi inspirasi pada kita semua

    ReplyDelete
  12. Hebatnya beliau, cukup memberi inspirasi kepada sesiapa yang nak berjaya macam beliau. Beruntung sangat dapat jumpa belaiu personally. Mesti banyak dapat ilmu dari beliau kan

    ReplyDelete
  13. Kita sendiri bila berbicara dengan Puan Sri ni memang rasa kagum dan juga ada aura yang positif pada diri beliau yang kita rasa kena ada juga. Caranya mudah sahaja jangan peduli apa orang kata selagi kita buat itu benar dan juga tidak menyalahi undang-undang...

    ReplyDelete
  14. Kejayaan yang boleh kita jadikan contoh untuk lebih bersemangat capai kejayaan hehe. Mula-mula tengok muka Puan Sri Nisa tak nampak pun macam orang Malaysia, lawa lain macam. Beruntung kak Ayu dapat jumpa Puan Sri..

    ReplyDelete
  15. Semacam wanita besi kan?.. berusaha sehabis daya untuk berjaya dan dapat anugerah. Tapi mmg Puan Sri famous sebab penglibatanndia banyak dengan pembangunan wanita dan charity..leh lepak kat cafe tu nnt

    ReplyDelete
  16. Kagumlah, Mira pun nak amalkan jangan cepat putus asa. Kalau baca kejayaan orang lain nampak macam mudah je tapi bab putus asa tu sebenarnya yang buat perkara tak menjadi. Thanks sebab share pasal ni Kak Ayue.

    ReplyDelete
  17. wahhhh glamour ko ayuuu , tapi bestlah dapat jumpa dengan golongan royal sebab banyak benda yang baik kita boleh ambik dan belajar dari diorang ..paling best kadang diorang ni lagi humble dari orang biasa ...good job

    ReplyDelete
  18. really inspiring! look how far she goes. tiada yang lebih amazing daripada percaya akan diri sendiri and always move forward. semoga semua wanita di luar sana dan termasuklah diri saya sndiri dapat mencontohi puan nisabakri

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.