Motivasi Buat Diri : Kisah Kasut Berlubang

Nak story citer, yang memang saya sentiasa ingat pengalaman saya dengan seorang student. Yang mana saya berpeluang mengajar beliau sekejap jer lebih kurang 1 bulan lebih. Saya mula mengenali beliau dengan lebih dekat ketika saya menjadi salah seorang ahli panel pemilihan wakli pelajar (FSCC) di Universiti . So biasa bila datang interview mesti ada fail segabak besar yang mengandungi pelbagai dokumen penting seperti sijil, keputusan peperiksaan dll. Pelajar ni orangnya sangat kemas, bila tengok cara susunatur fail dier pun kita tahu pelajar ini sangat tersusun atur hidupnya. Bila saya tengok biodata dier, baru saya tahu yang ibu-bapanya sudah lama berpisah-ayah keje kilang dan mak berniaga laksa depan rumah. Adik beradik 6 orang, anak sulung. Sesi interview berjalan dengan begitu lancar, dan buat saya begitu kagum kebolehan beliau bercakap mandarin dan faham tulisan cina. Menurut student ni beliau belajar sendiri, dan ini adalah kelebihan kerana beliau rajin membuat kerja part-time di kedai2 cina, jual suratkhabar pun penah dan dari situ dia belajar...

******

Yang membuatkan saya begitu mengenalinya selain dari tutur bahasa yang sopan adalah KASUT KANANNYA YANG BERLUBANG sehingga menampakkan sedikit stokin beliau. Saya tak tahu kenapa siap kali selepas kelas ketika berlalu di depan saya mata saya mesti terpandangkan kasut beliau. Walaupun hati ni tak berkata-kata sangat tapi mata ni mesti tertengok. Kadang2 selepas kelas beliau akan berjumpa dengan saya untuk bertanyakan soalan, mata saya mesti tengok kasut dier. Geram betul dengan perangai diri ni. Agaknya student saya ni perasan, setiap kali saya tertengok mestii beliau akan menarik kasutnya yang berlubang ke belakang. Tapi siyeslah walaupun berlubang kasutnya sentiasa bersih!

Dan masih saya ingat, 2 minggu sebelum periksa pertengahan tahun. Saya marah dalam kelas beliau. Kebanyakan kawan2 dier dalam kelas memang jenis "happening", nakal2 sikit dan saya geram sangat sebab ramai yang tak beli buku teks. Saya siap sound (translation dalam Bahasa English) "Uolls ingat boleh survive ke kalau tak ada text book?" Masa membebel tu, saya nampak muka student ni sedey jer. Alamak! Terasa pulak saya. Lepas tu cam biasa beliau akan jumpa saya lepas kelas tanya soalan yang mana part2 yang beliau tak paham. Dan buat pertama kali saya belek buku nota yang beliau bawak setiap kali jumpa saya. My bad saya tak perasan selama ni........ percaya tak selama ni beliau telah menyalin semua isi kandungan buku teks berdasarkan chapter saya ajar. Saya masuk dah habis dekat 4 chapter, dan keempat chapter tu dier tulis. Siap ada notes special lagik kat situ "Madam kata ini penting :) "

