Kidzania SportZ Bersempena Dengan Musim Demam Bola

Kaiii Mummy semua! 

Saya pasti ada antara anak kita yang memang cukup gemarkan sukan bola sepak. Seperti saya yang mempunayi 4 orang anak lelaki memang ke semuanya begitu minay dengan sukan ini. Dan saya sebenarnya sangat menyokong aktiviti seperti ini yang sangat baik dalam membantu mengekalkan kecergasan badan serta kecerdasan fikiran. Dan anak-anak lelaki saya memang telah menyertai beberapa siri kem bola sepak yang dianjurkan sekitar Lembah Klang.

Oha ya! Berbicara tentang bola sepak untuk pengetahuan mummy semua bersempena dengan acara bola sepak terbesar dunia yang sedang berlangsung iaitu  "World Cup", KidZania Kuala Lumpur telah menganjurkan aktiviti istimewa khas untuk meraikan pesta ini bersama peminat bola sepak cilik di Malaysia!


Aktiviti Kidzania SportZ 2018 ini berlangsung dari 9 Jun hingga 8 Julai 2018. Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan termasuklah sesi futsal, “foosball” dan permainan yang disukai ramai iaitu Subbuteo. Selain itu terdapat juga penampilan istimewa daripada Pasukan Bola Sepak Orang Buta Malaysia serta bengkel bola sepak eksklusif oleh pasukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Apa yang menarik, anak-anak dan seisi keluarga juga boleh mempelajari serta mengenal lebih lanjut tentang Bola Sepak Orang ButaKita berpeluang untuk mencuba nasib menjaringkan gol dengan mata ditutup dalam satu sesi perlawanan khas bersama Pasukan Bola Sepak Orang Buta Malaysia. Bukan itu saja, anak-anaj juga berpeluang menjalani latihan bersama pakar bola sepak daripada  FAM dalam satu bengkel eksklusif. Bestkan!!!

“Memandangkan kehangatan bola sepak sudah semakin dirasai, kami yakin ini adalah masa yang paling sesuai untuk menanam minat aktif bersukan dalam diri kanak-kanak. Sukan bukan sahaja satu aktiviti masa lapang yang menyihatkan, malah ia dapat meningkatkan daya koordinasi, meningkatkan keyakinan diri dan memupuk kemahiran sosial. Permainan juga dapat mengajar kanak-kanak tentang nilai bertolak ansur serta kerjasama. Kesemua nilai ini adalah aspek yang penting apabila sudah dewasa kelak dan kami berbangga dapat menganjurkan ‘KidZania SportZ’ buat kedua kalinya dan terus menggalakkan kanak-kanak untuk “Learn Life Today.”
kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur. 


Antara aktiviti bertemakan bola sepak yang akan diadakan di KidZania SportZ 2018:

● Futsal: Latih skil menggelecek dalam perlawanan 2V2, atau cuba jaringkan gol dengan mata ditutup!


● Foosball: Permainan yang menguji koordinasi tangan dan mata ini sesuai untuk semua peringkat umur!
● Subbuteo: Peserta boleh mencuba sendiri permainan meja yang digilai ramai ini!

● Permainan Video Bola Sepak: Permainan maya yang akan membuatkan pemain berasa seperti berada di atas padang!





“Kami berbesar hati dapat memberikan sokongan dan menggalakkan minat kanak-kanak dalam sukan bola sepak menerusi program yang dianjurkan KidZania SportZ ini. Inisiatif seperti ini dapat meningkatkan lagi penghargaan orang awam terhadap bola sepak dan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk mula bermain bola sepak. Kejayaan dalam bola sepak bermula dari Akar Umbi.” kata YBhg Dato' Hamidin bin Hj Mohd Amin, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).


Sunny Shalesh, Jurulatih Persatuan Bola Sepak Orang Buta Malaysia pula menambah, “Ini peluang terbaik kami untuk mendidik kanak-kanak tentang betapa pentingnya untuk mengharungi segala cabaran yang mendatang dengan positif, sepertimana orang buta mengharungi hidup mereka. Pasukan kami mempunyai kecekalan yang tinggi dan kami berharap dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak tersebut.”

KidZania SportZ 2018 turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik lain untuk disertai seisi keluarga, antaranya, sukan berbasikal, ping pong, aktiviti robot, memanah dan juga papan luncur jari!

Datanglah beramai-ramai ke KidZania SportZ 2018, dari 9 Jun hingga 8 Julai 2018! Tempah tiket secara dalam talian dan dapatkan diskaun 20% untuk tiket masuk dengan kod promo. Berbaloi-baloi.

KidZania SportZ 2018 disokong oleh Pasukan Bola Sepak Orang Buta Malaysia, Persatuan Bola Sepak  dari 9 pagi hingga 6 malam, Isnin hingga Ahad.

Jom korang bawa anak-anak ke sini :-)

Kidzania SportZ Bersempena Dengan Musim Demam Bola Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 26, 2018 Rating: 5

12 comments:

  1. so nice to hv a football time.. this is so great... Let's go Kidzania now..

    ReplyDelete
  2. amboi seronoknya bebudak ni . haritu barbie ni dapat main bola pula. macam nak bagi seri je heheeh tahniah!

    ReplyDelete
  3. Kalau anak saudara Rawlins dekat, confirm dia kecoh minta Rawlins bawa ke sana. Hehe. Chaiyok all. BTW, sokong mana nie untuk World Cup? Haha

    ReplyDelete
  4. Bagus Kidzania ni..macam-macam program diorang buat, utk boy, utk girl..semua ada..tak sabar nak menyepak bola dengan boy 2 orang kat rumah tu..hehe

    ReplyDelete
  5. Macam- macam aktiviti kat Kidzania ni kan.. at least bagus untuk anak- anak berekreasi sihat macam ni dan aktiviti semuanya yang berfaedah..good job Kidzania

    ReplyDelete
  6. Seorang boleh jadi model seorang lagi bakal jadi pemain bola sepak yang popular lah kali ni hehehehe... Bagus lah akak ayu ni anak-anak didedahkan dengan semua ini dari peringkat awal...

    ReplyDelete
  7. Can't wait for my kids to be old enough to visit Kidzania, their activities always looks so fun!

    ReplyDelete
  8. Haritu anak2 ada juga pergi sini rombongan sekolah. Banyak juga cerita menarik dorang cerita. Kalau dapat bawa sendiri lagi best kan kita boleh tengok aktiviti dorang disana -..-"

    yanmieonline.com

    ReplyDelete
  9. Dimana mana sepak bola banyak penggemarnya yah. Anak laki laki dewasa maupun anak kecil bahkan wanita pun banyak yang hobby permainal ini.

    ReplyDelete
  10. Wah seronoknya. Tapi Adam dan Alif ni takda nampak tanda-tanda minat bola sepak. Sibuk berlari nak jadi laju macam Flash je. Ahaha. Lagi satu mereka pemalu. Hahahaha. Malu dan diam je bila Terima arahan. Takpe next time bleh join.

    ReplyDelete
  11. Sejak anak membesar, lama sungguh tak jejak kaki ke sana. Dulu masa pergi memang seronok tengok mereka buat macam2 aktiviti yang di sediakan...sekarang lagi lah menarik ekk, macam2 dah mereka tambah untuk menyeronokkan kanak2.
    Aeysha suka lah aktiviti bola cam ni..kalau dia kecik sure dia nak main..hahaha

    ReplyDelete
  12. havent get to let my nephew play this. as when we were there, this was not ready yet. so nice as they follow whats in trend so the little one could enjoy like us.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.