Bob Rock Apparel Menawarkan Pelbagai Rekaan Baju Untuk Plus Size

Shopping is therapy! Terutama shopping baju, hiks. Tapi untuk mereka yang berbadan besar kadang-kadang memang stress untuk mendapatkan baju yang sesuai dengan saiz. Ini kebanyakan di pasaran banyak menawarkan baju potongan hanya sehingga XL. Tidak ada banyak rekaan yang mencakupi sehingga saiz 6XL. Ini menyebabkan mereka yang bertubuh besar terpaksa menempah baju mereka di kedai jahit dan ianya memakan kos yang agak tinggi. 

Namun sebenarnya terdapat satu butik yang memang menawarkan pakaian 'ready made' untuk mereka yang bertubuh besar. Iaitu Butik Bob Rock Apparel yang terletak di Plaza Shah Alam yang telah mula beroperasi sejak tahun 2013. Menurut pemilik butik ini yang dikenali sebagai Puan Lily, beliau memulakan perniagaan pada awalnya dengan hanya menjual beg tangan rekaannya sahaja.

Dan Bon Rock Apparel merupakan produk kedua yang dijual memandangkan beliau merasakan perlunya ada butik yang menawarkan khas untuk mereka yang berbadan besar. Pada mulanya butik ini hanyalah memfokuskan pakaian khas untuk lelaki sahaja. Namun atas permintaan pelanggan setianya, beliau mula menjual pakaian untuk wanita bersaiz besar pada tahun 2016. Dan koleksi wanita adalah dibawah label Lovelily.

Memang terdapat banyak rekaan menarik dengan begitu banyak pilihan warna pakaian yang ada ditawarkan disini. Bagi saya sendiri harga yang ditawarkan cukup berpatutan juga. Tambahan pula, material yang diguna dalam setiap rekaan pakaian di sini adalah diimport khas daripada Bangkok. 

Antara yang mencuri perhatian adalah baju kebarung ini. Dijual pada harga lelong RM99 bagi saya ianya memang cukup murah dan berbaloi. Bertambah cantik jika kita padankan bersama aksesori  seperti dokoh.

Ini juga rekaan kegemaran saya.  Walaupun kataya dari koleksi lama tetapi ianya tetap cantik. Harga yang ditawarkan adalah RM79 sahaja.

Ada pelbagai warna yang boleh terpilih. NAmun begitu koleksi ini hanya tinggal beberapa saiz dan warna sahaja.

Untuk mereka yang meminati rekaan kain lace. Bolehlah dapatkan pakaian ini. Siap ada kain lining didalamnya ya!

Dipadankan dengan kain bercorak batik, memang cantik.

Kain tidak jarang memang selesa untuk digaya.

Ini merupakan koleksi baju kurung melur. Rekaan baju bertemaan 'evergreen' yang tidak dilapuk zaman. Saya sangat suka dengan material yang digunakan iaitu cotton satin.

Untuk baju kurung Melur ini ada beberapa pilihan warna dengan rekaan corak bermotifkan bunga yang berlainan.

Jahitan baju dia memang sangat kemas.

Terdapat juga pakaian kasual dengan pelbagai rekaan yang cantik dan praktikal. Jika di pasaran biasanya baju kemeja/blouse untuk mereka yang plus size agak pendek tetapi di Bob Rock Apparel ada menawarkan yang jenis panjang dan labuh.

Salah satu pakaian kasual yang saya cuba dan memang berkenan!

Kain baju ini adalah dari chiffon. Dengan kepelbagaian warna memudahkan kita membuat pilihan. Sesuai untuk dipakai ke pejabat, keluar berjalan, bertemu rakan dan sebagainya.

Selain baju terdapat juga seluar panjang yang boleh dipilih seterusnya dipadankan dengan kemeja/blouse yang kita pilih.


Terdapat juga aksesesori seperti beg tangan, dokoh, kerongsang , skarf dan pelbagai lagi dijual di sini.

Pelanggan juga boleh mendapatkan baju melayu bersaiz besar di Bob Rock Apparel. Ditawarkan pada harga RM169 setiap satu.


Dihasilkan daripada cotton twill. Kainnya tidak terlalu tebal dan tidak panas jika dipakai sepanjang hari dan mudah digosok.

Antara yang mendapat permintaan yang tinggi di sni adalah kurta. Kurta Adam Long Sleeve ini diual pada harga RM129 setiap satu.




Kebanyakan pakaian kemeja lelaki disini dihasilkan daripada Oxford Cotton. Iaitu material kain yang sangat mudah digosok dan tidak mudah renyuk. Jenis kain ini memang terletak kemas di badan  dan memberikan keselesaan sepanjang hari kepada si pemakai. Menariknya di butik Bob Rock Apparel juga terdapat banyak koleksi kemeja dan blouse yang dijual dengan pelbagai rekaan corak menarik dan warna.

Terdapat juga t-shirt dan seluar khakis samada panjang mahupun pendek dijual di sini.

Oh ya! Ada juga baju couple juga. Bolehlah pakai 'matching-machong' sedondon dengan pasangan masing-masing ya!

Terdapat juga tanjak yang boleh kita pilih di sini. Harga dalam RM80 setiap satu untuk material separuh songket. Manakala RM90 untuk material keseluruhan songket.

Bilik fitting juga ada disediakan untuk pelanggan yang ingin mencuba pakaian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan pembelian.

