Berurusan Dengan Portal GDEX Untuk Penghantaran Yang Lebih Efisien

Saya pasti ramai dikalangan kita yang memang sentiasa ada menggunakan sistem perkhidmatan penghantaran dan pengeposan surat dan barangan samada didalam mahupun luar negara. Biasanya sebagai pelanggan kita mahukan perkhidmatan yang disediakan itu mudah, pantas dan selamat.


Dan syarikat penghantar GDEX adalah antara syarikat yang telah menaikkan mutu servis mereka. Di mana kita boleh membuat pesanan penghantaran bahkan membuat semakan pengeposan melalui portal https://my.gdexpress.com/. Didatangkan juga dengan skim e-wallet e-Wallet  dan diberikan harga istimewa untuk ahli GDEX tau!

Memang mudah dan menjimatkan masa. Apatah lagi 'portal' ini memang mesra pengguna. Terdapat banyak promosi yang sentiasa dikemaskini boleh kita dapatkan dari laman poratl ini tau!

Mula-mula perlu daftarkan maklumat diri terlebih dahulu (sebagai pelanggan). Boleh rujuk tutorial di sini https://my.gdexpress.com/memberTutorial

Kita akan melihat butiran diri kita di dashboard. Dengan menu-menu yang mudah difahami senang kita eksplorasi portal ini.

Lihat sahaja pemilihan seperti menu di bawah.




Bestkan! Kita boleh pilih servis penghantaran yang dikehendaki. Ianya mengikut tarikh dan jenis kenderaan penghantaran pun kita boleh pilih. Jadi penerima boleh 'standby' menunggu kehadiran barangan mereka. Menarik bukan?



Dengan adanya sistem seperti GDEX ini membolehkan penghantar dan penerima surat serta barangan merangka sendiri rangkaian perjalanan peneposan serta penerimaan barang dan surat mereka.


Kesimpulannya, barangan anda akan dihantar dengan selamat dan mudah serta penerima pasti berasa gembira menerimanya dengan servis yang efisien dari GDEX:-)

Berurusan Dengan Portal GDEX Untuk Penghantaran Yang Lebih Efisien Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 21, 2018 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.