Lebih Sedekad Susah Senang Bersama

Kesibukan melanda...
Apatah lagi bila bulan syawal menghampiri, banyak perkara dan agenda yang saya perlu lunaskan. Dalam keadaan kelam-kabut menyebabkan saya banyak lupa perkara-perkara penting dalam hidup. Huhuhu.

Semalam sahaja saya terlupa dengan meninggalkan buku teks, kertas kuiz dan juga fail kehadiran pelajar. Satu CFS saya menjejaki. Akhirnya setelah lebih 4 jam mencari, saya temui juga barangan yang dikatakan tercicir di satu lokasi.

Semalam juga, saya lupa yang ianya hari Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-15 tahun buat saya dan suami. Mungkin sebab dari awal bulan ini, saya hanya mengira berapa hari lagi My Ameer untuk menginjak umur 1 tahun (Ameer lahir 10/07/2014) dan juga berapa hari lagi kita nak menyambut Hari Raya. Oitt semangat giler nak raya.

Sedang khusyuk saya bergolek di depan TV lepas berbuka, saya dapat kad istimewa dari Dedet. Tengok depan sampul kad tu terus saya menjerit "Ya Allah lupa sangatttt"... Tu jer mampu nak cakap sebab terlalu excited dan malu juga pada masa yang sama (isk cam tak amik berat jer tarikh2 penting kannn).
Heheheheh... Ezna ada tanya "Why Cik Tik ?"...

Hahahahahahahah...
Ni nama unik ada sejarahnya sendiri...
Rahsia yang agak kelakar juga antara saya dan cik somi...
Rahsia kami berdua :p

Hahahahahah...
Kiut pulak pikir2 kan...
Aishhhhh
Alololo suwitt kan...

Hampir setiap tahun saya dapat kad... Dan pertama kali kad istimewa seperti ini saya berkongsi dengan orang lain. Hahahahaha...

Takut lupa atau hilang, so saya nak abadikan saat menerima kad sempena ulangtahun perkahwinan pertama kali saya lupa (dalam sejarah ni). Faktor umur, agaknya.... hahahahahah
My somi, bukanlah jenis yang romantik suka tunjuk2... :)
Dan saya juga selesa dengan cara itu... Maybe sebab dari zaman kitaorang berkawan, berkahwin dan dapat anak. Kitaorang jenis sempoi dan selamba....
Pejam celik...
Pejam celik...
15 tahun dah kami melayari hidup bersama...
Berkahwin di usia yang begitu muda... awal 20an...
Sehingga kini, sudah punyai 6 cahayamata pelengkap rumahtangga...

Pelbagai rintangan dan kesenangan kami tempuhi bersama...
Tipulah tak pernah marah...
Tipulah tak pernah bermasam muka...
Tipulah tak pernah sakit hati...

Tapi...
Macam mana pelbagai bentuk ujian yang kami terima...
Kami hadapi dengan hati terbuka...

Bila merajuk  bawa diri...
Tak perlu berhari-hari...
Bila sakit hati...
Jangan pendam tapi luah dan saling berkomunikasi...

Perasaan sayang dan cinta...
Kena selalu suburkan dengan baja...
Fikir tentang impian ketika mula membina ikatan keluarga...
"Saya terima awak seadanya"...
Sebab impian saya dan suami tercinta...
Mahu menikmati rasa cinta dan bahagia...
Dari mula hari akad sehinggalah ke usia tua...
Bersama-sama...

Jika diizinkan olehNya...
Jika usianya itu ada...
Amin...

Lebih Sedekad Susah Senang Bersama Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 09, 2015 Rating: 5

2 comments:

  1. happy 15th anniversary ayu & suami..lawak la ayu...bz btul smp tk ingt anniversary ye...jrg isteri tk ingt..kalo suami tk ingt ye...hehe

    ReplyDelete
  2. epi anniv dear ayu & dedet. moga bahagia hinggah jannah. amiin

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.