Kini mereka yang berbadan besar juga boleh bergaya,
Dengan  pelbagai pilihan pakaian menarik memenuhi citarasa,
Di Bob Rock Apparel semua jenis pakaian ada,
Harga berpatutan penjimatan berganda!

Untuk pembelian secara atas talian dari website, korang boleh gunakan kod RAYA19 untuk potongan sebanyak RM10 daripada jumlah keseluruhan pembelian. Memang berbaloi!

Untuk pembelian secara online, boleh dibuat di:-

Sosial Media Bob Rock Apparel:-


Alamat Butik Bob Rock & LoveLily
Lot F15, Level 1,
Plaza Shah Alam (Plaza Masalam),
Jln Tengku Ampuan Zabedah E9/E,
40100 Shah Alam, Selangor.
+603 - 5513 3588 (Shop)
+6011 - 1009 1302 (Whatsapp HQ)

Jom!
Bob Rock Apparel Menawarkan Pelbagai Rekaan Baju Untuk Plus Size Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 27, 2019 Rating: 5

21 comments:

  1. Menarik la dia nyer koleksi kasual.
    Cadangnya next weekend nak jelajah SA, maka boleh la Rawlins jengah sekali kat sini, mana tau ada yang berkenan kan.

    ReplyDelete
  2. Eh, setahu saya kalau baju bersaiz XL ke atas memang mahal. Tapi tak sangka kat sini harga dia mampu milik dan designnya pun boleh tahan. Ada juga pilihan untuk lelaki dan perempuan. Memang recommended betul

    ReplyDelete
  3. Janji menutup aurat dengan sempurna. :)

    ReplyDelete
  4. Wah akak bestnya la sekarang baju plusize pun ada. Haahaha. Dah tak perlu runsing lagi nak mencari pakaian sedondon ke, baju kasual ke, atau nak rekemen dekat sedara mara dan sahabat. ok jeee.

    ReplyDelete
  5. Not bad juga ye pilihan kat sini. bukan takat untuk baju raya, baju untuk casual pun ada. Ha, tu tanjak pun ada gak.. Saiz plak siap ada Plus size. Senang la nak cari baju untuk saya.. hehe..

    ReplyDelete
  6. cantik-cantik jug abaju dekat sini..suka tgk baju melur kak ayu pakai..senang orng badan saiz besar cari baju dekat sini..siap ada jual handbag..cantik pulak tgk handbag tu

    ReplyDelete
  7. mesti nak gi sini..mmg orang berbadan besar macam k mid nie susah cari baju..tengok kedai nie pun dekat dgn umah..bolelah shopping baju raya kat sini..tq sharing

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah sekarang makin banyak kedai pakaian yang menjual saiz untuk plus size. yelahh, selalu mereka yang berbadan comel terdiskriminasi. malang sekali, saiz xs untuk saya tak ada. hahahhaa

    ReplyDelete
  9. Senanglah kalau nak cari baju kat sini kan.. selalu memang baju plus size ni susah sikit nak cari.. so, boleh bookmark yang ni kot ada kawan-kawan yang mencari..

    ReplyDelete
  10. Bagus juga bila ada butik yg sediakan baju jenis plus saiz nie.. Xder golongan yg cam AM nie rasa tersisih.. Yelah. Nak juga pakai baju yg kena pada saiz tapi cantik n meletop kan?? Hehehe..

    ReplyDelete
  11. Bestnya Bob Rock Apparel ni ada pilihan untuk plus size sebab plus size memang susah sangat nak cari even online pun cepat habis. Dah la jahitan dia kemas, design pun cantik sangat. Boleh try usha ni

    ReplyDelete
  12. Cantiknya collection di sini sebab biasanya plus size tak banyak pilihan. Tapi di sini banyak pilihan dan semua nampak menarik.

    ReplyDelete
  13. Banyak jugak baju menarik kat sini untuk plus saiz ya. Nampaknya memang kena serbu le nanti tempat ni, al maklum badan pun dah kena pakai baju plus saiz dah ni..hehehe

    ReplyDelete
  14. Seronoklah org yg ada plus size dah tak pening kepala nk cari baju raya lg

    ReplyDelete
  15. kite pun shopping baju raya kat sini . sesuai sangat dengan kite yang size comel dengan rekaan terkini

    ReplyDelete
  16. To be viewed as water-repellant, a texture must oppose entrance by breezing through assessments when washing and cleaning. You might be finding out about an exceptionally well known exhibition texture called dampness wicking. Custom Iron On Patches

    ReplyDelete
  17. Since sorority clothing and organization attire is normally specially designed and delivered in the USA, it won't be "modest".Iron On Name Patches

    ReplyDelete
  18. realize the inappropriateness of his shirt? Amid snickers in the courtroom, the annoyed judge sternly warned the defendant to dress differently for his next court appearance.Iron On Name Patches

    ReplyDelete
  19. Weaving is suggested for motivator programs and marked apparel. The ongoing pattern is to utilize shading on-shading, apparent strings and a more discrete arrangement of the logo. This inconspicuous frivolity makes a high seen esteem. Use monogramming to customize a chief blessing. houston embroidery

    ReplyDelete
  20. Web-based media has pushed design patterns as individuals can examine most recent patterns and get surveys about what's cool and so forth. In the times past various classes of individuals are wearing divergent ways. lawn collection

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.