30,000 RIBU KAD NGO Negaraku Diagihkan Kepada Ahli NGO

Bagi membantu ahli NGO dalam menguruskan perbelanjaan mereka, Kelab Sahabat Persaudaraan telah menyediakan sebanyak 30 ribu kad NGO Negaraku untuk diedarkan kepada NGO dan Koperasi Berdaftar. Dan pemberian peringkat pertama dimulakan kepada ahli-ahli dari 50 NGO yang hadir ke Majlis Pelancaran di Dewan Perdana Felda pada 10 febuari 2018.   

Untuk pengetahuan semua Kelab Sahabat Persaudaraan ini merupakan kelab yang berdaftar di bawah Pendaftaran Pertubuhan ataupun ROS. Ianya dibentuk melalui gabungan Sukarelawan Profesional dan kumpulan berpengalaman untuk bersama-sama mencurahkan idea dan kepakaran bagi melahirkan program-program yang berkualiti berteraskan kepada pendidikan dan kebajikan untuk diperkenalkan kepada masyarakat. 

 Di dalam program Komuniti Digital NGO Negaraku turut diperkenalkan adalah Mobile Apps NGO Negaraku. Di mana ianya hanya boleh diakses oleh mereka yang memiliki Kad NGO Negaraku.


Menariknya tentang kad ini, setiap pemilik boleh menikmati tawaran pembelian barangan terpilih dengan harga yang terbaik. Manakala Mobile App yang diperkenalkan ini juga mempunyai kepelbagaian aplikasi yang bersesuaian untuk digunakan oleh ahli NGO ini termasuklah pengumpulan derma dan sumbangan secara digital bagi tujuan untuk membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.

 Sedikit sebanyak informasi mengenai kad, keterangan boleh dibaca di atas.

Untuk peringkat pengenalan ini terdapat beberapa syarikat yang telah menyertai memberi tawaran hebat. Antaranya seperti EZ Ride, Kaspersky, comfort reflekslogi dan banyak lagi. Dijangkakan pada masa akan datang akan ada penambahan syarikat untuk bekerjasama memberi tawaran dan promosi terbaik.


Bagi saya sendiri dengan adanya pengenalan kad NGO Negaraku ini sebenarnya dapat dijadikan sebagai platform terbaik untuk menggabungkan kumpulan-kumpulan NGO dan juga Koperasi yang terdapat di Malaysia untuk lebih bekerjasama didalam aktiviti sosial dan ekonomi. Ini adalah melalui usahasama Jaminan Usahasama dan Jaminan Berkelompok. Selain itu ahli-ahli kad ini juga boleh mendapat manfaat e-platform dan Fin-tech yang secara tidak langsung menghubungkan antara Kerjaan dan juga NGO di atas plaform digital.

Ini adalah selaras dengan 3 prinsip teras yang diperkenalkan oleh Kelab Sahabat Persaudaraan didalam Program Komuniti Digital NGO Negaraku iaitu:
  • Menghubungkan Kerajaan, NGO dan Ahli-ahli NGO termasuk Koperasi dalam era digital berteraskan semangat Negaraku.
  • Mengeratkan kerjasama dan memupuk semangat bantu membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.
  • Mendidik Masyarakat untuk berbelanja secara bijak dan berhemah.
Boleh muat turun aplikasi NGO Negaraku di sini  :-)
30,000 RIBU KAD NGO Negaraku Diagihkan Kepada Ahli NGO Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 11, 2018 Rating: 5

15 comments:

  1. Bagus sebenarnya jika kita dapat menyertai mana-mana kumpulan ngo. Banyak ilmu yang dapat dikutip dan boleh tambah kenalan.

    ReplyDelete
  2. Wah bagusnya...
    Join ngo2 ni
    Kita teringin nak join...tpi kena tunggu anak2 besar skit la..senang skit nk gerak

    ReplyDelete
  3. Wah! banyak juga kelebihan dengan adanya kad ini kan. Semoga lebih ramai golongan sasar yang mendapat manfaat daripada kad ini.

    ReplyDelete
  4. Oh kiranya kad ni baru dilancarkan la ye? banyak jugak benefit yang ditawarkan oleh kad ni. Berguna untuk ahli-ahli NGO.

    ReplyDelete
  5. wah usaha yang bagus ni... teringin juga nak terlibat dengan aktiviti2 NGO

    ReplyDelete
  6. Bagus ada inisiatif mcm ni. Secara tak langsung membantu menyediakan platform informasi kepada semua NGO yg terlibat dalam menyebarkan dan berkongsi maklumat kpd semua. Menarik :)

    ReplyDelete
  7. Bagus usaha kerajaan untuk membantu rakyat. Macam ni lah yang kita nak. Rakyat happy kerajaan pun happy.

    ReplyDelete
  8. Salah satu usaha untuk membantu rakyat..perlu dipergiatkan lagi aktiviti sebegini dan menarik orang ramai untuk terus menyertai NGO..platform bagus semua suka kan?

    ReplyDelete
  9. banyak jugak kelebihan peroleh kad ni.

    ReplyDelete
  10. thanks for sharing ! banyak juga benefits untuk kad ni.. cuma tak pasti sama ada ianya akan berjaya bantu kurangkan inflasi ekonomi yang meningkat ni

    ReplyDelete
  11. Kalau ada masa nak juga join NGO sebab banyak pengetahuan yang kita dapat selok belok ekonomi negara, tapi masalahnya tak berkesempatan. just baca jerlah tq share info

    ReplyDelete
  12. Satu platform baik bagi satukan badan NGO dgn kerajaan melalui kad ni secara digital. Harap dengan pengenalan kad ni dapt bantu para ahli didalamnya.

    ReplyDelete
  13. sebelum ni tak pernah telibat dgn mana2 aktiviti ngo. seronok juga kalau boleh join

    ReplyDelete
  14. Sekarang zaman dah banyak berubah dan banyak yang iut zaman IT dan biasalah mana-mana program utk memudahkan rakyat

    ReplyDelete
  15. kad ni merupakan kad yang boleh dianggap sebagai sara hidup digital, sebabnya pengguna kad ni boleh menikmati produk dan jugak perkhidmatan dengan harga yang lebih jimat kan!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.