******

Sebab saya selalu tengok kasut dier terasa cam ada "bonding" jer saya ngan dier, hahahaha. Satu hari tu beliau datang jumpa saya kat bilik. Beliau tanya pendapat saya pasal "tawaran belajar tempat lain". Student daya ni dapat tawaran belajar di Universiti Al-Azhar kursus Perubatan. Saya dengar luahan hati beliau tentang beratnya nak meninggal ibunya dan adik2 yang di Malaysia. Sebab selama ni, kalau cuti beliau akan bekerja dan menolong ibu menampung keluarga. even duit belajar pun separuh memang kasi kat ibu untuk perbelajaan sekolah adik. Saya kagum dengan beliau dan rasa  lebih kagum bila dengar adik-beradik yang sekolah menengah semuanya masuk Sekolah Berasrama Penuh. Menurut beliau lagi, at least kalau die kat Malaysia, bila mak dier ada masalah die tak susah nak balik. Lepas tu saya tanya betul2 tentang impian beliau sendiri. Dan ternyata beliau teringin nak pergi belajar di sana sebab tawaran biasiswa yang ditawarkan. Dalam masa bercerita tiba2 beliau pun memberitahu saya pasal kasut dier yang berlubang itu. Dia kata tu kasut sangat istimewa sebab pemberian arwah pak cik yang sangat rapat dengan beliau yang telah dianggap seperti ayah sendiri. Arwah pak cik dier bawak lori, meninggal dalam kemalangan. Arwah pak cik dia yang selalu berpesan "Keluarga kita ni miskin, tapi kemiskinan ni kita boleh ubah tak perlu diwarisi. Kau kena belajar tinggi kalau nak ubah nasib mak kau. Andak nak kau jadi BOSS, jangan bawak lori". Pak cik dier hadiahkan kasut yang berlubang tu sebulan sebelum pak cik die meningal. Kiranya kasut tu banyak sentimental value. Lagipun die kata "kasut ni masih boleh pakai yang lubang kat atas jer madam, saya OK jer". Malu ai, huhuhuhu.

*********

Seminggu lepas tu, student ni jumpa saya. "Madam saya nak withdraw dari universiti sini. Saya ambil keputusan nak terima tawaran belajar di Universiti Al-Azhar tu". Katanya lagi, mak dier yang beria suruh pergi walaupun hati dier berat sangat. Menurut student tu, Mak die siap cakap "Pergilah, mak boleh uruskan sendiri apa2 masalah keluarga. Mana tahu satu hari mak boleh gi sana lawat dan buat umrah sekali". Sebab kesungguhan mak student ni serta keinginan beliau yang tinggi--terutama belajar di tempat beliau teringin sekali maka belaiu mengambil keputusan untuk pergi. Yang paling terkesan di hati saya beliau mengulangi kata2 maknya "Duit tu boleh cari, peluang yang datang tu mungkin sekali jer"....

********

Beliau meminta saya halalkan segala kesilapan dan kelekaan ketika beliau menjadi murid saya. Beliau juga meminta saya berdoa agar semua urusan belajarnya di sana dipermudahkan. Dan pagi ni saya dapat email dari beliau.

"Madam, I miss CFS so much. Dan alhamdulillah berkat doa ibu, keluarga dan Madam saya lulus cemerlang, syukran!"


Terus saya teringat beliau dan kasutnya yang berlubang itu, hmmmmmmmmm. Sedeyyyy lak :(


Motivasi Buat Diri : Kisah Kasut Berlubang Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 10, 2012 Rating: 5

8 comments:

  1. send my regards to him also, i bangga dengan dia jugak

    ReplyDelete
  2. me pun dah rasa sedih ni baca, insaf terus...

    ReplyDelete
  3. wahhhh....ayu, kisah ni kalau tulis cerpen best ni....serius !!!

    ReplyDelete
  4. sampai kan salam saya jugak kak!

    rase terharu, sedey, bangga sume ada, campur aduk
    rase insaf jugak bile bandingkan dgn diri sendrik, huhu!

    kak, emel kat die entry ni ek, hehehe

    ReplyDelete
  5. Betullah, kalau buat cerpen mesti best.
    Serius, saya rasa sebak dan terkelu bila baca kisah ni.
    InsyaAllah moga-moga dia jadi doktor yg cemerlang dunia dan akhirat, menjadi anak yg soleh.

    ReplyDelete
  6. Ya Allah, memang sedih sangat baca kisah ni Ayu. Sejuk perut ibu dia mengandung.

    ReplyDelete
  7. setiap kejayaan bermula dengan langkah kesukaran...:) alhamdulillah

    ReplyDelete
  8. nangis sy baca kak

    smpikan salam untuk dia yg istimewa
    sejuk hati mak dia kan..tentu dia anak yg baik..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.