TECHBIZ @ Malaysia IT Fair | Platform Untuk Perniagaan, Seminar & Pameran IT


Malaysia IT Fair (MITF) anjuran Unified Distribution Technology Sdn Bhd (UDT)
Pengagihan Technology Sdn Bhd (UDT), antara penganjur Pameran IT yang terkemuka di Malaysia. Dan untuk kali ini TECHBIZ @ Malaysia IT Fair telah diadakan di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur bermula dari 28 Ogos sehingga 31 Ogos 2015.

TechBiz @ MITF antara pameran IT yang berskala besar yang pertama melibatkan perniagaan seminar dan pameran. Keluasan Malaysia IT Fair melibatkan 60,000 kaki persegi untuk ruang pameran dengan menawarkan lebih 80 jenama global produk dan perkhidmatan yang melibatkan teknologi maklumat (IT).


Antara penaja-penaja utama yang terlibat dalam dalam TechBiz @ MITF.

*kredit pic Tommy
 Acara pelancaran dimulakan dengan ucapan pembukaan dari Miss Jun Lee, General Manager Malaysia IT Fair.

“With TechBiz@Malaysia IT Fair, our objective is to bring all these new technologies and
solutions into one place where our visitors from the government ministries, Government
public listed companies, MNCs and local enterprises, Corporate and SMBs are able to
conveniently discover, learn and evaluate all the latest technologies and solutions from
different segments in the ICT under 1 roof.” 

*kredit pic Tommy
Perasmian Techbiz @ MITF telah dilaksanakan oleh Yang Berhormat Dato 'Jailani Bin Johari, selaku Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Sejurus selepas ucapan yang Berhormat Dato', majlis diteruskan dengan pelancaran Kaspersky 2016.

Penglibatan MAMPU dalam Techbiz sebagai salah satu platform untuk mendidik dan berkongsi lebih banyak dan mendalam tentang aktiviti serta perancangan MAMPU sebagai sebuah badan kerajaan dalam membantu perniagaan yang melibatkan masyarakat di Malaysia.

Untuk pengetahuan semua, di TECHBIZ @ Malaysia IT Fair kita boleh melihat sendiri secara dekat teknologi baru dan solusinya melalui penglibatan daripada "Public Listed Company", Kementerian Kerajaan, , MNC, Perniagaan tempatan, Korporat dan SMB di bawah satu bumbung.

Antara yang mencuri perhatian di TECHBIZ @ Malaysia IT Fair ialah produk terbaru dari Kaspersky iaitu Kaspersky Internet Security 2016. Produk terbaru ini mempunyai ciri-ciri yang terbaik antaranya sepertPrivate Browsing yang berkebolehan untuk menyaring segala maklumat yang diakses dari pelayar melalui plugin khusus (tersedia untuk Mozilla Firefox, Internet Explorer dan Google Chrome).

Terdapat fungsi Change Control yang berkebolehan mengesan dan mengumpul maklumat mengenai privasi, Privacy Cleaner yang membantu melupuskan semua kesan  daripada aktiviti pengguna bersama komputer, ini termasuk "browser history", senarai dokumen terkini dibuka dan lain-lain. Selain itu terdapat fungsi Webcam Protection yang boleh melindungi pengguna komputer melalui penghalangan pemintasan imej dari kamera web. 

Selain Karspensky, terdapat banyak lagi tawaran produk dan perkhidmatan IT yang ditawarkan buat pengunjung pameran.

Antara yang menarik...
Syarikat LENOVO bukan sahaja menjual peralatan IT seperti komputer bahkan menyediakan servis konsultansi untuk pengunjung pameran.


Harga istimewa "speaker" yang mencuri perhatian...

Yang ini printer Laserjet, ditawarkan pada harga jauh berbaloi daripada harga pasaran di luar :)

Booth yang menjadi tarikan anak muda seperti anak saya yang gilakan "permainan talian di komputer"...
Melihat sendiri kecanggihan teknologi terkini~ permainan komputer di rumah dengan spesifikasi yang terbaik....

Pelbagai barangan dan pilihan...

Produk jenama Hawlett Packet ...

Jenama vivo antara jenama telefon mudah-alih yang terlibat dalam pameran, yang juga mencuri tumpuan pengunjung dengan tawaran harga yang menarik.

Terdapat banyak jenama yang menawarkan harga lelong dan penghabisan stok..

Dan ianya menjadi tumpuan pengunjung pameran pastinya..

Saya sebenanya sangat  tertarik dengan tawaran harga external Hard Disk...
Untuk saiz 500G harga yang ditawarkan adalah di bawah RM200. Manakala untuk 1Terabyte dan ke atas seterusnya harga bermula serendah RM230 - RM400 (mengikut spesikasi dan jenama). Dan pastinya untuk jenama Seagate dan WD antara yang HOT menjadi tarikan pengunjung pameran yang ingin mendapatkan external Hard Disk.

Dan jika uolls membeli produk ACER, uolls berpeluang menyertai peraduan yang menawarkan hadiah utamanya iaitu sebuah kereta. Menarik bukan?

Bagi meredakan rasa keterujaan melihat pelbagai barangan menarik, uolls boleh dapatkan juga penyejuk tekak yang istimewa iaitu ais krim sangkaya.

Keistimewaan rasa sari kelapa yang benar-benar enak. Jangan lupa cuba uolls!!

*kredit pic Miera Nadhirah
Jika uolls nak dapatkan harga jauh lebih murah dan istimewa. Uolls boleh dapatkan kupon harga istimewa yang ditawarkan setiap hari sepanjang pameran berlangsung. Namun begitu, ianya terhad ya dan hanya diberikan kepada mereka yang pertama mendapatkannya (first come first serve).

Selain daripada membeli dan melihat produk dan perkhidmatan IT, uolls boleh juga mendaftarkan diri untuk menyertai mana-mana seminar yang dibuka untuk pengunjung pameran. Maklumat lanjut boleh rujuk pada entri ini ya!

Untuk produk jenama @ syarikat terpilih seperti di atas, uolls boleh "redeem" hadiah "isntant" yang ditawarkan.
Dan juga terdapat hadiah yang diberikan pada mereka yang berbelanja di sini ya. Dan hadiah adalah mengikut jumlah nilaian yang dibelanja :=)

Memiliki suami dan anak yang "kaki game", sememangnya inilah barangan yang mencuri hati mereka. Tapi memang puas hati membeli, sebab harga untuk setiap barangan yang dijual memang berbaloi!

Cam biasa, dapat hadiah percuma!!
Mak sukaaaaaaaaaaaa...

Untuk maklumat lanjut mengenai TECHBIZ @ Malaysia IT Fair, jadual aktiviti, sila layari

Jom terjah TECHBIZ @ Malaysia IT Fair, di Mid Valley!!!!

TECHBIZ @ Malaysia IT Fair | Platform Untuk Perniagaan, Seminar & Pameran IT Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 29, 2015 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.