The 7D, Siri Animasi Terbaru di DISNEY CHANNEL

The 7D Disneysiri komedi kontemporari mengenai dunia Seven Dwarfs dengan watak yang diolah semula oleh Noah Z. Jones (“Fish Hooks”) akan mula siaran pada Ahad, 7 September jam 11 pagi di Disney Channel (Saluran Astro 615). Antara pelakon yang menyumbangkan suara emas mereka ialah Kelly Osbourne sebagai ahli sihir baharu Hildy Gloom, Jay Leno dan Whoopi Goldberg yang masing-masing memegang watak Crystal Ball dan Magic Mirror.
Berpeluang menyaksikan siri  The 7D sebelum ianya disiarkan di TV, tidak sekali saya lepaskan. apatah lagi ianya jemputan khas yang membolehkan kita hadir bersama dengan anak-anak. Sebelum tayangan dmulakan anak-anak yang menghadiri berpeluang bermain "mini game" yang disediakan. Permainan ini bertujuan untukmenguji daya ingatan kanak-kanak.
Janet in da house. Pengenalan kepada siri ini secara umum kepada ibu bapa yang hadir.


Georgina wakil dari pihak Disney Channel Asia memberi kata-kata aluan kepada hadirin yang mengahdiri

Siri baharu ini mengambil tempat di dunia aneh Jollywood, di mana Permaisuri Delighful bergantung kepada The 7D – Happy, Bashful, Sleepy, Sneezy, Dopey, Grumpy dan Doc – untuk menjaga keamanan negara. Mereka berdepan dengan dua penjahat lucu, Grim dan Hildy Gloom yang merancang untuk mengambil alih kerajaan tersebut dengan mencuri permata ajaib dari lombong 7D.   

Apabila dipanggil oleh The Big Bong Bell, loceng ajaib yang turun dari langit semasa Permaisuri Delightful ingin mengadap 7D, wira-wira kerdil yang berani ini akan datang ke sisi baginda dengan segera. Samada menyelamatkan kampung daripada gergasi yang ganas atau mencari cermin ajaib Permaisuri yang hilang, 7D akan berusaha untuk menyelesaikan setiap tugasan. Ini menghampakan Lord Starchbottom, pembantu setia Permaisuri yang lebih suka menangani krisis dengan caranya tersendiri. Dengan tujuh personaliti yang berbeza, 7D sentiasa berjaya menyelesaikan masalah dan menghalau Grim dan Hildy ke rumah mereka untuk cuba merancang lagi.

Dalam episod pertama, “The Littlest Giants/Gnome Alone”, 7D terpaksa menyelamatkan negara mereka daripada gergasi yang mengganas di Jollywood dan Sleepy berseorangan diri menghalang Glooms daripada mencuri Batu Delima Diraja semasa 7D sedang bercuti tanpanya.

Selain Osbourne, The 7D juga dibintangi suara pelakon yang dicalonkan untuk anugerah Emmy, Jess Harnell (Disney Junior “Sofia the First” dan “Doc McStuffins”) sebagai Grim Gloom, Leigh-Allyn Baker (rancangan Disney Channel “Good Lucky Charlie”) sebagai Permaisuri Delightful, legenda Disney Bill Farmer (suara Goofy) sebagai Doc, pemenang anugerah Emmy Maurice LaMarche (“Pinky and the Brain”) sebagai Grumpy, calon anugerah Emmy Kevin Michael Richardson (rancangan Disney XD “Randy Cunningham: 9th Grade Ninja”) sebagai Happy, Dee Bradley Baker (“Phineas and Ferb”) sebagai Dopey, Scott Menville (“Teen Titans”) sebagai Sneezy, Stephen Stanton (rancangan Disney Junior “Doc McStuffins”) sebagai Sleepy, Bill West (“Ren & Stimpy”) sebagai Bashful dan Paul Rugg (“Animaniacs”) sebagai Lord Starchbottom.  

Teaser2 7D uolls


Best kan..
Siyes bukan setakat boleh ditonton oleh anak-anak bahkan mak pak boleh sekaki join sama :)

Begitu di hari kami dijemput masa preview citer ni..

My anaks yang begitu enjoy menontonnya bersama anak rakan blogger yang lain :)
Makan dulu sebelum pulang...


Gooodies yang super cute !!!

So, uolls jangan lupa The 7D akan mula ditayangkan di   Disney Channel (Astro Ch 615) on 7 September, 11pagi

****************************************

Siri ini diterbitkan oleh pemenang anugerah Emmy Tom Ruegger (“Animaniacs”) dengan Tom Warburton (“Codename: Kids Next Door”) sebagai penerbit eksekutif bersama. Siri ini diterbit Disney Television Animation.

Mengenai Disney Channel: Disney Channel adalah rangkaian television 24-jam yang menumpu khas kepada alam kanak-kanak dan keluarga melalui siri dan filem original. Disney Channel adalah sebahagian kepada Kumpulan Disney-ABC Television dan dapat ditontoni oleh jutaan penonton di seluruh dunia. Di Malaysia, Disney Channel boleh didapati di Saluran Astro 615. Untuk maklumat selanjutnya, sila layari www.disneychannel-asia.com.

*  *  *
The 7D, Siri Animasi Terbaru di DISNEY CHANNEL Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 26, 2014 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.